Tuesday, December 29, 2009

Kalau down baca ni

Ada pujangga mengatakan.."Siapa yang mengatakan tidak boleh sebelum dia mencuba maka dia adalah orang sudah gagal sebelum dia berjuang"

ahli fikir berkata.."Mengapa kita harus kecewa dan berdukacita, sedangkan tubuh badan kita sihat walafiat. Akan tetapi ramai orang yang menderita sakit tubuh badan, namun mereka tidak pernah merasa kecewa malah mereka tetap tabah menghadapinya walaupun mereka tahu kematian itu lebih dekat dengan mereka"

mari kita baca kisah seorang anak petani ni

Seorang anak petani yang hanya belajar di sebuah kampung yang terpencil. Jauh daripada kemajuan dan kemodenan hidup. Akan tetapi dia bercita-cita ingin menjadi seorang jurutera atau pegawai tinggi. Lantaran itu cita-citanya menjadi pendorong untuk dia terus berusaha walau pun dalam keadaan serba kekurangan. Yang pasti dia akan berusaha dan mencari jalan bagaimana untuk mencapai cita-citanya.

Dia berdikari dan berusaha untuk mencapai cita-citanya itu sehingga dia berjaya. Dia tidak akan gentar untuk berdepan dengan kesulitan dan kepayahan hidup yang dihadapinya kerana cita-citanya yang tinggi itu akan memberi rangsangan yang kuat kepada jiwa raganya untuk terus berusaha bersungguh-sungguh. Cita-citanya akan mengatasi kesulitan dan kepayahan hidupnya. Dia berpegang kepada selagi kita bercita-cita maka selagi itu kita mesti berusaha.

terpulanglah kpd kita untuk melihat cerita ini dengan kehidupan kita dari segi apa yang pentingnya ialah bagaimana kita boleh ambil cerita ini sebagai pengajaran..

contoh pengajaran yang dapat diaplikasikan..
1. cita-cita yang menjadi pendorong leh digantikan dengan "membebaskan diri" etc.(diganti dari cita-cita) yang menjadi "ketakutan yang membelenggu"(pendorong)..
2. mencari jalan leh digantikan dengan "plan untuk hidup yang difikirkan sehari2"..
3. berdikari dan berusaha boleh digantikan dengan "kesabaran dan ketabahan langkah demi langkah yang diaturkn setiap hari"etc dan berjaya ialah kemenangan untuknya kerana ketakutan yang membelenggu dirinya sudah tamat..
4. ini tamabahan je sbb penting kalau dah berjaya..bersyukur pada ALLAH kerana memberi kemenangan ini..

Thursday, December 24, 2009

Keputusan PMR diumumkan hari ni

Hari ini tepat jam 10a.m keputusan PMR 2009 diumumkan. Mesti hari ini ialah masa yang ditunggu-tunggu bagi calon PMR. Aku pun dulu macam ni gak..nak demam la, nervous tahap gaban la.. tak tau boleh skor ke dak la. Yang jadi mangsa Bapak aku..Soalan yang lazim aku tanya dia hari-hari "Daddy,daddy bila keputusan nak kuar?esok ek?bila ek?" sampai nak bebulu arr telinga dia dengar..hehe sorry Dad. Tu dulu dad..skang wa da besar.. wa dah boleh kawal nervous wa..

Apapun, tahniah kepada calon PMR 2009 yang dapat 8A..kepada yang tidak berjaya jangan putus asa..SPM boleh try lagi..menanti keputusan adik aku..sedia la aku dah janji ngan dia 1 A aku nak bagi RM 10..hehe tak pasal aku yang risau lak..

Nabi Muahammad ialah manusia paling sempurna

"mana ada manusia yang sempurna kat dunia ni..sedangkan NABI MUHAMMAD pun tak sempurna inikan pulak kita" -statement ini dipetik dari perbualan dua orang di suatu kedai makan-

Sapa sokong statement ni?? Sila comment..dari dulu lagi aku 100% tak terima statement ni sebenarnyi. Kalo anda sokong dengan statement ni. Kita berbincang kenapa anda sokong. Kalo boleh tunjukkan sekali fakta dan bukti yang kukuh.

Berikut adalah orang-orang yang hebat serta berpengaruh tetapi mereka juga mengakui Nabi Muhammad ialah manusia paling sempurna dan hebat dalam sejarah manusia.

Sir George Bernard Shaw in ‘The Genuine Islam,’ Vol. 1, No. 8, 1936.

“If any religion had the chance of ruling over England, nay Europe within the next hundred years, it could be Islam.”
“I have always held the religion of Muhammad in high estimation because of its wonderful vitality. It is the only religion which appears to me to possess that assimilating capacity to the changing phase of existence which can make itself appeal to every age. I have studied him - the wonderful man and in my opinion for from being an anti-Christ, he must be called the Savior of Humanity.”
“I believe that if a man like him were to assume the dictatorship of the modern world he would succeed in solving its problems in a way that would bring it the much needed peace and happiness: I have prophesied about the faith of Muhammad that it would be acceptable to the Europe of tomorrow as it is beginning to be acceptable to the Europe of today.”

