Friday, October 9, 2009

Minggu yang sukar..

walopun minggu ni adalah minggu yang tidak sibuk dengan kelas..aku ingin mengatakan minggu ini adalah minggu yang amat sukar sepanjang semester5 ini. Minggu ni ada pelbagai ragamnya..ketidak tentuan ekonomi dan paling aku panas dengan sikap tuan rumah sewa kami yang mempunyai perangai yang siot..sebab apa aku kata macam tu? sebab dia memang susah nak paham bahasa malaysia..walaupun sudah berkali kami memaklumkan tentang tunggakan yang tidak dijelaskan sebelum kami pindah itu lagi dan menyuruh dia supaya menjelaskan segera kerana surat pemotongan bekalan sudah sampai ke rumah tetapi dia tetap tidak melakukannya dan banyak memberi berbagai2 alasan..siapa yang nak bayar bil tunggakan yang tidak berpuca dari kami? pada hari selasa lepas datang orang elektrik ke rumah kami..waktu tu kami ingatkan dia datang nak potong dah bekalan elektrik kami..bergelap la kami malam nanti..rupanya dia datang untuk memberi peringatan sahaja tentang bil tunggakan yang belum dijelaskan lagi itu..*fuhh..nasib la..tuan rumah sewa kami memang langsung tak mau bertanggungjawab ke atas bil tunggakan tersebut dan masih memberi pelbagai alasan..kami sudah telefon tuan rumah petang tu..lepas dijelaskan oleh aku baru dia mengalah dan akan menjelaskan pada esok pagi..Esoknya kawan2 ku ke kaunter di Nur Elektrik untuk memeriksanya..pihak Nur Elektrik mengatakan mereka tak terima sebaang bayaran tuggakan pun sejak kaunter pembayaran dibuka..Nyata, usaha kami menyuruh tuan rumah teruk itu membayar tunggakannya seperti mencurah air ke daun keladi..akhirnya untuk mengelakkan bekalan elektrik kami terpotong hanya kerana menunggu tuan rumah teruk itu bayar..lebih baik kami mengeluarkan wang sendiri untuk menjelaskan tunggakan itu..memang tuan rumah itu merupakan tuan rumah yang paling teruk yang pernah kami temui dalam sejarah..

No comments: