Tuesday, February 22, 2011

Tidur



Hai orang bumi semua..harap hari ni semua dalam keadaan sihat walaupun ada yang tak sihat aku doakan kesihatan korang pulih..amin.. Hari ini hari selasa, esok hari rabu..hari meniti hari menjalani hidup sebagai seorang manusia. Apa yang penting dalam meneruskan kehidupan ialah terus hidup walaupun kita dilanda musibah sehari-hari. Sehinggalah kita letih dalam menempuhinya..jadi cara yang paling mujarab sekali ialah tidur. Tidur akan membuatkan badan lebih fresh berbanding sebelumnya, ia satu "terapi". Tetapi dinasihatkan jangan tidur waktu asar ke maghrib pasal korang tanya lah dengan yang lebih pakar ye.diorang tahu kenapa..emm, bukti saintifik korang try cari kat google..kalau nak pilih waktu tidur yang bagus pilih antara pukul 20:30-7.00(keesokan hari). Kalau nak sangat tidur bantai tidur terus 10 jam tu..tapi, ha jangan lupa makan petang nanti lapar tengah malam terjaga pulak. Susah nak dapat 10 jam tu..yup, tidur kena berkualiti..tak ada gangguan baru la esok bila bangun badan rasa fresh-meresh..stay alert tanpa letih sampai ke malam punya~haha..serius. Bila badan fresh otak fresh maka baru la segala-galanya jadi ringan..tapi tunggu, nak lagi fresh ada lagi..pi beriadah pulak petang-petang, buat aktiviti fizikal sikit..main tennis ka, badminton ka, main bola sepak ka, serious terasa mati hidup kembalilah! jadi masalah akan hilang dan semakin menghilang sehinggalah kita tidak perasan kita ada masalah~

Monday, February 14, 2011

Waktu kerja yang sesuai menurut aku

Hari ini aku nak kongsi sedikit tentang masa kerja. Kerja tak kisah la kerja kerajaan ke kerja private sector ka, mesti ada time schedule dia sendiri..bagi aku, aku dah rasa kerja kerja shift dan yang normal shift. Bagi aku la..kalau ada yang tanya waktu kerja mana yang sesuai ye..aku pilih normal la. Mungkin ada orang pendapat dia rasa shift ok..tp masing-masing punya pendapat sendiri sebab apa depa pilih kerja shift. Contoh kerja shift ni duit lebih la sikit bulan-bulankan. Bagi aku, aku pilih normal shift sebab aku rasa aku dapat banyak masa kat rumah jugak. Jadi, baru lah boleh balance antara kerja dan kehidupan biasa. Kita boleh kemas rumah, masak, dan hal ehwal rumah yang lain-lain lagi lah. Jadi, lebih tersusun la kehidupan kita. Malam pulak memang boleh tidur.

Buat duit lebih memang bagus, tapi kita kena luangkan masa untuk buat kerja rumah kita jugak. Kita berbakti dengan majikan tapi terlupa berbakti pada diri sendiri. Bila kita tak rasa pressure baru la kita boleh kerja dengan selesakan. Nak pergi kerja pun bersemangat.

Wednesday, February 9, 2011

Short update

Assalamualaikum dan salam sejahtera di ucapkan bloggers sekalian..ni just nak buat update la sikit..lama betul tak berblog..rindu rasanya nak menaip tentang kehidupan ni..erm, sekarang dah keja la..lepas tak dapat tudm tukan..16hb feb ni ada lagi intake tudm tu kat taiping..pesan sarjan haritu kalo nk mintak lagi just bwk file biru je kat intake tu..hmm..sekarang ni aku rasa aku dh pikir masak-masak yang aku tak mau pi buat dah..tukar pikiran dah..aku rasa memang askar bukan pilihan aku sebagai kerjaya..biarlah dah lepas-lepas lah..

Sekarang umur aku bakal mencecah 22 pada jun nanti..angka tu rasanya dah macam tua..tak sangka..cepat betul masa berjalan..tahun lepas umur aku 21..ada beberapa peristiwa yang berlaku pada umur 21 ni..antaranya, habis belajar, mula bekerja, tahun aktif bersukan (join mtb, orienteering,lari) join airforce(walaupun setakat pemilihan akhir je), jatuh motor(teruk jugak), saudara aku hamdan meninggal..macamtu lah ada gembira ada sedih..itulah yang mencorakkan kehidupan aku..tahun ni sapa tahu apa pula yang menanti..apapun yang berlaku, semuanya ada hikmah di sebalik semua yang berlaku tu..jadi kita kena yakin apa yang berlaku itu bukanlah sia-sia berlaku. Wassalam:)