Sunday, December 18, 2011

First Time try Drive-Thru McD

Dalam aliran arus budaya pada masa kini, kita tidak lepas dari trend perubahan yang dibawa. McDonald, salah satu nama besar dalam sektor pemakanan di negara kita dan ia popular dengan slogan yang diperkenalkan "I'm love in it". Ini dimudahkan dengan adanya Drive-Thru untuk pelanggan yang tidak mahu membuang tenaga berjalan ke counter membeli. Ia ringkas sahaja hanya Order+Pay+Take Away.

Walaupun sudah wujud sekian lama perkhidmatan ni, tapi aku tidak pernah tergerak hati pun ingin mencuba sehinggalah pada malam ahad lalu apabila sedang drive seorang diri, ternampaklah Branch baru McD yang kedua di Taiping ni. Cuma cawangan yg kedua ni dilengkapi dengan perkhidmatan Drive-Thru lah. Aku pun tak de lah niat nak masuk Drive-thru pun, cuma nak pusing je. Tengah ralek drive termasuk lah aku ke jalan drive-thru pun. Nak reverse ada orang belakang pulak, jadi terpaksa lah aku cuba jugak benda ni buat kali pertama dalam hidup.

Bila first time ni memang bohong la kalau tak buat silapkan. Jadi aku nak la share sikit kesilapan yang agak memalukan aku ni menggunak Drive-thru ni. OK di bahagian Q, ada la dua orang minah ni naik skuter berbaris kat belakang kete aku. So, aku ni dengan hensemnya memerhatikan lah menu yang terdapat di situ padahal dok gelabah tak taw langsung nak order macam mana, nak bayar kat mana. Berlakonlah aja lah.

Mula lah babak kemuncak bila sudah sampai turn aku. Ok, oder. Aku sampai di satu peti lebih kurang ukuran 0.5m X 1.3m dan mempunyai screen dibahagian atas. Dalam hati aku, alamak mana nak tekan ni. Sekali keluar suara perempuan tanya aku nak order apa. Huh, nasib baik aku tak tekan skrin tu(macam skrin sentuh).

Then yes, lepas satu step. Step yang kedua. Stop la aku kat satu tempat macam Tol lebuh raya PLUS pun ada siap ada kak ni dok tunggu dalam pondok tu. First, dia cakap aku suma baper ringgit. Then aku angguk la. Pastu dia ada cakap lagi dan percakapan dia masa tu tak berapa jelas. Aku dengar macam "suma Rm14.98, encik boleh bayar di depan" So aku dengan selamba nya tekan la minyak untuk ke satu lagi post. Baru je setengah jalan, then dengar ada suara dari belakang panggil "Encik! Encik!". Dalam hati aku time tu kata "adui la apa pulak dah tak kena ni" sambil toleh belakang. Nampak kak tu dok melambai2 panggil aku sambil berkata"Encik bayar kat sini".

Kebetulan minah 2 ekor tu ada kat situ dah. Maka merah habeh la muka aku time tu. Aku reverse balik keta dan bayar sambil dengarlah gosip panas yang dibualkan dua minah skut tu. "dah order bayar la~apa la mamat tu" Pergh bai. Shit bai. Kena macam tu je. Hare habaq hang. Lepas aku ambik makanan tak seberapa tu kat post 3. Terus aku blah sambil mengeluh " pengalaman pahit" Sigh~.

Wednesday, November 30, 2011

Repekan tahap 5

Hai semua..Selamat malam dan selamat tahun 1433H juga diucapkan kepada muslimin dan muslimat. Bagi tahun baru untuk kalender islam, bermulalah fasa bulan suku pertama dimana nelayan tidak turun laut kerana ikan kurang. Berbalik kepada topik tahun baru. Bila sebut pasal tahun baru, ia ada berkaitan dengan azam anda, adakah apa yang anda inginkan telah tercapai? atau on the way nak sampai? walauapapun yang anda hajati, perkara asas yang perlu ialah jangan cepat mengalah. Bak kata satu buku yang bertajuk "motivasi remaja" mukasurat..(tak ingat) jika kita mengalah kita akan tewas. Jadi apakejadahnya semua ini? apa segala usaha yang dilakukan selama ini bagai menunggak air yang keruh. Jadi fikir-fikirkan lah..ingatlah usaha anda. Pisang tidak berbuah dua kali, tapi bagaimana jika batang pisang pun tak sempat besar, dah nak ditinggalkan?apatah lagi buahnya. Pasti ia dilanggar oleh gajah-gajah yang sedang membuat protes diluar sana. Jadi apa yang pasti, mereka ini tidak akan tinggal sedikit pun. Risiko tetap ada, tapi jika kita memandang enteng, risiko itu pasti mengundang padah. Sekian repekan yang tidak seberapa ini. Bukan apa cuma nak berkongsi. Kan sharing is caring bak kata orang putih.

Saturday, November 12, 2011

Aku mahu lari

Bolehkah aku lari sekuat-kuatnya sehingga aku merasa puas? Tapi bagaimana jika aku tidak mampu berlari dan berhenti di tengah jalan? aku pasti tak berjaya jika tiada azam yang kuat. Tapi, azam yang kuat tidak guna juga jika tiada usaha. Pokok pun pasti mati jika ia tidak berusaha mendapatkan cahaya walaupun diselindungi dengan pokok-pokok yang lebih besar. Pasti kamu tertanya-tanya apa yang aku merepek malam-malam buta ni. Ok lah, sebenarnya aku ambik bahagian dalam larian marathon di Jambatan Pulau-Pinang ahad ni. Jarak marathon ialah 21km. Ya 21km..aku cabar diri aku masuk jarak tu. Ok lah dari 42km yang lagi la aku tak tercapai. Jadi aku pilih yang sedang-sedang saja. Jika aku lari 20 pusingan stadium keladi setiap hari mungkin aku yakin, tapi aku tak. Tiada masa kerana kerja normal dicampur hujan yang melanda semenanjung malaysia secara kerap membataskan aku. Sudah lah malas bertambah malas jadinya. Haish~_~!!

Insaf

Sedih dan masih tak percaya yang dia pergi dulu. Insan yang aku maksudkan ialah teman rapat aku. Arwah memang seorang yang bijak,ceria dan agak gila2 orangnya. Kali terakhir aku jumpa dia masa raya tahun lepas(2010). Time tu dia tak dapat balik raya kerana kena bertugas. Alang-alang kampung aku gak kat sitiawan, aku pun pi la melawat dia kat tempat keja dia. Dekat setahun tak jumpa, perangai dia gila-gila selamba macam dulu jugak. Walopun dia ada pangkat, tapi dia langsung tak sombong.

Sudah menjadi fitrah manusia, setiap yang hidup pasti akan merasai mati. Mati tidak mengenal masa, umur, pangkat dan apa pun, bila sudah sampai waktunya kita dijemput. Aku pun tidak tahu bila masanya aku akan tiba. Walauapaun, yang penting kita berada dalam keadaan sedia.

Sunday, November 6, 2011

Sesungguhnya aku dalam kerugian

Alangkah gembiranya jika ada mesin masa yang boleh membawa aku kembali ke zaman silam. Akan aku ubah segala-gala kesilapan yang telah aku lakukan dahulu, supaya aku tak berasa rugi pada hari ini. Tapi ianya tidak mungkin berlaku di dunia yang realiti. Yang berlalu akan terus meninggalkan kita dan terus menjadi sejarah. Sama ada kita suka atau tidak, kita perlu meneruskan perjalanan untuk masa-masa yang akan datang. Ianya sudah pasti tidak menunggu kita sehinggalah sudah sampai waktunya kita dijemput oleh malaikat. Tiada apa yang boleh dibawa selepas itu, hanya bekalan iman dan takwa yang di lakukan semasa kita hidup di dunia sahaja. Semasa aku berbual dengan seorang non-muslim, dia mengatakan kepada aku tentang kehidupan ini, " semasa kita lahir, apa yang ada pada kita?" tanyanya. "tali pusat" jawabku. " kita tidak bawak apa-apa pun..sama juga bila kita mati nanti, jadi buat apakita nak kumpul harta banyak-banyak..jika dapat kahwin dan menampung perbelanjaan anak bini cukup lah " sambungnya lagi. Jelas sekali non-muslim juga percaya dunia ini tidak menjanjikan sesuatu yang menguntungkan selama-lamanya. Ianya hanya bersifat sementara sahaja. Dalam agama juga sudah memberi penjelasan kepada kita tujuan manusia hidup di dunia ini dalam satu ayatnya:

“Aku tidak menjadikan Jin dan Manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu” (Q.S. 51:56)

Nampak, jelas ayat ini menerangkan kepada kita apakah tujuan sebenar manusia hidup di muka bumi ini.

“Dan sungguh telah Kami muliakan anak-anak Adam, Kami angkut mereka di daratan dan lautan, Kami beri mereka rezki yang baik dan kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna di atas makhluk lain yang telah kami ciptakan” (Q.S. Al Israa’ : 70)

Wednesday, August 10, 2011

Hidup seorang or berdua?


Korang rasa hidup seorang best ker hidup berteman best??(maksud teman tu gf la) Aku kekadang tu aku syok gak tengok couple berdating bersama menikmati angin luar di taman-taman. Macam best ar.. menikmati hari bersama, makan bersama, bergurau, kejar-kejar macam citer hindustan(yg ni tak tu ler x penah nmpk depan mata lg). Apa yang korang rasa ek time tu? best ker? apa efek cinta dalam hidup ha? rasa bahagia harihari ke? huh.. bagi aku, aku dah lama hidup sorang. ..Berapa tahun dah aku pun tak ingat. Sampai la sekarang tak ada seorang pun yang buat aku suka macam aku suka perempuan yang dulu. Bukan tak ada yang cuba aku dan mereka untuk menjalinkan hubungan, tapi aku rasa macam tak boleh kekal lama..aku tak nampak masa depan aku dengan mereka2(ceh macam ramai). ish2..lama betul tak layan jiwang macam ni. sekali sekala best gak..:)


aku nampak masa depan aku dapat bawak kuda hitam ni jer..hehe

Wednesday, July 13, 2011

Ride taiping-kulim with my green bike


Esok aku kerja, lusa aku kerja dan malam tu pulak pack-pack barang dalam beg for ride to taiping. Laluan kalau boleh nak ikut Lebuhraya je pasai jalan cantik. Tapi kalau nak full lebuh raya kena pusing jauh la pulak. Masuk highway BKE pastu baru masuk highway plus. Ke seberang jaya sana nun. Jadi nak dekat sikit nak masuk highway plus aku ikut jalan lama ke Bandar Baharu pastu baru masuk highway PLUS. Jalan ke Bandar Baru tu tau la macam mana lubang sana sini. Tapi ada dengar ikut junjung pun boleh masuk highway PLUS. Tapi aku tak pernah pun try. Bukan malam la kalau nak try, kalau sesat pasaangg...

