Saturday, April 23, 2011

First time try Emmental Cheese

Tadi sajalah jalan-jalan di Tesco Kulim. Saja nak tengok Tesco baru kat sini. Niat tak ada la nak beli apa pun. Tapi bila sampai kat bahagian makanan sejuk then stop jap pasal ternampak pulak bahagian jual cheese-cheese. Terpesona melihat lekuk-lekuk seperti lubang pada permukaan cheese yang kuning tu teringat cerita tom and jerry. Jerry suka makan cheese itu sebijik macam cheese dijual ni. So, aku timbul pula rasa teringin mencuba apa yang sedap dengan cheese ini. Niat hendak berjalan sahaja akhirnya tidak kesampaian kerana telah membeli cheese buatan negara Austria ini. Walaupun harganya mahal tapi puas hati kerana cheese ini memang besar.
Tom: Aii,,mana nak bawa lari cheese aku tu haa tikus kecik??
Jerry: Alamak terkantoi lak curik dia punya cheese,bull shit!

Tibalah masanya untuk merasa cheese yang baru dibeli itu. Bukak sahaja plastik yang membungkus cheese itu, terus keluar aroma bau cheese yang agak kuat. Satu sudu dicungkil dari cheese itu dan memakannya... Komen aku first time setelah memakan cheese ini...adalah Memang Tak Sedap! Tekak rasa mual loya aku nak telan cheese tu. Aku cuba jugak makan tapi tak boleh. Akhirnya hanya 20% dari semua cheese tu berjaya dimakan. Yang lainnya aku memang tak boleh makan dah. Kalau paksa jugak mungkin akan menyebabkan kemuntahan yang dasyat. Jadi lebih baik stop ja. Memang pengajaran betul hari ni. Bagi mengelakkan kerugian wang kerana 80% dari cheese tu tak berjaya dihabiskan jadi, aku beri makan kucing semua. Hai, seronok kucing tu dapat rasa cheese dari Austria. Lepas ni memang aku takkan beli cheese-cheese banyak macam tu lagi. Insaf...
sedap tak tengok cheese kat gambar ni? i don't think you would finish it after eat at the first bite..