Michael Hart in ‘The 100, A Ranking of the Most Influential Persons In History,’ New York, 1978.

My choice of Muhammad to lead the list of the world’s most influential persons may surprise some readers and may be questioned by others, but he was the only man in history who was supremely successful on both the secular and religious level. …It is probable that the relative influence of Muhammad on Islam has been larger than the combined influence of Jesus Christ and St. Paul on Christianity. …It is this unparalleled combination of secular and religious influence which I feel entitles Muhammad to be considered the most influential single figure in human history.

Mahatma Gandhi, statement published in ‘Young India,’1924.

I wanted to know the best of the life of one who holds today an undisputed sway over the hearts of millions of mankind…. I became more than ever convinced that it was not the sword that won a place for Islam in those days in the scheme of life. It was the rigid simplicity, the utter self-effacement of the Prophet the scrupulous regard for pledges, his intense devotion to his friends and followers, his intrepidity, his fearlessness, his absolute trust in God and in his own mission. These and not the sword carried everything before them and surmounted every obstacle. When I closed the second volume (of the Prophet’s biography), I was sorry there was not more for me to read of that great life.
MUHAMMAD

P/s: Sebenarnya ada ramai lagi,boleh klik sini...Jadi,persoalannya.. patutkah statement mcm tu digunakan dalam kehidupan seharian kita?

Tuesday, December 22, 2009

Selamat petang

Ntah nape tetiba terminat lagu ni..kepada yang minat MJ..hehe..sama juga la aku..layan and hayati liriknya macam cerita pasal diri dia je,any comment?..
.

Wednesday, December 16, 2009

Puisi kita

Bumiku..tempat manusia menenang fikiran..tempat manusia mengagumkan kekuasaan yang Maha Esa bagi manusia yang mahu berfikir mengenainya..tidak ada planet yang sempurna seperti kau..dengan desiran ombak yang memukul pantai..awan putih yang bergerak..menurunkan hujan dan mengalirkan air yang jernih supaya hutan tumbuh dengan memberikan udara segar kepada manusia..dan manusia.... MANUSIA??!!... kenapa pula aku tak dapat simpulkan fungsi manusia untuk menghabiskan puisi ini!! patutkah aku berkata.. dengan manusia yang berusaha menjalankan program earth hour?teknologi hijau? Conference sana-sini tiada kesudahan untuk membincangkan isu pemansan gelobal???

Kalau begitu...
Kenapa semakin hari terpampang dimuka akhbar berita mengenai kemusnahan ahli bumi yang lain..hutan sudah suka terbakar?banjir? taufan? ais mencair? ikan paus bunuh diri? Ini semua tidak betul! siapakah yang harus dipersalahkan??

maaf tergantung aku terpaksa study micro P..nanti aku sambung lagi..


sambungan dari puisi kita~[UPDATE]
sikit info tentang nasib bumi..

  • Pada penghujung tahun 2006 dan awal tahun 2007, terdapat seramai 200,000 penduduk di Johor, Pahang dan Melaka dipindahkan daripada kediaman masing-masing selama 3 hingga 4 minggu kerana banjir melanda.
    Jumlah kerugian dianggarkan sebanyak RM1.5 billion .
  • Suhu dunia semakin naik, aras laut semakin tinggi dan litupan salji di Hemisfera Utara semakin pupus.
  • Suhu dunia telah meningkat pada kadar 0.74 darjah Celcius pada setiap kurun, yakni diukur sejak pada tahun 1906 sehingga 2005 .