Tak pe la slow2 je la ikut jalan lama ni..ikut belakang kereta pun ok la..kang dah masuk highway baru tembak meter stay crusie along the way..hehe. Dengar mp4 pulak sumbat dalam telinga di samping penyerap bunyi bising angin my lovely black devil fullface!huh! what a good life!! kena pulak lagu rock sikit..pastu tangan pun lagi best la pulas trottel. Main meter 130-150 cukup memadai..enjoy ride buat pa nak laju..janji pak cik2 bas ke lori ke or yang seangkatan dengannya tak kasi lampu tinggi nak potong aku pasai tak leh potong pun..dulu aku pakai lagenda boleh la buli aku kat highway..masuk laluan depa sikit hon la..high beam la..la kejaq la kalau dapat..haha puas aku..lain kali jangan buli penunggang motor kecil ye pak cik2..mentang2 la kami kecik..sama2 bayar roadtax juga..sama2 la kita kongsi jalan ye.:)


Saturday, April 23, 2011

First time try Emmental Cheese

Tadi sajalah jalan-jalan di Tesco Kulim. Saja nak tengok Tesco baru kat sini. Niat tak ada la nak beli apa pun. Tapi bila sampai kat bahagian makanan sejuk then stop jap pasal ternampak pulak bahagian jual cheese-cheese. Terpesona melihat lekuk-lekuk seperti lubang pada permukaan cheese yang kuning tu teringat cerita tom and jerry. Jerry suka makan cheese itu sebijik macam cheese dijual ni. So, aku timbul pula rasa teringin mencuba apa yang sedap dengan cheese ini. Niat hendak berjalan sahaja akhirnya tidak kesampaian kerana telah membeli cheese buatan negara Austria ini. Walaupun harganya mahal tapi puas hati kerana cheese ini memang besar.
Tom: Aii,,mana nak bawa lari cheese aku tu haa tikus kecik??
Jerry: Alamak terkantoi lak curik dia punya cheese,bull shit!

Tibalah masanya untuk merasa cheese yang baru dibeli itu. Bukak sahaja plastik yang membungkus cheese itu, terus keluar aroma bau cheese yang agak kuat. Satu sudu dicungkil dari cheese itu dan memakannya... Komen aku first time setelah memakan cheese ini...adalah Memang Tak Sedap! Tekak rasa mual loya aku nak telan cheese tu. Aku cuba jugak makan tapi tak boleh. Akhirnya hanya 20% dari semua cheese tu berjaya dimakan. Yang lainnya aku memang tak boleh makan dah. Kalau paksa jugak mungkin akan menyebabkan kemuntahan yang dasyat. Jadi lebih baik stop ja. Memang pengajaran betul hari ni. Bagi mengelakkan kerugian wang kerana 80% dari cheese tu tak berjaya dihabiskan jadi, aku beri makan kucing semua. Hai, seronok kucing tu dapat rasa cheese dari Austria. Lepas ni memang aku takkan beli cheese-cheese banyak macam tu lagi. Insaf...
sedap tak tengok cheese kat gambar ni? i don't think you would finish it after eat at the first bite..

Tuesday, February 22, 2011

Tidur



Hai orang bumi semua..harap hari ni semua dalam keadaan sihat walaupun ada yang tak sihat aku doakan kesihatan korang pulih..amin.. Hari ini hari selasa, esok hari rabu..hari meniti hari menjalani hidup sebagai seorang manusia. Apa yang penting dalam meneruskan kehidupan ialah terus hidup walaupun kita dilanda musibah sehari-hari. Sehinggalah kita letih dalam menempuhinya..jadi cara yang paling mujarab sekali ialah tidur. Tidur akan membuatkan badan lebih fresh berbanding sebelumnya, ia satu "terapi". Tetapi dinasihatkan jangan tidur waktu asar ke maghrib pasal korang tanya lah dengan yang lebih pakar ye.diorang tahu kenapa..emm, bukti saintifik korang try cari kat google..kalau nak pilih waktu tidur yang bagus pilih antara pukul 20:30-7.00(keesokan hari). Kalau nak sangat tidur bantai tidur terus 10 jam tu..tapi, ha jangan lupa makan petang nanti lapar tengah malam terjaga pulak. Susah nak dapat 10 jam tu..yup, tidur kena berkualiti..tak ada gangguan baru la esok bila bangun badan rasa fresh-meresh..stay alert tanpa letih sampai ke malam punya~haha..serius. Bila badan fresh otak fresh maka baru la segala-galanya jadi ringan..tapi tunggu, nak lagi fresh ada lagi..pi beriadah pulak petang-petang, buat aktiviti fizikal sikit..main tennis ka, badminton ka, main bola sepak ka, serious terasa mati hidup kembalilah! jadi masalah akan hilang dan semakin menghilang sehinggalah kita tidak perasan kita ada masalah~

Monday, February 14, 2011

Waktu kerja yang sesuai menurut aku

Hari ini aku nak kongsi sedikit tentang masa kerja. Kerja tak kisah la kerja kerajaan ke kerja private sector ka, mesti ada time schedule dia sendiri..bagi aku, aku dah rasa kerja kerja shift dan yang normal shift. Bagi aku la..kalau ada yang tanya waktu kerja mana yang sesuai ye..aku pilih normal la. Mungkin ada orang pendapat dia rasa shift ok..tp masing-masing punya pendapat sendiri sebab apa depa pilih kerja shift. Contoh kerja shift ni duit lebih la sikit bulan-bulankan. Bagi aku, aku pilih normal shift sebab aku rasa aku dapat banyak masa kat rumah jugak. Jadi, baru lah boleh balance antara kerja dan kehidupan biasa. Kita boleh kemas rumah, masak, dan hal ehwal rumah yang lain-lain lagi lah. Jadi, lebih tersusun la kehidupan kita. Malam pulak memang boleh tidur.

Buat duit lebih memang bagus, tapi kita kena luangkan masa untuk buat kerja rumah kita jugak. Kita berbakti dengan majikan tapi terlupa berbakti pada diri sendiri. Bila kita tak rasa pressure baru la kita boleh kerja dengan selesakan. Nak pergi kerja pun bersemangat.

Wednesday, February 9, 2011

Short update

Assalamualaikum dan salam sejahtera di ucapkan bloggers sekalian..ni just nak buat update la sikit..lama betul tak berblog..rindu rasanya nak menaip tentang kehidupan ni..erm, sekarang dah keja la..lepas tak dapat tudm tukan..16hb feb ni ada lagi intake tudm tu kat taiping..pesan sarjan haritu kalo nk mintak lagi just bwk file biru je kat intake tu..hmm..sekarang ni aku rasa aku dh pikir masak-masak yang aku tak mau pi buat dah..tukar pikiran dah..aku rasa memang askar bukan pilihan aku sebagai kerjaya..biarlah dah lepas-lepas lah..

Sekarang umur aku bakal mencecah 22 pada jun nanti..angka tu rasanya dah macam tua..tak sangka..cepat betul masa berjalan..tahun lepas umur aku 21..ada beberapa peristiwa yang berlaku pada umur 21 ni..antaranya, habis belajar, mula bekerja, tahun aktif bersukan (join mtb, orienteering,lari) join airforce(walaupun setakat pemilihan akhir je), jatuh motor(teruk jugak), saudara aku hamdan meninggal..macamtu lah ada gembira ada sedih..itulah yang mencorakkan kehidupan aku..tahun ni sapa tahu apa pula yang menanti..apapun yang berlaku, semuanya ada hikmah di sebalik semua yang berlaku tu..jadi kita kena yakin apa yang berlaku itu bukanlah sia-sia berlaku. Wassalam:)

Friday, December 31, 2010

Aku akur tersingkir walaupun lulus semua

Tanggal 19 Disember 2010 aku telah menghadiri sesi pemilihan akhir Perajurit Muda Tentera Udara Malaysia untuk siri 44/2011. Pemilihan ini berlangsung selama 2 minggu di mana pada tempoh ini aku perlu melepasi empat jenis ujian sebelum melayakkan aku mengangkat sumpah. Pada hari pendaftaran tersebut seramai 710 calon yang terpilih datang dengan satu tujuan ingin berjaya dipilih. Mereka datang bersama keluarga yang ingin memberi sokongan bergitu juga dengan keluarga aku.
Hari pertama aku di ILTU Ipoh
Ujian pertama yang dilakukan ialah pemeriksaan urine. Ini bagi memastikan calon-calon tidak terlibat dalam penggunaan sebarang jenis dadah. Ia berlangsung selama lebih kurang 9 jam. Dalam pemeriksaan urine ini seramai 4 orang positif dadah. Mereka dihantar balik serta merta dan tidak layak ke peringkat seterusnya. Aku bersama calon-calon lain tidak ada sebarang masalah dengan ujian urine berjaya ke peringkat seterusnya.

Keesokan harinya calon-calon yang sudah berjaya perlu menempuhi ujian kedua pula iaitu Mediacal. Di sini calon-calon diperiksa tahap kesihatan masing-masing bagi memastikan kesihatan mereka ditahap yang baik. Bertuah aku lepas semua ujian medical tersebut.

Tibalah ujian yang ditunggu-tunggu iaitu ujian kecergasan. Untuk menilai tahap kecergasan calon-calon perlu lari track berbukit sejauh 2.4 km dalam masa 15 minit, situp dan push up static 5 minit. Untuk lari 2.4km ini seramai 3 kelompok diasingkan iaitu kelompok yang pertama sampai bawah 15minit, kelompok ke 2 yang lari antara 15-20minit dan kelompok terakahir iaitu atas 20 minit. Aku lega berada dikelompok pertama. Memang ramai yang berada dalam kelompok kedua dan ketiga tapi mereka semua tidak disingkirkan dan terus ke ujian seterusnya.

Untuk ujian yang terakhir iaitu ujian IQ. Ujian ni ada 4 paper iaitu lapangan berkait, bahasa inggeris, mekanikal dan satu lagi apa(aku lupa nama dia). Setiap paper ada 50 soalan objektif dan masa yg diperuntukkan untuk satu soalan hanya 30 saat. Soalan agak mencabar dengan masa yang suntuk adalah satu cabaran buat calon-calon. Alhamdulillah, walaupun ada soalan yang mencabar namun aku berjaya siapkan semua soalan dengan masa yang ditetapkan.

