Tuesday, November 17, 2009

Dash Yonkuro

Teringat aku semasa zaman kanak-kanak dulu..dalam umur 9 tahun la aku ada satu hobi yng aku suka iaitu main kereta "dash yonkuro". Waktu tu mmg popular la keta control ni..bukan umur takat 9 tahun je main ada yang umur 15 tahun pun tak mau ketinggalan jugak. huhu. ni salah satu sebab dia pengaruh dari cerita katun jepun "dash yonkuro" tu sendiri la..hmm, yang bestnya bila dh pakat-pakat ada model kete dari katun siri tu apa lagi kitorang beradu kekuatan la tengok kete sapa paling laju..litar tak jadi masalah, pegi je kt satu rumah tu kt kampung paya, sebiji mcm litar dalam citer dash yonkuro! bukannya beli pun track tu, ia di bina sendiri menggunakan kayu plywood, dan kepingan zink rata oleh pemilik litar tu sendiri. Mmg besar, ada dalam 5 meter x 7 meter (anggaran). Setiap hari sabtu mesti ramai. Tapi,tak kisah lagi ramai lagi banyak model kereta yang kita tak pernah nampak sebelum ni turut beradu kelajuan masing2 di situ..Modifikasi ke atas kereta mmg hebat2 lah, masing-masing mempunyai alasan yang tersendiri tentang bagaimana untuk mempertingkatkan kelajuan kereta masing2..untuk tayar dah tukar kepada tayar span berkaler pelangi, manakala kiri, kanan, depan dan belakng bumper pulak di dipasang roda bg memudahkan kereta membelok. Enjin, tak lain tak bukan jenama TAMIYA la..so,sapa2 yang memiliki enjin jenis tu mmg orang tak berani cabar la..tak meragui kehebatannya di litar lumba..haha. Tambahan pula spare part untuk buat modifikasi di taiping pada waktu itu sukar dicari..(tahun 1998 taiping mmg ketinggalan zaman lagi):) so, tak heran la ia menjadi tumpuan ramai..Kereta yang pertama yang aku miliki hasil tahan makan waktu rehat ialah jenis "Dash-5 Dancing Doll". AKu beli dengan harga RM 10.90. Kete tu hancur di langgar kereta kancil yg lebih besar daripadanya..huhu (sedih jugak la)..x smpat pun nk modification masuk pertandingan..(huhu, sudah la tak mau cita lg) Tapi, yang pasti penggemar2 kereta "dash yonkuro" kipas susah mati yang dulunya popular semakin lama semakin tidak kelihatan dan terus pupus ntah kemana pergi aku pun tak tau..mmg misteri..tp bagi setengah orang hal sebegini memang standard..




First model, Dancing Dolls yang aku beli yang hancus..tsk


Dash 1 Emperor!
Tayar pelbagai pilihan mengikut citarasa.

tiba masa untuk aku tido, aku baru habis lepasi minggu yang busy..

2 comments:

DakLengai said...

hoho...menyingkap kenangan lama nampak? :))

bujang said...

yeah..zaman kanak-kanak dulu mmg mengusik kalbu...huhu(tak tahan ayat)
dulu masa kecik2 mmg agak buas..cubaan paling xtream cucuk main suis depan rumah aku ngan besi dan kena short karen 240V..