  • Kadar suhu pada 50 tahun kebelakangan ini adalah dua kali ganda lebih pantas daripada kadar purata suhu selama 100 tahun , iaitu 1.3 darjah Celcius .
  • Kadar suhu dunia pada 2 dekad yang lalu adalah yang tertinggi yang pernah direkodkan sebelum ini.
  • Seluruh dunia menghadapi suhu menaik, melainkan di Lautan Atlantik. Kawasan yang paling cepat menghadapi suhu menaik adalah di Hemisfera Utara.
  • Pada tahun 1961 hingga 1993, paras laut telah meningkat pada kadar 1.8 mm setiap tahun. Sedangkan pada tahun 1993 hingga 2003, paras laut meningkat pada kadar 3.1 mm setiap tahun.
  • 57% daripada kenaikan paras laut disumbangkan oleh pengembangan haba dalam lautan. 28% daripada kenaikan paras laut disumbangkan oleh kecairan bongkah ais dan glacier.
  • Kecairan bongkah ais di Greenland dan Kutub Antartik diramalkan akan menjadi penyumbang besar kepada kenaikan paras laut secara mendadak dunia pada tahun-tahun akan datang.
  • Di Malaysia sejak 100 tahun kebelakangan ini, semua tempat menghadapi kenaikan suhu, melainkan di Sarawak .
  • Di Kuala Lumpur (Subang), kadar kenaikan suhu panas adalah 3.5 – 4.0 darjah Celcius per seratus tahun. Yang mana jauh lebih tinggi daripada purata kenaikan suhu dunia , iaitu 1.5 darjah Celcius per seratus tahun. Suhu di Kuala Lumpur menunjukkan trend menaik mengejut terutamanya selepas pertengahan tahun 1970.
  • Hubungan dunia adalah hubungan kompleks antara atmosphere, hydrosphere, geosphere, cryosphere dan biosphere.
  • Sejak 420,000 tahun kebelakangan, CO2 tidak pernah melebihi 300 ppm. Cuma sebentar sahaja kadar CO2 melepasi sedikit daripada angka 280 ppm, iaitu di sekitar 330,000 tahun yang lampau. Tetapi sekarang catatan CO2 adalah 380 ppm.
  • Saintis menganggarkan pada tahun 2030-2050, kenaikan suhu adalah pada 2 hingga 5 darjah Celcius. Kenaikan sebanyak ini (5 darjah Celcius) tidak pernah terjadi sejak Zaman Ais hingga sekarang.
  • Putaran Milankovitch – kitaran Zaman Glacial dan Inter Glacial . Ini adalah disebabkan oleh perubahan orbit bumi pada waktu-waktu tertentu. Sekarang kita dalam Zaman Inter Glacial sejak 10,000 tahun yang lepas.
  • Namun begitu Zaman Inter Glacial sepatutnya sudah lama berakhir. Kita seharusnya bertukar ke Zaman Glacial pula. Namun disebabkan kenaikan suhu dunia yang mendadak,
  • Zaman Glacial tidak mungkin berlaku. Saintis meramalkan pada tahun 2100, tahap CO2 adalah 3 kali ganda lebih daripada ketika waktu pra industri.
p/s:kalau diikutkan logik dari aku orang yang tak berapa terer dalam agenda-agenda dunia ni.. yang lepas banyak gas bahaya ni berasal dari perindustrian..negara mana yang mulakan perindustrian ni ? Jadi yang perlu bertanggungjawab menjadi dalang semua ini ialah negara Perancis yang melaksanakan revolusi perindustrian kurun ke 18 dan kurun ke 19..

Tuesday, December 8, 2009

selamat malam

memang susah nak citer benda ni kat orang, nanti tak caya lak..terpulanglah sapa-sapa nak percaya. Lebih kurang tahun 1995, dipercayai tinggal seorang budak yang degil dan suka main panas..tak kira matahari tegak atas kepala pun tak ada hal lah..
kalau keluar dia suka kayuh basikal time tengah hari terik, panas dan tempat wajib bagi dia pergi padang..tempat yang paling sesuai untuk menghidratkan air dalam badan..Bagi dia, padang memang tempat best..tengah hari yang terik itu bukan faktor baginya tak keluar..cuba tanya dia "dik tak takut hitam ke main2 panas dik??" sumpah dia tak layan..melihat caranya, ada yang beranggapan budak ni amat berpotensi untuk menjadi negro pertama Malaysia apabila besar nanti.. Sapa budak tu??..budak tu ialah aku..jadi aku memang tergelak juga la kalau ada yang kata aku ni jenis jaga kulit dari kecik..bagi aku istilah panas tu dah sebati dalam hidup aku..mandi air panas, minuman pun aku pilih yang suam-suam panas jugak.
~sekian~

Monday, December 7, 2009

Hari ni ujian Math


malas taip panjang2..
aku sedang kecewa
.sekian saja.

Saturday, December 5, 2009

Jangan main-main dah


Alhamdulillah..akhirnya markah PB aku naik sikit dari sem dulu..kenapa ye dulu aku main-main? argh!!sekarang baru nak menyesal..kan pepatah melayu dah kata "sesal dulu pendapatan sesal kemudian tiada GUNA! kenapa2? pikir-pikir balik semuanya bepunca dari diri sendiri. kot.kenapa dulu tak belajar betoi2.. Tak pa final dengan sem enam ada lagi..pulun..

Undang-undang sem 6:

1.setiap kelas kena buat nota(setaip kelas adalah diari aku)
2.datang kelas jangan ponteng(jangan berlakon demam)
3.jangan buat lawak dengan sapa-sapa masa study..be seruius
4.suntik minat setiap subjek
5.elakkan dari gelak tak ingat dunia bila melawak dengan kawan
6.elak dari dipuji. Pujian hanya akan membuatkan aku lupa daratan.
7.tulis nota kecil cth:buku 555, bawak kemana-mana(kecuali tandas la)
8.jangan tinggal sembahyang
9.jaga kesihatan. Elak mandi kolam nanti demam, jog tak pa..
jangan kalah dengan pesaing terdekat (KAWAN2 SATU RUMAH)

Bab enset tak kisah..sebab aku tak ada teman wanita lagi..so, tiada gangguan peribadi..tak topup dekat sebulan pun tak ada orang yang ambik kisah.. Yang sebenarnya sebelum ni pun aku ada buat azam macam ni, tapi tak ke mana pun..sebab tak jujur tapi mungkin azam kali ni boleh berjaya kot..mana tau..buang yang keruh ambil yang jernih..

Pulun untuk Final nak dekat dah 7-17 Disember 2009