Fail biru yang aku dapat selepas daftar
Setelah berjaya menjalani kesemua ujian2 itu, aku merasakan bahawa peluang aku untuk layak semakin cerah. Sekarang tinggal keputusan lembaga saja.

2 hari kemudian, keputusan lembaga diumumkan. Semua calon-calon menantikan keputusan dengan penuh harapan untuk berjaya. Keputusan inilah yang menentukan calon-calon untuk mendapat nombor tentera kerana tiada lagi ujian selepes itu. Akhirnya staf mengumumkan bahawa seramai 110 orang akan disingkirkan pada hari itu. Salah seorang dari mereka ialah aku..Apakah yang membuatkan aku tersingkir dalam pemilihan lembaga?Itulah yang menjadi tanda tanya bagi ku. Mungkin ini telah tercatat dalam suratan takdir. Aku terpaksa akur dengan keputusan lembaga..Tahniah kawan-kawan ku yang berjaya..(:

Note di fail tertulis reason mengapa aku disingkirkan

Friday, December 3, 2010

Bye rumah sewa

Baru jap tadi pi ambik barang-barang aku kat rumah sewa. Nasib orang tua aku mau pi..kalau tidak susah jugak nak pi tak dak sapa nak bawak.

Tinggal la kenangan aku kat sana. Aku teringat balik kat rumah sewa tu lah tempat aku nak melepaskan penat lepas keja. Tambah bila keja malam, lepas balik keja, cari katil aku dan tumbang terus kat situ membuta sampai ke petang. Tak dak sapa nak nak halang kalau aku tido tanpa sempat buka stokin.

Lepas ni kawan abang aku pulak ganti dok bilik aku. Kawan satu poli dia dulu jugak. Selamat datang ke rumah bujang aku ucapkan kepadanya.

Tuesday, November 2, 2010

Sudah datang mood berblog

Hai blogger..maaf lama tak update. Semua terhenti di cerita cerpen rekaan aku itu. Sampai sekarang aku pun tak tahu macam mana akhir jalan cerita dia. Memang aku akui yang aku tak konsisten dalam memberi komitmen dalam sesuatu perkara yang aku buat. Biarlah dia berakhir di situ ok.

Mari kita buka buku baru hari ini. ok semua..selamat malam.

Sunday, January 10, 2010

Mari membaca

sambungan dari kisah sebelum ini..

Kapal terbang meluru ke arah sini. Suasana gempak-gempita dengan jeritan orang ramai di situ.."Lari!! Semua lari!! selamatkan diri kamu!!" bertaburanlah orang di situ lari untuk menyelamatkan diri dari dihempap kapal terbang itu.
Aku berlari sekuat hati..walaupun jatuh berkali-kali tetapi aku bingkas bangun mennyelamatkan diri semahu boleh dan..pooorggggghhhhh!!!(bunyi hentaman kuat)..badan ku tercampak dan terpelanting akibat dari daya impak yang terhasil dari hempasan besi itu((dalam mod slow motion))..mata ku perlahan-lahan ku bukakan dan melihat langit yang agak kelam warnanya. apa yang berlaku? bisik hati ku..

sedikit ku bangkit sedaya kederatku melihat sekelilng mana tau jika ada yang terselamat. aku nampak ada orang2 di sana berbaju oren sedang memeriksa dan merawat sebilangan orang yang tercedera di situ. Ada yang cedera dan ada yang sudah tidak bernyawa tidak kurang juga budak kecil yang menangis sedang mencari ibu-bapanya. dari situ aku disapa anggota baju oren "awak ok?"."ya aku baik tapi izinkan aku bertanya" jawab ku. "persilakan"katanya. "apa sebenarnya yang terjadi kepada kita?"tanyaku. "lihat kompas ni..kompas ni dah tak dapat baca kutub bumi.."katanya sambil menunjukkan jarum kompas yang berpusing dan tidak berhenti. "kami baru menerima mesej 20 minit sebelum bumi berkemungkinan hilang cas-casnya. Hal ni sekaligus telah melumpuhkan seluuruh sistem perkomputeran yang kita ada sekarang. tiada lagi barang elektrik, kenderaan,sistem perhubungan yang boleh digunakan sekarang" jawabnya dengan serius. Pada waktu itu, termenung aku mendengar jawapan dari lelaki itu.

Dicelahan serpihan besi kapal terbang dan kereta yang terbalik di sana-sini, aku berjalan sambil melihat kemusnahan. "apa yang boleh dibuat dengan ketiadaan sistem elektrik?" keluh hatiku. Aku memandang permandangan tempat lahirku ini. Tidak lagi indah seperti dulu. Permandangan tak ubah seperti kemusnahan akibat perang. Dari kiri ku melihat LRT landasan berkembar yang menjadi aksess bandar ke bandar berlanggaran dan mengakibat sedikit kebakaran diruang gerabak. Sayangnya ia baru dirasmikan semalam sudah jadi begini.

Aku teringat mak. Mak.. Aku bingkas berlari menuju ke rumah dalam kesunyian. Hanya debu-debu yang berterbangan yang mengikuti ku dibelakang. Aku berhenti dan melihat taman teres ini. Banyak rumah musnah akibat satelit yang menghempap rumah mereka. Oh, tidak. Aku meneruskan usaha ku untuk mendapatkan mak. Aku tak jumpa. "Mak!!"jeritku. Tiada yang menyahut panggilanku. Kemana mak. Aku melutut. Air mataku jatuh berlinangan ke bumi.


Cuaca semakin gelap dan sejuk. Aku perlukan haba untuk panaskan badan. Aku mencari di dalam sisa runtuhan apa yang boleh digunakan. Lighter dan sedikit bahan api mudah didapati di kereta-kereta yang tak berguna lagi. Aku membuat unggun api dan baring di tepinya dan aku terasa sesuatu bonjolan di tanah. "
apa ni?"bisik hati ku sambil tangan meraba-raba ke tanah dan aku rasa sesuatu. "uh,I Pod.." memegang dan melihatnya sambil baring. "heh..teknologi tercanggih abad ini.." Aku melontar sekeping I Pod itu ke dalam unggun apiku. Aku sambung baring sambil melihat ke langit yang dipenuhi bintang sambil lengan aku letakkan di atas dahi. "zaman apa ni.."bisik jauh disudut hatiku.

Tidak lama kemudian. Aku terdengar bunyi seperti tapak2 kaki kuda sedang datang dan suara lelaki.."Wahai penduduk yang terselamat!!"jeritnya. Aku bingkas bangun dan mengintai dari celah kereta.. bersambung.....

Saturday, January 9, 2010

Cerpen saja-saja

Aku memerhatikan sekalian manusia sedang sibuk menjalankan aktiviti harian mereka dipasar. Sekali-sekala ke pasar bukan selalu pun. ini pergi pun sebab mak yang suruh. kalau tidak jangan haraplah. membuta je adalah pepagi macam ni. apa yang nak dikisahkan dengan barang dapur bagi orang berstatus bujang macam aku ni.

Dari pasar aku menyusuri kedai ke kedai untuk membeli saja apa yang disebnaraikan dalam kertas tulisan tangan mak yang ingin memasak nanti. Setelah habis semua dibeli aku pun mulalah menuju ke kereta sambil membawa barang-barang yang dipesan sambil melihat jam yang menunjukkan 9.17 minit dipagi jumaat itu.

Dalam perjalanan ke kereta aku terdengar bunyi bising burung seperti suasana dikala senja melabuhkan tirainya yang datang entah dari arah mana tapi yang pasti ia makin dekat dan dekat. Aku terpaku sebentar melihat sekumpulan burung yang banyak melintasi ruang udara. Tidak terkira. Mungkin beribu-ribu jumlahnya kerana ia tidak putus-putus. Suasana pasar yang riuh rendah tadi senyap-sunyi dengan kehadiran burung-burung itu. Aneh. Mengapa sebegini banyak burung-burung yang terbang. Fikir ku. Pasti ada yang tak kena. baik aku pegi tengok dari mana datangnya burung2 ni.

Engin kereta aku dihidupkan dan barang yang ku belikan tadi aku letakkkan disebelah tempat duduk. Dalam hatiku jantung ku bergerak laju berdebar-debar ingin mengetahui. Mana tau boleh tangkap gambar apa2 yang menarik dari peristiwa ni, boleh letakkan dalam blog. Tanpa berlengah aku pun memasukkan gear pertama kereta dan bergerak. Aku mahu melihat dari mana puncanya burung-burung ni semua datang. Dari situ aku ke tempat yang lebih jelas yang tidak terlindung pokok tinggi. Lumrah manusia ingin tahu, bukan aku saja yang pergi pada waktu itu.

Dalam perjalanan aku melihat dihadapanku sekumpulan ramai orang seperti sedang menyaksikan sesuatu. aku cuba melihat tetapi masih dilindungi pokok2 di tepi jalan. Sehinggalah aku sampai kepada mereka dan memberhentikan kenderaan aku. aku turun. Alangkah tergamamnya aku bila aku memandang burung-burung tadi itu datang seperti habuk-habuk yang berterbangan yang menghiasi seluas-luasnya pandangan ku dari arah sana. Aku panik.


Pada masa itu jugalah aku tidak mahu melepaskan peluang ini mengrab handphone dari poket ku untuk menangkap gamabar sambail mata masih lagi terpaku di atas langit kebingungan. Aku mengangkat telefon ku dan barulah aku melihat telefon ku untuk menekan mode gambar. Handset ku off. Eh, siapa off. Aku cuba buka sebab aku tau aku baru cas malam tadi tak mungkin habis bateri. usahaku tidak berhasil. penat aku tekan berkali-kali handset aku pada butang opennya tak jugak terbuka. argh..time ni la nak buat hal nset ni.

Sedang aku tekan-tekan handset ku cuba menghidupnya, aku terperasan dispalay pada jam digital aku pun kosong. Eh,kenapa dengan jam aku ni. Apa ni suma nak rosak fikir ku. perkara ini turut terjadi kepada orang-orang yang berada di situ. mereka melihat handset mereka. ada yang mengetuk-ngetuknya untuk menghidupkan kembali. Suasana pada waktu itu bertukar panik dan membingungkan. Semua barang elekrtonik mereka dah tak berfungsi!!!


Ditengah-tengah kepanikan itu, jauh sudut telinga aku terdengar bunyi mengaum kuat seperti guruh datang semakin dekat dari arah belakang. Kami segera menolehnya..kami sumua tergamam sekali lagi apabila melihat sebuah kapal terbang boeing 747 sedang meluru menjunam ke arah sini..



-----------------------------------------------------------------------
masa untuk tido~selamat malam semua..

