Thursday, September 3, 2009

Selangkah kehadapan bersama robot dari Jepun

Sempena demam Transformer yang melanda, seperti yang aku kata, aku akan memperbanyakkan entri2 aku tentang robot. Ini adalah robot yang pertama aku masukkan dalam entri2 aku. Namanya asimo singkatan Advance Step in Innovative MObility.
Sebuah humaniod robot pelbagai guna mengikut keperluan manusia. Robot yang cerdik ini
dibuat khas adalah untuk membantu manusia dalam kehidupan seharian seperti memasak, mengemas rumah, membersihkan halaman dalam dan luar dan juga mengikut kita gi pasar. Tapi jangan sesakali salah guna dengan memprogramnya menyiapkan assignment kerana ia akan mengikut apa yang diarahkan dan diprogramkan oleh tuannya. Dalam dunia perindustrian, ASIMO boleh

diguna untuk membuat kerja2 seperti memasang badan kenderaan, memasukkan gula2 ke kotak2 dan lain2 tugas ringan. Ia amat rajin jika diberbandingkan manusia. Hanya perlu program sekali sahaja pasti halaman rumah dan luar anda akan menjadi teratur rapi dan bersih sentiasa.

ASIMO tidaklah sereal dalam citer starwars yang membawa watak Data atau C3PO, tapi pencapaian ASIMO mungkin merupakan titik mula manusia ke arah itu. The Honda Motor Company yang membangunkan ASIMO percaya ini adalah robot humaniod yang paling mencabar dalam pembuatan robot di dunia. Menurut web site ASIMO, ASIMO adalah satu2nya robot yang boleh berjalan, berlari secara sendiri dan menaiki tangga pertama didunia.

Ini adalah kebolehan ASIMO:

i. mengenalpasti objek yg bergerak
ii-mengenalpasti keadaan & gerak isyarat
iii-mengenalpasti keaadan sekitar
iv-membezkan bunyi
v-mengecam muka
vi-mempunyai interface dengan IC Communication cards untuk sambung internet


ASIMO boleh mengenal pasti jarak serta arah sesuatu objek. Ini disebabkan terdapat kinesthetic sensor pada tangannya yang akan memberikan tindakbalas ketika berinetraksi dengan manusia dan dia juga akan mengikut tuannya jika tuannya memberi arahan kepadanya. ASIMO mempunyai jari-jemari yang membolehkan ASIMO menekan suis, membuka pintu, dan memegang sesuatu. Berbanding robot biasa, Honda ingin membina ASIMO sebuah robot yang boleh menolong manusia--robot menolong disekitar rumah, menolong awal-awal pagi, dan juga membantu orang kurang upaya menaiki kerusi roda mereka. ASIMO hanya 4 kaki 3 inci (130cm)tinggi, ini memudahkan ASIMO melihat mata tuannya yang sedang duduk (lagipun,jimat ruang jugak). ASIMO bila sekali pandang macam kanak2 yang memakai baju angkasawan. Ianya sangat friendly, tidak besar dan tidak merbahaya kepada manusia.


ASIMO juga boleh melakukan kerja yang terlalu berbahaya untuk manusia melakukannya seperti pergi ke kawasan merbahaya, mematikan bom dan kawasan perang(oh!adakah starwars?!!!)

p/s: ok cukuplah takat ni. Nanti aku akan bubuh lagi input-input pasal ASIMO lagi lepas aku berjaya searching ok! Arigato Guzaimaz.....

No comments: