Saturday, November 21, 2009

Rancang destinasi - Family Trip!

Rasanya dah lama keluarga aku tak organize family trip gi bercuti..last bercuti ngan kluarga pun 2hb Januari 2009 kat Cameron Highland..apa yang aku dapat bercuti ngan kluarga ni mmg best la..bukan apa, selain dapat berjalan makan angin, ia juga memang memori yang tak dapat dilupakan sehingga hari ini! tak taw knapa tiap kali tengok balik gambar time bercuti tu aku rasa seronok & refresh balik kenagan dulu..yang tak leh lupa sekali, buat asap guna mulut la ngan big bro,haha..memang perangai mcm budak2..tapi yang tu la yang aku paling ingat sampai sekarang, mungkin sebab tak dapat lupa rupa dah macam dugong imbang bola dah kami time tu..haha..aku nak upload gambar kami masa bercuti kat sana tapi tenet kat sini teramat la perlahan untuk diupload....hmm, skg ni masing2 dah sibuk abang aku dah keja, mak pun susah nak dapat cuti, ayah no problem ja.. argh! tak kira tahun depan aku nak jugak ajak family aku wat FAMILY TRIP lagi. Kali ni mesti lagi best dari tahun lepas sebab abang sulong ku dah ada segala kelengkapan yang perlu seperti kameranya..kereta barunya..mungkin duitnya juga di sponsor oleh beliau..haha Moga2 rezeki beliau bertambah berkat la hendaknya jika benar..
Apapun ke mana pula destinasinya kali ni^^??...

Thursday, November 19, 2009

Susu kambing

Aku nak kongsi sikit dengan korang tentang satu minuman yang telah menyembuhkan selsema dan sakit kepala aku yang dah lama tak baik-baik..dekat 2 minggu jugak la..Ok, semalam aku balik dari kelas..sampai je rumah terus aku tidur sebab hidung aku dah tak ada deria rasa lagi..asyik berhingus je..tension! bila bangun dari tidur argh pening dan sakit kepala tak usah cakap la..kemudian abang aku ajak gi kuar makan..sbb tak makan lagi aku ikut la..kat sana aku tak rasa pun nak makan nasi pun sbb mcm tak lalu ja..pastu aku ternampak susu kambing..disebabkan aku tak lalu makan nasi sbb hidung aku dah hilangkan selera aku..jadi aku pun order la susu kambing..
lepas minum..suma mcm biasa je cuma pas balik tu aku rehat2..pastu terasa sesak lam hidung aku ni makin lama makin hilang..dan da mula rasa oksigen masuk hidung..kepala pun tak rasa sakit lagi.. eh..asal tiba2 je rasa ok hidung ni..pikir punya pikir, mmg tak lain sbb susu kambing ni..pas dari tu aku terus cari info pasal susu kambing ni..kemudian baru aku taw rupanya susu kambing banyak khasiat dia..susu yang terbaik selepas susu badan..untuk ketahui lebih lanjut korang boleh search sendiri untuk mengetahui khasiatnya..

Di sebalik sunnah Rasulullah itu sebenarnya ada kebaikan yang tersirat..
Assalamualaikum.....

Tuesday, November 17, 2009

Dash Yonkuro

Teringat aku semasa zaman kanak-kanak dulu..dalam umur 9 tahun la aku ada satu hobi yng aku suka iaitu main kereta "dash yonkuro". Waktu tu mmg popular la keta control ni..bukan umur takat 9 tahun je main ada yang umur 15 tahun pun tak mau ketinggalan jugak. huhu. ni salah satu sebab dia pengaruh dari cerita katun jepun "dash yonkuro" tu sendiri la..hmm, yang bestnya bila dh pakat-pakat ada model kete dari katun siri tu apa lagi kitorang beradu kekuatan la tengok kete sapa paling laju..litar tak jadi masalah, pegi je kt satu rumah tu kt kampung paya, sebiji mcm litar dalam citer dash yonkuro! bukannya beli pun track tu, ia di bina sendiri menggunakan kayu plywood, dan kepingan zink rata oleh pemilik litar tu sendiri. Mmg besar, ada dalam 5 meter x 7 meter (anggaran). Setiap hari sabtu mesti ramai. Tapi,tak kisah lagi ramai lagi banyak model kereta yang kita tak pernah nampak sebelum ni turut beradu kelajuan masing2 di situ..Modifikasi ke atas kereta mmg hebat2 lah, masing-masing mempunyai alasan yang tersendiri tentang bagaimana untuk mempertingkatkan kelajuan kereta masing2..untuk tayar dah tukar kepada tayar span berkaler pelangi, manakala kiri, kanan, depan dan belakng bumper pulak di dipasang roda bg memudahkan kereta membelok. Enjin, tak lain tak bukan jenama TAMIYA la..so,sapa2 yang memiliki enjin jenis tu mmg orang tak berani cabar la..tak meragui kehebatannya di litar lumba..haha. Tambahan pula spare part untuk buat modifikasi di taiping pada waktu itu sukar dicari..(tahun 1998 taiping mmg ketinggalan zaman lagi):) so, tak heran la ia menjadi tumpuan ramai..Kereta yang pertama yang aku miliki hasil tahan makan waktu rehat ialah jenis "Dash-5 Dancing Doll". AKu beli dengan harga RM 10.90. Kete tu hancur di langgar kereta kancil yg lebih besar daripadanya..huhu (sedih jugak la)..x smpat pun nk modification masuk pertandingan..(huhu, sudah la tak mau cita lg) Tapi, yang pasti penggemar2 kereta "dash yonkuro" kipas susah mati yang dulunya popular semakin lama semakin tidak kelihatan dan terus pupus ntah kemana pergi aku pun tak tau..mmg misteri..tp bagi setengah orang hal sebegini memang standard..




First model, Dancing Dolls yang aku beli yang hancus..tsk


Dash 1 Emperor!
Tayar pelbagai pilihan mengikut citarasa.

tiba masa untuk aku tido, aku baru habis lepasi minggu yang busy..

Monday, November 2, 2009

Ada ke cara lain nak bagi faham buku yang susah?

Membaca adalah satu habit yang seronok.. Baca untuk faham dan baca untuk terima bulat2 dengan cara menghafal mana lagi bekesan? Pernah tak korang terpaksa struggle baca walaupun korang tak faham? Apa korang buat? kalau cara aku..aku perlahankan cara pembacaan je. Faktor utama aku baca macam tu sebab aku nak tangkap dari pelbagi sudut apa yang cuba disampaikan..Contoh, buku yang tidak boleh rush macam subjek mikroprosesor dan mikropengawal..aku bagi satu contoh satu dari ayat dia:-

What does the following instruction do?

LDAB #$FF

Answer:
It is an extended addressing mode. This content from an address which has content #$FF which are loaded and copied to the ACCB.

ha..ini lah faktor isi yang membuatkan aku membaca lambat..aku yakin dalam kursus korang kurang2 mesti ada satu buku yang korang terpaksa memperlahankan kelajuan korang untuk korang follow isi dia..memerlukan kajian yang terperinci sebelum faham..baru boleh catch up..apa perasaan korang bila korang mendapat markah full mark dalam ujian matematik?mesti korang rasa bangga dan rasa puas apa yang korang usahakan selama ini telah membuahkan hasil..tapi bagi aku fullmark tak cukup confident la mengatakan kita dah pro..nak rasa lagi confident mengatakan kita faham..cuba ajarkan ilmu tu kepada sesiapa..bila diorang dapat faham apa yang korang ajarkan tu dan mendapat riaksi muka yang baik, bermakna memang korang genius la dan boleh jadi sensei dah lepas ni..