Friday, January 8, 2010

hai semua..bertemu kembali:)

aah...lama giler tak update blog..lama-lama jadi malas lak..bukan apa tak ada apa yang aku nak berhujah..nanti berhujah pasal politik, merapu lak jadi..sampai sekarang aku tau apa motif aku buat blog. tapi lantak lah. kurang-kurang ada gak benda aku nak buat kalau boring2. cuti holiday kali ni tak dapat gi camping mcm gi teluk senagin holiday lepas. cadangan tu memang ada, tempat cun lagi kat hutan cameron higland. memang tempat tu best. ngan hutan suma pokok bentuk segitiga2. macam lam citer winter sonata tu(slack tak da salji ja). itu la banyak halangan yang datang. first kitorang tel pegawai hutan yg jaga camp site tu tak jawab. pastu petang tu cadang kitorang nak gerak je terus gi Cameron. tapi belum sempat nak bertolak hujan lebat dan tak berhenti. dan akhirnya kitorang terpaksa cancelkan program kitorang. (esoknya memang tak boleh sebab kawan aku sorang tu nak balik negeri 9 dah) rancangan camp kali ke dua ini kira gagal. rugi betol.

Hari ini dan semalam tak ada keje. jadi model
kimo je keje aku. tu pasal korang tengok asyik2 muka aku je. heh. amacam ada gaya commercial tak muka aku-haha(mmg perasan) bila tengok balik muka aku gigit bunga tu aku terpikir..AARGHH...pasal aku jadi model gigit bunga?!!habis hilang kejantanan aku selaku jantan asli sedunia!! tapi cam best je gambar ni. ni pun best gak. ni pun lawa gak. akhirnya aku sendiri layan gambar-gambar tu tanpa mempertikaikan kenapa aku jadi model untuk bunga.haha.
kepada yang nak beli bunga tu untuk hadiahkan kat awek ke, ex ke, aku rasa tu pilihan yang bijak sebab ia saving banyak duit korang. daripada korang beli rantai ke, cincin ke baiol beli bunga tu, sekuntum baru RM 2 je tak mahal. kalau ada awek yang pertikaikan napa asyik bunga je tak de ke berlian ke, emas ke. kata je..kalau i tak saving macam mana i nak masuk meminang u. selamat malam..:)

Sunday, January 3, 2010

Selamat Tahun Baru


Rasanya belum terlambat utk aku mengucapkan tahun baru ni kepada semua..sepanjang tahun 2009 ni, banyak perkara yang mengajar aku erti kehidupan..tapi itulah dinamakan cabaran..:)

Tuesday, December 29, 2009

Kalau down baca ni

Ada pujangga mengatakan.."Siapa yang mengatakan tidak boleh sebelum dia mencuba maka dia adalah orang sudah gagal sebelum dia berjuang"

ahli fikir berkata.."Mengapa kita harus kecewa dan berdukacita, sedangkan tubuh badan kita sihat walafiat. Akan tetapi ramai orang yang menderita sakit tubuh badan, namun mereka tidak pernah merasa kecewa malah mereka tetap tabah menghadapinya walaupun mereka tahu kematian itu lebih dekat dengan mereka"

mari kita baca kisah seorang anak petani ni

Seorang anak petani yang hanya belajar di sebuah kampung yang terpencil. Jauh daripada kemajuan dan kemodenan hidup. Akan tetapi dia bercita-cita ingin menjadi seorang jurutera atau pegawai tinggi. Lantaran itu cita-citanya menjadi pendorong untuk dia terus berusaha walau pun dalam keadaan serba kekurangan. Yang pasti dia akan berusaha dan mencari jalan bagaimana untuk mencapai cita-citanya.

Dia berdikari dan berusaha untuk mencapai cita-citanya itu sehingga dia berjaya. Dia tidak akan gentar untuk berdepan dengan kesulitan dan kepayahan hidup yang dihadapinya kerana cita-citanya yang tinggi itu akan memberi rangsangan yang kuat kepada jiwa raganya untuk terus berusaha bersungguh-sungguh. Cita-citanya akan mengatasi kesulitan dan kepayahan hidupnya. Dia berpegang kepada selagi kita bercita-cita maka selagi itu kita mesti berusaha.

terpulanglah kpd kita untuk melihat cerita ini dengan kehidupan kita dari segi apa yang pentingnya ialah bagaimana kita boleh ambil cerita ini sebagai pengajaran..

contoh pengajaran yang dapat diaplikasikan..
1. cita-cita yang menjadi pendorong leh digantikan dengan "membebaskan diri" etc.(diganti dari cita-cita) yang menjadi "ketakutan yang membelenggu"(pendorong)..
2. mencari jalan leh digantikan dengan "plan untuk hidup yang difikirkan sehari2"..
3. berdikari dan berusaha boleh digantikan dengan "kesabaran dan ketabahan langkah demi langkah yang diaturkn setiap hari"etc dan berjaya ialah kemenangan untuknya kerana ketakutan yang membelenggu dirinya sudah tamat..
4. ini tamabahan je sbb penting kalau dah berjaya..bersyukur pada ALLAH kerana memberi kemenangan ini..

Thursday, December 24, 2009

Keputusan PMR diumumkan hari ni

Hari ini tepat jam 10a.m keputusan PMR 2009 diumumkan. Mesti hari ini ialah masa yang ditunggu-tunggu bagi calon PMR. Aku pun dulu macam ni gak..nak demam la, nervous tahap gaban la.. tak tau boleh skor ke dak la. Yang jadi mangsa Bapak aku..Soalan yang lazim aku tanya dia hari-hari "Daddy,daddy bila keputusan nak kuar?esok ek?bila ek?" sampai nak bebulu arr telinga dia dengar..hehe sorry Dad. Tu dulu dad..skang wa da besar.. wa dah boleh kawal nervous wa..

Apapun, tahniah kepada calon PMR 2009 yang dapat 8A..kepada yang tidak berjaya jangan putus asa..SPM boleh try lagi..menanti keputusan adik aku..sedia la aku dah janji ngan dia 1 A aku nak bagi RM 10..hehe tak pasal aku yang risau lak..

Nabi Muahammad ialah manusia paling sempurna

"mana ada manusia yang sempurna kat dunia ni..sedangkan NABI MUHAMMAD pun tak sempurna inikan pulak kita" -statement ini dipetik dari perbualan dua orang di suatu kedai makan-

Sapa sokong statement ni?? Sila comment..dari dulu lagi aku 100% tak terima statement ni sebenarnyi. Kalo anda sokong dengan statement ni. Kita berbincang kenapa anda sokong. Kalo boleh tunjukkan sekali fakta dan bukti yang kukuh.

Berikut adalah orang-orang yang hebat serta berpengaruh tetapi mereka juga mengakui Nabi Muhammad ialah manusia paling sempurna dan hebat dalam sejarah manusia.

Sir George Bernard Shaw in ‘The Genuine Islam,’ Vol. 1, No. 8, 1936.

“If any religion had the chance of ruling over England, nay Europe within the next hundred years, it could be Islam.”
“I have always held the religion of Muhammad in high estimation because of its wonderful vitality. It is the only religion which appears to me to possess that assimilating capacity to the changing phase of existence which can make itself appeal to every age. I have studied him - the wonderful man and in my opinion for from being an anti-Christ, he must be called the Savior of Humanity.”
“I believe that if a man like him were to assume the dictatorship of the modern world he would succeed in solving its problems in a way that would bring it the much needed peace and happiness: I have prophesied about the faith of Muhammad that it would be acceptable to the Europe of tomorrow as it is beginning to be acceptable to the Europe of today.”

Michael Hart in ‘The 100, A Ranking of the Most Influential Persons In History,’ New York, 1978.

My choice of Muhammad to lead the list of the world’s most influential persons may surprise some readers and may be questioned by others, but he was the only man in history who was supremely successful on both the secular and religious level. …It is probable that the relative influence of Muhammad on Islam has been larger than the combined influence of Jesus Christ and St. Paul on Christianity. …It is this unparalleled combination of secular and religious influence which I feel entitles Muhammad to be considered the most influential single figure in human history.

Mahatma Gandhi, statement published in ‘Young India,’1924.

I wanted to know the best of the life of one who holds today an undisputed sway over the hearts of millions of mankind…. I became more than ever convinced that it was not the sword that won a place for Islam in those days in the scheme of life. It was the rigid simplicity, the utter self-effacement of the Prophet the scrupulous regard for pledges, his intense devotion to his friends and followers, his intrepidity, his fearlessness, his absolute trust in God and in his own mission. These and not the sword carried everything before them and surmounted every obstacle. When I closed the second volume (of the Prophet’s biography), I was sorry there was not more for me to read of that great life.
MUHAMMAD

P/s: Sebenarnya ada ramai lagi,boleh klik sini...Jadi,persoalannya.. patutkah statement mcm tu digunakan dalam kehidupan seharian kita?

Tuesday, December 22, 2009

Selamat petang

Ntah nape tetiba terminat lagu ni..kepada yang minat MJ..hehe..sama juga la aku..layan and hayati liriknya macam cerita pasal diri dia je,any comment?..
.

Wednesday, December 16, 2009

Puisi kita

Bumiku..tempat manusia menenang fikiran..tempat manusia mengagumkan kekuasaan yang Maha Esa bagi manusia yang mahu berfikir mengenainya..tidak ada planet yang sempurna seperti kau..dengan desiran ombak yang memukul pantai..awan putih yang bergerak..menurunkan hujan dan mengalirkan air yang jernih supaya hutan tumbuh dengan memberikan udara segar kepada manusia..dan manusia.... MANUSIA??!!... kenapa pula aku tak dapat simpulkan fungsi manusia untuk menghabiskan puisi ini!! patutkah aku berkata.. dengan manusia yang berusaha menjalankan program earth hour?teknologi hijau? Conference sana-sini tiada kesudahan untuk membincangkan isu pemansan gelobal???

Kalau begitu...
Kenapa semakin hari terpampang dimuka akhbar berita mengenai kemusnahan ahli bumi yang lain..hutan sudah suka terbakar?banjir? taufan? ais mencair? ikan paus bunuh diri? Ini semua tidak betul! siapakah yang harus dipersalahkan??

maaf tergantung aku terpaksa study micro P..nanti aku sambung lagi..


sambungan dari puisi kita~[UPDATE]
sikit info tentang nasib bumi..

  • Pada penghujung tahun 2006 dan awal tahun 2007, terdapat seramai 200,000 penduduk di Johor, Pahang dan Melaka dipindahkan daripada kediaman masing-masing selama 3 hingga 4 minggu kerana banjir melanda.
    Jumlah kerugian dianggarkan sebanyak RM1.5 billion .
  • Suhu dunia semakin naik, aras laut semakin tinggi dan litupan salji di Hemisfera Utara semakin pupus.
  • Suhu dunia telah meningkat pada kadar 0.74 darjah Celcius pada setiap kurun, yakni diukur sejak pada tahun 1906 sehingga 2005 .

