Dalam aliran arus budaya pada masa kini, kita tidak lepas dari trend perubahan yang dibawa. McDonald, salah satu nama besar dalam sektor pemakanan di negara kita dan ia popular dengan slogan yang diperkenalkan "I'm love in it". Ini dimudahkan dengan adanya Drive-Thru untuk pelanggan yang tidak mahu membuang tenaga berjalan ke counter membeli. Ia ringkas sahaja hanya Order+Pay+Take Away.
Walaupun sudah wujud sekian lama perkhidmatan ni, tapi aku tidak pernah tergerak hati pun ingin mencuba sehinggalah pada malam ahad lalu apabila sedang drive seorang diri, ternampaklah Branch baru McD yang kedua di Taiping ni. Cuma cawangan yg kedua ni dilengkapi dengan perkhidmatan Drive-Thru lah. Aku pun tak de lah niat nak masuk Drive-thru pun, cuma nak pusing je. Tengah ralek drive termasuk lah aku ke jalan drive-thru pun. Nak reverse ada orang belakang pulak, jadi terpaksa lah aku cuba jugak benda ni buat kali pertama dalam hidup.
Bila first time ni memang bohong la kalau tak buat silapkan. Jadi aku nak la share sikit kesilapan yang agak memalukan aku ni menggunak Drive-thru ni. OK di bahagian Q, ada la dua orang minah ni naik skuter berbaris kat belakang kete aku. So, aku ni dengan hensemnya memerhatikan lah menu yang terdapat di situ padahal dok gelabah tak taw langsung nak order macam mana, nak bayar kat mana. Berlakonlah aja lah.
Mula lah babak kemuncak bila sudah sampai turn aku. Ok, oder. Aku sampai di satu peti lebih kurang ukuran 0.5m X 1.3m dan mempunyai screen dibahagian atas. Dalam hati aku, alamak mana nak tekan ni. Sekali keluar suara perempuan tanya aku nak order apa. Huh, nasib baik aku tak tekan skrin tu(macam skrin sentuh).
Then yes, lepas satu step. Step yang kedua. Stop la aku kat satu tempat macam Tol lebuh raya PLUS pun ada siap ada kak ni dok tunggu dalam pondok tu. First, dia cakap aku suma baper ringgit. Then aku angguk la. Pastu dia ada cakap lagi dan percakapan dia masa tu tak berapa jelas. Aku dengar macam "suma Rm14.98, encik boleh bayar di depan" So aku dengan selamba nya tekan la minyak untuk ke satu lagi post. Baru je setengah jalan, then dengar ada suara dari belakang panggil "Encik! Encik!". Dalam hati aku time tu kata "adui la apa pulak dah tak kena ni" sambil toleh belakang. Nampak kak tu dok melambai2 panggil aku sambil berkata"Encik bayar kat sini".
Kebetulan minah 2 ekor tu ada kat situ dah. Maka merah habeh la muka aku time tu. Aku reverse balik keta dan bayar sambil dengarlah gosip panas yang dibualkan dua minah skut tu. "dah order bayar la~apa la mamat tu" Pergh bai. Shit bai. Kena macam tu je. Hare habaq hang. Lepas aku ambik makanan tak seberapa tu kat post 3. Terus aku blah sambil mengeluh " pengalaman pahit" Sigh~.
No comments:
Post a Comment