  • Kadar suhu pada 50 tahun kebelakangan ini adalah dua kali ganda lebih pantas daripada kadar purata suhu selama 100 tahun , iaitu 1.3 darjah Celcius .
  • Kadar suhu dunia pada 2 dekad yang lalu adalah yang tertinggi yang pernah direkodkan sebelum ini.
  • Seluruh dunia menghadapi suhu menaik, melainkan di Lautan Atlantik. Kawasan yang paling cepat menghadapi suhu menaik adalah di Hemisfera Utara.
  • Pada tahun 1961 hingga 1993, paras laut telah meningkat pada kadar 1.8 mm setiap tahun. Sedangkan pada tahun 1993 hingga 2003, paras laut meningkat pada kadar 3.1 mm setiap tahun.
  • 57% daripada kenaikan paras laut disumbangkan oleh pengembangan haba dalam lautan. 28% daripada kenaikan paras laut disumbangkan oleh kecairan bongkah ais dan glacier.
  • Kecairan bongkah ais di Greenland dan Kutub Antartik diramalkan akan menjadi penyumbang besar kepada kenaikan paras laut secara mendadak dunia pada tahun-tahun akan datang.
  • Di Malaysia sejak 100 tahun kebelakangan ini, semua tempat menghadapi kenaikan suhu, melainkan di Sarawak .
  • Di Kuala Lumpur (Subang), kadar kenaikan suhu panas adalah 3.5 – 4.0 darjah Celcius per seratus tahun. Yang mana jauh lebih tinggi daripada purata kenaikan suhu dunia , iaitu 1.5 darjah Celcius per seratus tahun. Suhu di Kuala Lumpur menunjukkan trend menaik mengejut terutamanya selepas pertengahan tahun 1970.
  • Hubungan dunia adalah hubungan kompleks antara atmosphere, hydrosphere, geosphere, cryosphere dan biosphere.
  • Sejak 420,000 tahun kebelakangan, CO2 tidak pernah melebihi 300 ppm. Cuma sebentar sahaja kadar CO2 melepasi sedikit daripada angka 280 ppm, iaitu di sekitar 330,000 tahun yang lampau. Tetapi sekarang catatan CO2 adalah 380 ppm.
  • Saintis menganggarkan pada tahun 2030-2050, kenaikan suhu adalah pada 2 hingga 5 darjah Celcius. Kenaikan sebanyak ini (5 darjah Celcius) tidak pernah terjadi sejak Zaman Ais hingga sekarang.
  • Putaran Milankovitch – kitaran Zaman Glacial dan Inter Glacial . Ini adalah disebabkan oleh perubahan orbit bumi pada waktu-waktu tertentu. Sekarang kita dalam Zaman Inter Glacial sejak 10,000 tahun yang lepas.
  • Namun begitu Zaman Inter Glacial sepatutnya sudah lama berakhir. Kita seharusnya bertukar ke Zaman Glacial pula. Namun disebabkan kenaikan suhu dunia yang mendadak,
  • Zaman Glacial tidak mungkin berlaku. Saintis meramalkan pada tahun 2100, tahap CO2 adalah 3 kali ganda lebih daripada ketika waktu pra industri.
p/s:kalau diikutkan logik dari aku orang yang tak berapa terer dalam agenda-agenda dunia ni.. yang lepas banyak gas bahaya ni berasal dari perindustrian..negara mana yang mulakan perindustrian ni ? Jadi yang perlu bertanggungjawab menjadi dalang semua ini ialah negara Perancis yang melaksanakan revolusi perindustrian kurun ke 18 dan kurun ke 19..

Tuesday, December 8, 2009

selamat malam

memang susah nak citer benda ni kat orang, nanti tak caya lak..terpulanglah sapa-sapa nak percaya. Lebih kurang tahun 1995, dipercayai tinggal seorang budak yang degil dan suka main panas..tak kira matahari tegak atas kepala pun tak ada hal lah..
kalau keluar dia suka kayuh basikal time tengah hari terik, panas dan tempat wajib bagi dia pergi padang..tempat yang paling sesuai untuk menghidratkan air dalam badan..Bagi dia, padang memang tempat best..tengah hari yang terik itu bukan faktor baginya tak keluar..cuba tanya dia "dik tak takut hitam ke main2 panas dik??" sumpah dia tak layan..melihat caranya, ada yang beranggapan budak ni amat berpotensi untuk menjadi negro pertama Malaysia apabila besar nanti.. Sapa budak tu??..budak tu ialah aku..jadi aku memang tergelak juga la kalau ada yang kata aku ni jenis jaga kulit dari kecik..bagi aku istilah panas tu dah sebati dalam hidup aku..mandi air panas, minuman pun aku pilih yang suam-suam panas jugak.
~sekian~

Monday, December 7, 2009

Hari ni ujian Math


malas taip panjang2..
aku sedang kecewa
.sekian saja.

Saturday, December 5, 2009

Jangan main-main dah


Alhamdulillah..akhirnya markah PB aku naik sikit dari sem dulu..kenapa ye dulu aku main-main? argh!!sekarang baru nak menyesal..kan pepatah melayu dah kata "sesal dulu pendapatan sesal kemudian tiada GUNA! kenapa2? pikir-pikir balik semuanya bepunca dari diri sendiri. kot.kenapa dulu tak belajar betoi2.. Tak pa final dengan sem enam ada lagi..pulun..

Undang-undang sem 6:

1.setiap kelas kena buat nota(setaip kelas adalah diari aku)
2.datang kelas jangan ponteng(jangan berlakon demam)
3.jangan buat lawak dengan sapa-sapa masa study..be seruius
4.suntik minat setiap subjek
5.elakkan dari gelak tak ingat dunia bila melawak dengan kawan
6.elak dari dipuji. Pujian hanya akan membuatkan aku lupa daratan.
7.tulis nota kecil cth:buku 555, bawak kemana-mana(kecuali tandas la)
8.jangan tinggal sembahyang
9.jaga kesihatan. Elak mandi kolam nanti demam, jog tak pa..
jangan kalah dengan pesaing terdekat (KAWAN2 SATU RUMAH)

Bab enset tak kisah..sebab aku tak ada teman wanita lagi..so, tiada gangguan peribadi..tak topup dekat sebulan pun tak ada orang yang ambik kisah.. Yang sebenarnya sebelum ni pun aku ada buat azam macam ni, tapi tak ke mana pun..sebab tak jujur tapi mungkin azam kali ni boleh berjaya kot..mana tau..buang yang keruh ambil yang jernih..

Pulun untuk Final nak dekat dah 7-17 Disember 2009

Saturday, November 21, 2009

Rancang destinasi - Family Trip!

Rasanya dah lama keluarga aku tak organize family trip gi bercuti..last bercuti ngan kluarga pun 2hb Januari 2009 kat Cameron Highland..apa yang aku dapat bercuti ngan kluarga ni mmg best la..bukan apa, selain dapat berjalan makan angin, ia juga memang memori yang tak dapat dilupakan sehingga hari ini! tak taw knapa tiap kali tengok balik gambar time bercuti tu aku rasa seronok & refresh balik kenagan dulu..yang tak leh lupa sekali, buat asap guna mulut la ngan big bro,haha..memang perangai mcm budak2..tapi yang tu la yang aku paling ingat sampai sekarang, mungkin sebab tak dapat lupa rupa dah macam dugong imbang bola dah kami time tu..haha..aku nak upload gambar kami masa bercuti kat sana tapi tenet kat sini teramat la perlahan untuk diupload....hmm, skg ni masing2 dah sibuk abang aku dah keja, mak pun susah nak dapat cuti, ayah no problem ja.. argh! tak kira tahun depan aku nak jugak ajak family aku wat FAMILY TRIP lagi. Kali ni mesti lagi best dari tahun lepas sebab abang sulong ku dah ada segala kelengkapan yang perlu seperti kameranya..kereta barunya..mungkin duitnya juga di sponsor oleh beliau..haha Moga2 rezeki beliau bertambah berkat la hendaknya jika benar..
Apapun ke mana pula destinasinya kali ni^^??...

Thursday, November 19, 2009

Susu kambing

Aku nak kongsi sikit dengan korang tentang satu minuman yang telah menyembuhkan selsema dan sakit kepala aku yang dah lama tak baik-baik..dekat 2 minggu jugak la..Ok, semalam aku balik dari kelas..sampai je rumah terus aku tidur sebab hidung aku dah tak ada deria rasa lagi..asyik berhingus je..tension! bila bangun dari tidur argh pening dan sakit kepala tak usah cakap la..kemudian abang aku ajak gi kuar makan..sbb tak makan lagi aku ikut la..kat sana aku tak rasa pun nak makan nasi pun sbb mcm tak lalu ja..pastu aku ternampak susu kambing..disebabkan aku tak lalu makan nasi sbb hidung aku dah hilangkan selera aku..jadi aku pun order la susu kambing..
lepas minum..suma mcm biasa je cuma pas balik tu aku rehat2..pastu terasa sesak lam hidung aku ni makin lama makin hilang..dan da mula rasa oksigen masuk hidung..kepala pun tak rasa sakit lagi.. eh..asal tiba2 je rasa ok hidung ni..pikir punya pikir, mmg tak lain sbb susu kambing ni..pas dari tu aku terus cari info pasal susu kambing ni..kemudian baru aku taw rupanya susu kambing banyak khasiat dia..susu yang terbaik selepas susu badan..untuk ketahui lebih lanjut korang boleh search sendiri untuk mengetahui khasiatnya..

Di sebalik sunnah Rasulullah itu sebenarnya ada kebaikan yang tersirat..
Assalamualaikum.....

Tuesday, November 17, 2009

Dash Yonkuro

Teringat aku semasa zaman kanak-kanak dulu..dalam umur 9 tahun la aku ada satu hobi yng aku suka iaitu main kereta "dash yonkuro". Waktu tu mmg popular la keta control ni..bukan umur takat 9 tahun je main ada yang umur 15 tahun pun tak mau ketinggalan jugak. huhu. ni salah satu sebab dia pengaruh dari cerita katun jepun "dash yonkuro" tu sendiri la..hmm, yang bestnya bila dh pakat-pakat ada model kete dari katun siri tu apa lagi kitorang beradu kekuatan la tengok kete sapa paling laju..litar tak jadi masalah, pegi je kt satu rumah tu kt kampung paya, sebiji mcm litar dalam citer dash yonkuro! bukannya beli pun track tu, ia di bina sendiri menggunakan kayu plywood, dan kepingan zink rata oleh pemilik litar tu sendiri. Mmg besar, ada dalam 5 meter x 7 meter (anggaran). Setiap hari sabtu mesti ramai. Tapi,tak kisah lagi ramai lagi banyak model kereta yang kita tak pernah nampak sebelum ni turut beradu kelajuan masing2 di situ..Modifikasi ke atas kereta mmg hebat2 lah, masing-masing mempunyai alasan yang tersendiri tentang bagaimana untuk mempertingkatkan kelajuan kereta masing2..untuk tayar dah tukar kepada tayar span berkaler pelangi, manakala kiri, kanan, depan dan belakng bumper pulak di dipasang roda bg memudahkan kereta membelok. Enjin, tak lain tak bukan jenama TAMIYA la..so,sapa2 yang memiliki enjin jenis tu mmg orang tak berani cabar la..tak meragui kehebatannya di litar lumba..haha. Tambahan pula spare part untuk buat modifikasi di taiping pada waktu itu sukar dicari..(tahun 1998 taiping mmg ketinggalan zaman lagi):) so, tak heran la ia menjadi tumpuan ramai..Kereta yang pertama yang aku miliki hasil tahan makan waktu rehat ialah jenis "Dash-5 Dancing Doll". AKu beli dengan harga RM 10.90. Kete tu hancur di langgar kereta kancil yg lebih besar daripadanya..huhu (sedih jugak la)..x smpat pun nk modification masuk pertandingan..(huhu, sudah la tak mau cita lg) Tapi, yang pasti penggemar2 kereta "dash yonkuro" kipas susah mati yang dulunya popular semakin lama semakin tidak kelihatan dan terus pupus ntah kemana pergi aku pun tak tau..mmg misteri..tp bagi setengah orang hal sebegini memang standard..




First model, Dancing Dolls yang aku beli yang hancus..tsk


Dash 1 Emperor!
Tayar pelbagai pilihan mengikut citarasa.

tiba masa untuk aku tido, aku baru habis lepasi minggu yang busy..

Monday, November 2, 2009

Ada ke cara lain nak bagi faham buku yang susah?

Membaca adalah satu habit yang seronok.. Baca untuk faham dan baca untuk terima bulat2 dengan cara menghafal mana lagi bekesan? Pernah tak korang terpaksa struggle baca walaupun korang tak faham? Apa korang buat? kalau cara aku..aku perlahankan cara pembacaan je. Faktor utama aku baca macam tu sebab aku nak tangkap dari pelbagi sudut apa yang cuba disampaikan..Contoh, buku yang tidak boleh rush macam subjek mikroprosesor dan mikropengawal..aku bagi satu contoh satu dari ayat dia:-

What does the following instruction do?

LDAB #$FF

Answer:
It is an extended addressing mode. This content from an address which has content #$FF which are loaded and copied to the ACCB.

ha..ini lah faktor isi yang membuatkan aku membaca lambat..aku yakin dalam kursus korang kurang2 mesti ada satu buku yang korang terpaksa memperlahankan kelajuan korang untuk korang follow isi dia..memerlukan kajian yang terperinci sebelum faham..baru boleh catch up..apa perasaan korang bila korang mendapat markah full mark dalam ujian matematik?mesti korang rasa bangga dan rasa puas apa yang korang usahakan selama ini telah membuahkan hasil..tapi bagi aku fullmark tak cukup confident la mengatakan kita dah pro..nak rasa lagi confident mengatakan kita faham..cuba ajarkan ilmu tu kepada sesiapa..bila diorang dapat faham apa yang korang ajarkan tu dan mendapat riaksi muka yang baik, bermakna memang korang genius la dan boleh jadi sensei dah lepas ni..

Tuesday, October 20, 2009

internet free

Sekarang tak perlu susah2 pergi ke CC atau nasi kandar untuk mendapatkan Wi-fi kerana di kawasan Poli ni memang sudah tersedia perkhidmatan wi-fi..kelajauan wi-fi tak la berapa laju iaitu lebih kurang 48.0Mbps camtu la..bagi aku dah cukup untuk mendapatkan maklumat-maklumat dari internet untuk membuat assignment jika ada..tetapi politeknik tak benarkan student memasuki laman web seperti youtube dan rangkaian sosial seperti friendster, myspace dan YM menyebabkan aku sedikit kurang bebas juga sebenarnya..mungkin pihak politeknik tidak mahu student leka dengan melayari laman sosial yang tiada kaitan dengan pelajaran barangkali..sapa yang tahu software mana yang boleh hentikan block ni??

bagi yang tahu bagaimana hentikan block dan sapa-sapa yang ingin mendapatkan ID dan Password wifiPTSB boleh msg aku 0175168314..M

Saturday, October 10, 2009

tak terasa jauh..

walaupun aku belajar di negeri orang tapi aku tak rasa pun aku jauh dengan family aku..sebab perjalanan kulim taiping hanya mengambil masa 1 jam 15 minit ja..satu kelebihan untuk aku sebenarnya..Alhamdulillah la sebab aku dapat belajar kat sini. Tak jauh. Tiap minggu dah jadi rutin balik kampung lari dari kesibukan untuk berjumpa dengan family aku..rasa bersalah lak kalau tak balik..yang paling best sebab makan jugak..aku rindu masakan mak aku..macam minggu ni balik..masuk rumah je..dah berbau harum nasi ayam mencucuk hidung..haha..tak sempat mandi..terus ambik pinggan dan serang..haha..

*aku harap suasana ni akan berterusan sampai bila2..


Friday, October 9, 2009

Minggu yang sukar..

walopun minggu ni adalah minggu yang tidak sibuk dengan kelas..aku ingin mengatakan minggu ini adalah minggu yang amat sukar sepanjang semester5 ini. Minggu ni ada pelbagai ragamnya..ketidak tentuan ekonomi dan paling aku panas dengan sikap tuan rumah sewa kami yang mempunyai perangai yang siot..sebab apa aku kata macam tu? sebab dia memang susah nak paham bahasa malaysia..walaupun sudah berkali kami memaklumkan tentang tunggakan yang tidak dijelaskan sebelum kami pindah itu lagi dan menyuruh dia supaya menjelaskan segera kerana surat pemotongan bekalan sudah sampai ke rumah tetapi dia tetap tidak melakukannya dan banyak memberi berbagai2 alasan..siapa yang nak bayar bil tunggakan yang tidak berpuca dari kami? pada hari selasa lepas datang orang elektrik ke rumah kami..waktu tu kami ingatkan dia datang nak potong dah bekalan elektrik kami..bergelap la kami malam nanti..rupanya dia datang untuk memberi peringatan sahaja tentang bil tunggakan yang belum dijelaskan lagi itu..*fuhh..nasib la..tuan rumah sewa kami memang langsung tak mau bertanggungjawab ke atas bil tunggakan tersebut dan masih memberi pelbagai alasan..kami sudah telefon tuan rumah petang tu..lepas dijelaskan oleh aku baru dia mengalah dan akan menjelaskan pada esok pagi..Esoknya kawan2 ku ke kaunter di Nur Elektrik untuk memeriksanya..pihak Nur Elektrik mengatakan mereka tak terima sebaang bayaran tuggakan pun sejak kaunter pembayaran dibuka..Nyata, usaha kami menyuruh tuan rumah teruk itu membayar tunggakannya seperti mencurah air ke daun keladi..akhirnya untuk mengelakkan bekalan elektrik kami terpotong hanya kerana menunggu tuan rumah teruk itu bayar..lebih baik kami mengeluarkan wang sendiri untuk menjelaskan tunggakan itu..memang tuan rumah itu merupakan tuan rumah yang paling teruk yang pernah kami temui dalam sejarah..

Friday, September 25, 2009

HULK was born @ indonesia



OK ramai ibu bapa yang seronok dengan kelahiran bayi mereka tambah2 bayi mereka sempurna dan sihat walafiat berat sekitar 3-6kg..:) Tapi, di Indonesia lahir bayi yang telah mencatat rekod dunia sebagai bayi paling berat pernah dilahirkan..ibunya telah melahirkan bayi dengan berat 8.6 kg! Bayi berat pernah dicatatkan di amerika pada 1879 dengan beratnya 10.4kg tapi bayi tu tak dapat diselamatkan sebab terlalu gemuk..hai...macam mn la agaknya mak diorang ni larat bawa perut sampai 8kg-10kg ni ek..harap bayi ni cover sikit kederat dia bila dia main gusti dgn kawan2 yang seusia dengannya nanti..

Thursday, September 24, 2009

Berenang


Semua orang ada hobikan? bagi aku hobi adalah benda yang paling penting aku buat tiap2 minggu..hobi aku ialah berenang..Perh, kalo tak buat ni mau menggiggil jadi aku..hehe.
Ok, mari kite citer sikit pasal berenang ni..Ok first sekali sebab apa aku suka berenang ni ialah sebab berenang ni amat berguna bila kita dalam kecemasan..kita pun taukan bahaya ni datang dari mcm2 sudut..antaranya bahaya lemas dalam air yg dalam..sbb tu kita kena lengkapkan diri kita dengan kemahiran berenang ni untuk menyelamatkan nyawa anda..haha,jangan tau buat CPR je..ok, yang kedua sbb apa aku suka berenang..mesti la sbb bernenang ni menyihatkan badan. Doktor kata berenang dapat mengelakkan obesiti dan penyakit athma..ha lagi,berenang tak mencederakan badan..lain la kalau kita berenang di tempat ternakan buaya ye..uhuhu...ok, yg ketiga pulak..haa,yg ni aku paling suka..berenang ni "jimat kos".hehe sesuai la ngan nasib aku yg bujang dan masih belajar lagi..duit mmg x byk sgt..so, elok la aku berenang je..takat coronation pool kt tempat aku RM 2 je..pastu mandi la sampai kecut pun..huhu..tp jgn lupa pakaian renang ye..kalo tak nanti tak dapat masuk pulak..uhuhu..yg keempat empat ni best..dgn berenang je anda dapat membesarkan muscle2 bdn anda yg lembut dan beralun tu..hehe,huish..sapa tak nak badan cantik?berenang 20 minit 3 x seminggu, kawal makan..dah jangan terkejut kalo orang melihat anda sampai dia excident..yang ke lima..sbb berenang byk kelebihan ni adalah satu dari sunnah Rasulullah selain memanah & berkuda tau..yg ke 6 sbb bila dah pandai berenang tu ha...baru la leh wat sukan2 yg ekstrem mcm berkayak ke,diving ke, skuba..yang ke 7 sbb peratus air berbanding darat ialah 70%..jadi dengan kemahiran berenang ni dapat la kita berinteraksi dengan cara yg lebih bermakna lagi.. jadi, tunggu apa lagi..jom ikut aku berenang:)

Wednesday, September 23, 2009

Bumi atau Marikh?...



SYDNEY – Australia's worst dust storm in 70 years blanketed the heavily populated east coast Wednesday in a cloud of red Outback grit, nearly closed the country's largest airport and left millions of people coughing and sputtering in the streets.
No one was hurt as a result of the pall that swept in overnight, bringing an eerie orange dawn to Sydney, but ambulance services reported a spike in emergency calls from people with breathing difficulties, and police warned drivers to take it easy on the roads.
Dust clouds blowing east from Australia's dry interior — parched even further by the worst drought on record — covered dozens of towns and cities in two states as strong winds snatched up tons of topsoil, threw it high into the sky and carried it hundreds of miles (kilometers).
International flights were diverted from Sydney to other cities — three from New Zealand were turned around altogether — and domestic schedules were thrown into chaos as operations at Sydney Airport were curtailed by unsafe visibility levels. Passenger ferries on the city's famous harbor were also stopped for several hours for safety reasons.
The dust over Sydney had largely cleared by midafternoon, though national carrier Qantas said severe delays would last all day because of diverted and late-running flights.
The dust was still flying further north, however, and the sky over the Queensland state capital of Brisbane was clogged with dust into the early evening.
Such thick dust is rare over Sydney, and came along with other uncommon weather conditions across the country in recent days. Hailstorms have pummeled parts of the country this week, while other parts have been hit with an early spring mini-heatwave, and wildfires.
"It did feel like Armageddon because when I was in the kitchen looking out the skylight, there was this red glow coming through," Sydney resident Karen told Australian Broadcasting Corp. radio.
The storms — visible as a huge brown smudge in satellite photographs of Australia on Wednesday — are the most severe since the 1940s, experts said. One was recorded traveling from southern Australia all the way to New Zealand some 1,400 miles (2,220 kilometers) away.
Officials said particle pollution in Sydney's air rose to the worst on record Wednesday, and the New South Wales state ambulance service said it had received more than 250 calls before midday from people suffering breathing problems.
People with asthma or heart or lung diseases were urged not to go outside and to keep their medicine inhalers handy.
"Keeping yourself indoors today is the main thing to do if you have any of those conditions and particularly if you're a known sensitive sufferer such as children, older adults or pregnant women," said Wayne Smith, a senior state health official.
Sydney residents coughed and hacked their way through their morning commute, rubbing grit from their eyes. Some wore masks, wrapped their faces in scarves or pressed cloths over their noses and mouths.
"These dust storms are some of the largest in the last 70 years," said Nigel Tapper, an environmental scientist at Monash University. "Ten very dry years over inland southern Australia and very strong westerlies have conspired to produce these storms."

Thursday, September 3, 2009

Selangkah kehadapan bersama robot dari Jepun

Sempena demam Transformer yang melanda, seperti yang aku kata, aku akan memperbanyakkan entri2 aku tentang robot. Ini adalah robot yang pertama aku masukkan dalam entri2 aku. Namanya asimo singkatan Advance Step in Innovative MObility.
Sebuah humaniod robot pelbagai guna mengikut keperluan manusia. Robot yang cerdik ini
dibuat khas adalah untuk membantu manusia dalam kehidupan seharian seperti memasak, mengemas rumah, membersihkan halaman dalam dan luar dan juga mengikut kita gi pasar. Tapi jangan sesakali salah guna dengan memprogramnya menyiapkan assignment kerana ia akan mengikut apa yang diarahkan dan diprogramkan oleh tuannya. Dalam dunia perindustrian, ASIMO boleh

diguna untuk membuat kerja2 seperti memasang badan kenderaan, memasukkan gula2 ke kotak2 dan lain2 tugas ringan. Ia amat rajin jika diberbandingkan manusia. Hanya perlu program sekali sahaja pasti halaman rumah dan luar anda akan menjadi teratur rapi dan bersih sentiasa.

ASIMO tidaklah sereal dalam citer starwars yang membawa watak Data atau C3PO, tapi pencapaian ASIMO mungkin merupakan titik mula manusia ke arah itu. The Honda Motor Company yang membangunkan ASIMO percaya ini adalah robot humaniod yang paling mencabar dalam pembuatan robot di dunia. Menurut web site ASIMO, ASIMO adalah satu2nya robot yang boleh berjalan, berlari secara sendiri dan menaiki tangga pertama didunia.

Ini adalah kebolehan ASIMO:

i. mengenalpasti objek yg bergerak
ii-mengenalpasti keadaan & gerak isyarat
iii-mengenalpasti keaadan sekitar
iv-membezkan bunyi
v-mengecam muka
vi-mempunyai interface dengan IC Communication cards untuk sambung internet


ASIMO boleh mengenal pasti jarak serta arah sesuatu objek. Ini disebabkan terdapat kinesthetic sensor pada tangannya yang akan memberikan tindakbalas ketika berinetraksi dengan manusia dan dia juga akan mengikut tuannya jika tuannya memberi arahan kepadanya. ASIMO mempunyai jari-jemari yang membolehkan ASIMO menekan suis, membuka pintu, dan memegang sesuatu. Berbanding robot biasa, Honda ingin membina ASIMO sebuah robot yang boleh menolong manusia--robot menolong disekitar rumah, menolong awal-awal pagi, dan juga membantu orang kurang upaya menaiki kerusi roda mereka. ASIMO hanya 4 kaki 3 inci (130cm)tinggi, ini memudahkan ASIMO melihat mata tuannya yang sedang duduk (lagipun,jimat ruang jugak). ASIMO bila sekali pandang macam kanak2 yang memakai baju angkasawan. Ianya sangat friendly, tidak besar dan tidak merbahaya kepada manusia.


ASIMO juga boleh melakukan kerja yang terlalu berbahaya untuk manusia melakukannya seperti pergi ke kawasan merbahaya, mematikan bom dan kawasan perang(oh!adakah starwars?!!!)

p/s: ok cukuplah takat ni. Nanti aku akan bubuh lagi input-input pasal ASIMO lagi lepas aku berjaya searching ok! Arigato Guzaimaz.....

Friday, August 21, 2009

Bulan Ramadhan Tingkatkan Amalan

Esok dah nak puasa..tak sangka aku dapat jugak menjalani ibadah puasa sekali lagi..untuk umur aku yang dah menjangkau 20 thn ni..aku bersyukur kepada Allah sebab aku masih lagi bernyawa untuk sama-sama menjalankan ibadah puasa bersama saudara terdekat..harap bulan puasa ni tak da lah aktiviti2 yg kurangkan pahala puasa hendaknya..huhu kenapa aku cakap macam tu? itu sekadar nak mengingati diri aku sahaja..ye la..kadang2 tu kita mmg tak sedar atau buat2 tak sedar kita telah membuat aktiviti2 yang tak berfaedah pun macam menonton TV drama venezuela pukul 3.30 ptg tv3..video dari file pelik2 atau rancangan siri korea kadang2 mana boleh percaya sangat tu..justeru marilah bersama kita menghndari diri kita dari dosa dan kita tingkatkan amalan pahala di bulan Ramadahan ini.."Selamat Menjalani Ibadah Puasa.."



Untuk malam yang pertama hari ini aku terawikh kat Surau Istiqlal surau taman aku tu walopun time tu hujan renyai2 jugak tak kisah la..pastu tak sangka pulak ada tetamu istimewa yang datang..beliau ialah Ir Mohamad Nizar Jamaluddin..aku taw pun lepas terbaca satu memo kat depan pintu surau tu..dia yg jadi imam dan bagi sikit tazkirah untuk sembahyang tarawikh tadi..tazkirah beliau pasal orang melayu yang sangat rajin dan bersemangat berpuasa tapi malas bersembahyang fadhu..dari pandangan aku la.. dia mmg tak sombong langsung..dia datang bersahaja je dengan berkopiah, baju melayu dan kain pelekat dia..satu sikap yang aku sendiri respect la..sempat jugak aku berjabat tangan dengan beliau..


Ir Mohamad Nizar(gambar lama)

Saturday, August 15, 2009

Penyelengaraan VS Penyenggaraan

Penyelenggaraan bermaksud servis yang perlu dilakukan dalam jangka masa tertentu untuk
membantu proses agar mesin dapat bergerak dengan lebih lancar tanpa masalah.


Penyenggaraan bermaksud proses baik pulih yang dilakukan ke atas sesuatu atau kata lain
menaik taraf/modifikasi agar prestasi mesin menjadi lebih berkualiti..


Setiap mesin mesti diselenggarakan untuk mengekalkan
kelancaran selain dapat mengelakkan kos kerosakan yang besar..setiap mesin yang telah usang
perlu disenggara..

khas untuk Pn. Saudah yang mengajar repiar and service electronic device

p/s:tak boleh belah soalan ni yang aku kantoi tak boleh jawab masa dia suruh aku berikan perbezaan makna penyelenggaraan dan penyengaraan...ish2..

Monday, August 10, 2009

Camping @ teluk senangin

Disebabkan cuti lama kerana tempat belajarku dikuarantin sampai ari selasa ni..jadi aku ngan kengkawan lama aku bincang la pa nak buat cuti-cuti nih kan pe bosan jugak tak de aktiviti nak wat..bincang punya bincang..dapatlah satu idea best..teka pa??Ha,,Camping la..mn da aktiviti karok..itu aktiviti kitorang tak minat langsung..camping site yang dicadangkan ialah teluk senangin..tak jauh pun, kalo dari taiping 1 jam 30 minit je..

.:.Behind the scene to teluk senangin.:.
petang tu dalam pukul 5.30ptg..dah list dah benda pe nak bawa..kebanyakan barang2 ni suma tak payah beli..memang dah ada kat rumah..jadi kami pakat2 dah ambik dari rumah sorang sikit..contoh: gula (aku bawak), teh lipton packet(amin bwk), khemah(izzuan bwk) dll. Jadi, boleh la jimat..benda yang takdak tu kena jugak lah beli..jadi tescolah tempat kami beli barang..barang murah dari jenama tesco tu mmg lah jadi pilihan utama..oh,paling penting ayam tuk masak bbq mlm ni..bhgian sedap dan banyak isi ialah dada..jadi,kami rasa sorang dua ketul ok la kan..yang bestnya tesco ni da bahagian jual barang2 tuk camping jugak..mcm sulfur, kaki tuk masak maggi, dapur gas kecik, dan kalo nak khemah pun ada jual..tp, kami ambik sulfur , 3pcs pisau ngan tmpt masak maggie je..mmg nak angkat dapur gas sekali tp mahal la plak..takut tak cukup bajet lak..habis shopping suma 23 barang yang dibeli dengan RM 76.53..ok la kan complete ngan mknn ringan tuk mkn lam kete pun ada..hehe..tak la lapar sangat nt dapat kunyah2 keropok..Sebelum bertolak, kami sembhyg maghrib dlu kat surau tesco..aku tak leh join berjemaah sbb kena jaga barang la plak..pas smbhyg bru la kami rasa tenang..lepas isi minyak kami bertolak pukul 8.30 mlm sampai teluk senangin kul 10.30mlm..(30 minit singgah smbhyg isyak kat masjid pantai remis)

p/s: total kos hari pertama= beli barang RM 76.53 + isi minyak kete RM 30
.'. RM 106.53

.:.Pasang khemah.:.
Lps sampai je teluk senangin kami mmg excite ngan bunyi ombak dier..sbb kwsn dia betul2 tepi pantai je..camping site untuk berkhemah ialah sepanjang pantai tu la lebih kurang 2km ke dalam teluk senangin tu..so, kami takdak la masalah dengan site yg best tuk pasang khemah sbb suma site mmg best2..lepas dapat site yg cun kami pun sibuklah mmasang khemah kami..mmg tak penat angkat brg pon dr kete sbb kete mmg leh masuk ke dalam camping site kami n kete dpt parking sebelah khemah kami je..pasang khemah tak la ssh..15minit je dh complete suma..tips nk pasang khemah..clearkan dulu tapak tuk dirikan khemah tu dr bnda cam batu,daun dll supaya lantai khemah tak berbenjol-benjol..psg khmh kalo leh dptkan la dkt ngn pokok sbb dpt la berlindung dr panas terik dan embun..pas siap psg khemah jgn lupa lak tarok sulfur keliling khemah..brg2 jgn bersepah2..biarkan site kelihatan kemas dan bersih..baru la sedap mata memandang..

.:.Ayam Panggang a.k.a BBQ dan sosej.:.
Mlm tu..menu mkn mlm untuk mkn mlm tu spt yg telah diplankan petang td ialah ayam BBQ n sosej..

Chef yg telah dilantik serta merta tuk memasak BBQ ni ialah amin..ko da pengetahuan sikit bab memasak ni..mmg ko la yang layak,haha.. Sementara menunggu dia mmbasuh ayam dan mencampurkan rempah ratus..aku dan wan sibuk menghidupkan unggun api..tuk hidupkan unggun api pun tak ssh..sbb kami dh da minyak tanah yg pnting tuk mnghidupkan unggun api tu..cuma buh arang patah2kan bg kecik pastu buh la kayu ke daun kering ke dan bnda yg leh cpt trbakar atas arang..buh minyak tanah sikit..campak api and...siap dapur unggun api!!hehe..leh berbangga dgn pencapaian kitorang mmbuat sesuatu..suma berjalan spt yg dirancangkan..smntara mnunggu arang jd bara..aku smpat lg mkn roti sandwich sbb perut dh berbunyi2..


kosong je..mn da salad pe..saja nk alas perut je..leh la..sementara mnunggu ayam n sosej tu sebati ngan rempah dia..aku tengok unggun api arang kami pun dah ready tuk digunakan..aku pun saja la try letak air tuk wat air teh..


Disbbkan kt situ tak dak sumber air yg bersih..jd air tu kami ambik dari air mineral yg kami beli td..lepas 30 minit air dh menggelegak..huh,cayalah dapur arang tu..kini tiba lah giliran ayam dan sosej bersalut rempah yg sudah ready tuk dipanggang lak..nk panggang ayam BBQ x perlu api besar..bara api pun dh ckup..api besar wat dlm aym tu jd mentah je..


amacam terliur tak ngn ayam bbq kami??haha.. seriyes time ni bau wangi ayam bbq tu mmg buat perut aku jadi tak reti nak senyap..ye aku mengaku aku mmg pelahap orangnya..roti mn cukup..sementara tunggu ayam tu masak..elok la kami ready tmpt tuk hidang mknn kami..


tengok tu pencahayaan tu dari sbnrnya dtg dr pelita mix cahaya bulan..janji leh nmpak mknn sdh la..nk mkn tmpt gelap leh jugak paling kuat pun termkn taik kelawar ja..tu kalo ko nk jadi keluang man la..lepas ayam dan sosej td dh garing..leh la dihidangkan dan susunan mengikut selera korang..


tadaaa....!!huh..ni la hasilnya..thanks to chef kita yang telah berjaya menyelamatkan kami dr kebuluran mlm tu..tambah2 aku mangsa kebuluran tahap kritikal..lps bc doa..kami pun mencekik dgn sopan..ni gmbr ori time merasmi mkn ayam bbq..


dh hbis dh berlakon sopan depan kamera..gmbar selanjutnya tidak ditangkap sebab terlalu gelojoh kot..

.:.Sembang2 larut malam.:.
Lps mkn mn bleh blah mcm tu je..kena la bersihkan pinggan yg guna td tu..tips jimat air:-jangan guna air langsung basuh pinggan..lap je ngan surat khabar..sapa kata tak bersih??kalo korang tak caya try la..terjamin mudah..



jgn lupa barang2 yg digunakan tuk membuat ayam dan sosej bbq td..kalo tak kemas tau tak binatang pa yg datang nt??ha..kalo tak khrok2..serigala..atas sikit rimau je yg tolong kemaskan tuk korang nt. Mlm tu salah sorang kena jaga sbb kami tidur kt luar khemah..tujuan kami tidur kt luar khemah sbnrnya nk menikmati keindahan pantai dan langit wktu mlm..ye la bukan senang dpt peluang tidur luar ni..aku kecik2 dlu pun penah sekali je tido kt luar..time tu pasal aku takut nk balik rumah kena pukul sbb gi mandi sungai time hujan..aku tidur kt kapal gelongsor taman permaianan..hari ni aku dpt tidur kt luar siap da khemah lg..huhu..


Mlm tu aku org first yg kena jaga..spnjg jg tu x da la pa2..cuma pelita ni selalu berjelaga la..aku tak tau kenapa..kena selalu lap tidak tak nmpak dah cahaya dia..ni wan bwk dr rumah ni..mmg sekali isi minyak tanah leh tahan sampai 2 hari..kami dh rncg lps ni kalo gi camping lg kami nk buat obor lak..settle masalah..

.:.Menu Pagi: Roti Sardin 3 rasa.:.
Pagi tu..kami terbangun sendiri bila terdengar bunyi ombak kuat memukul pantai..waktu pg pukul 7.30 pg air tgh pasang..patut la ombak kuat tak ingat..huh, citer pasal menu kami pg ni ialah roti sardin 3 rasa..mesti korang tak penah dengarkan??tu la yg best pasal camping ni resepi yg di cipta suma ikut suka hati je...aku tak penah dengar pun orang mati tersilap makan lam aktiviti bercamping ni..kecuali la kalo tarok sabun basuh tangan dalam menu korang tu..ok, lebih kurang mcm ni lah caranya nk wat sardin 3 rasa versi terbaru ni..first sekali masak lu sardin tu atas dapur arang..


Next..bakar tuna pulak..


tengok tu tekun tu diorang masak..kepada pembaca2 perempuan bleh la sapa nak jd calon diorang..sapa dapat korang tak yah lagi masak seumur hidup dh.. aku bab2 memasak ni mmg kureng sikit la..


Bila tuna tu dh masak..sardin dah masak..campurkan sekali kedua2nya lam satu bekas..pastu buh ayam bbq yg dipotong kecil2..masuk jugak sekali sos tiram dan sos thai adilah ke dalamnya..dapat tak menu dia..yg kata 3 rasa tu adalah rasa sardin+rasa tuna+rasa ayam bbq la..rasa sos tiram dan sos thai tu sampingan je..amacam ni dh ready leh mkn dh ni..sedap ke tak mai sini aku cuba,haha..mmg bab mkn aku terer..


tu lah aku dah tercongok depan diorang dari td..tunggu mknn siap..haha,mmg mls betul..tau mkn je.. disebabkan lidah aku ni dianugerahkan mmg terer dalam bab2 merasa..so aku pun dgn bangganya merasmikan rasa roti 3 rasa ni.. jeng2..


tgok la betapa teserlahnya kepandaian aku dalam bab makan ni..dan tiba lah masa untuk gigit tuk mengetahui rasanya..


Ummph...??...sedap doh!!!caya la bro2..korang mmg terer masak la..2 thumb tuk korang dua! dan tak lupa jugak aku yg telah bersusah payah menilai resepi terbaru korang ni (ehem..tak bleh ke aku berbangga dengan diri sendiri??)..

.:.Pantai teluk senangin.:.
Lepas makan dan kemas pinggan..aktiviti seterusnya apa lagi mandi pantai la..memang best main ombak..mmg ombak dia tak sama mcm ombak kat teluk batik..ombak kat sini lagi kuat and ganas..kami tak dak masalah ngan berenang sebab kami bertiga mmg terer berenang pun..dah penat main ombak..kami penatkan lagi diri dengan aktiviti seterusnya iaitu building a sha's sand castle..


Aktiviti ini la yang akan menilai sejauh mana kesenian tangan korang tu..buat sand castle at first mmg mcm harem je,,asyik2 runtuh..tp bila dh tau punca dia ok la..mmg bidang seni ni mmerlukan kesabaran yg tinggi jugak la..time ni la nak menilai tahap kesabaran korang..tengok..nmpk mcm permaianan kanak2 je buat istana pasir untuk puteri sha ni kan?..tapi kalo tengok balik mcm2 pengajaran yg kita leh dapat dengan wat benda ni..terpulanglah kepada korang tuk menilainya.. habis melalut..Inilah hasil dari kesenian tangan kami khas tuk gadis bernama sha..


"tuan puteri hamba bertiga sudah menunaikan hajat tuan puteri supaya membina istana tuk tuan puteri sebagai tanda cinta kepada tuan puteri di pantai teluk senangin ini..jadi antara kami bertiga siapakah tuan puteri pilih untuk dijadikan teman hidup??" dah mcm laksamana do re mi la pulak..

.:.balik taiping.:.
dah habis la aktiviti camping kami..sepanjang kitorang kat teluk senangin ni mmg sangat best dan berbaloi lah..dan sebagai kenangan aku tulis perkataan taiping besar2 kat pantai teluk senangin tu..


tp aseymen..tak dapat tangkap full..sbb besar sgt la..

p/s: total kos hari kedua = beli nescafe ais+milo ais 2
.'. RM 4.50
Total kos keseluruhan sepanjang camping = hari pertama RM 106.53 + hari kedua RM 4.50
.'. RM 111.03#