Tuesday, December 29, 2009

Kalau down baca ni

Ada pujangga mengatakan.."Siapa yang mengatakan tidak boleh sebelum dia mencuba maka dia adalah orang sudah gagal sebelum dia berjuang"

ahli fikir berkata.."Mengapa kita harus kecewa dan berdukacita, sedangkan tubuh badan kita sihat walafiat. Akan tetapi ramai orang yang menderita sakit tubuh badan, namun mereka tidak pernah merasa kecewa malah mereka tetap tabah menghadapinya walaupun mereka tahu kematian itu lebih dekat dengan mereka"

mari kita baca kisah seorang anak petani ni

Seorang anak petani yang hanya belajar di sebuah kampung yang terpencil. Jauh daripada kemajuan dan kemodenan hidup. Akan tetapi dia bercita-cita ingin menjadi seorang jurutera atau pegawai tinggi. Lantaran itu cita-citanya menjadi pendorong untuk dia terus berusaha walau pun dalam keadaan serba kekurangan. Yang pasti dia akan berusaha dan mencari jalan bagaimana untuk mencapai cita-citanya.

Dia berdikari dan berusaha untuk mencapai cita-citanya itu sehingga dia berjaya. Dia tidak akan gentar untuk berdepan dengan kesulitan dan kepayahan hidup yang dihadapinya kerana cita-citanya yang tinggi itu akan memberi rangsangan yang kuat kepada jiwa raganya untuk terus berusaha bersungguh-sungguh. Cita-citanya akan mengatasi kesulitan dan kepayahan hidupnya. Dia berpegang kepada selagi kita bercita-cita maka selagi itu kita mesti berusaha.

terpulanglah kpd kita untuk melihat cerita ini dengan kehidupan kita dari segi apa yang pentingnya ialah bagaimana kita boleh ambil cerita ini sebagai pengajaran..

contoh pengajaran yang dapat diaplikasikan..
1. cita-cita yang menjadi pendorong leh digantikan dengan "membebaskan diri" etc.(diganti dari cita-cita) yang menjadi "ketakutan yang membelenggu"(pendorong)..
2. mencari jalan leh digantikan dengan "plan untuk hidup yang difikirkan sehari2"..
3. berdikari dan berusaha boleh digantikan dengan "kesabaran dan ketabahan langkah demi langkah yang diaturkn setiap hari"etc dan berjaya ialah kemenangan untuknya kerana ketakutan yang membelenggu dirinya sudah tamat..
4. ini tamabahan je sbb penting kalau dah berjaya..bersyukur pada ALLAH kerana memberi kemenangan ini..

4 comments:

profnotetree said...

yeah... pengalaman is the best teacher... ijazah terbaik datangnya dari jalanan... bagus bro...

Nuyui said...

"untuk merubah suatu nasib adalah bergantung pada diri sendri. walaupun sesuatu itu telah tertulis, dia mampu merubahnya dengan usaha, dan keredhaan Allah."

ko setuju x dengan penyataan ini?

Kimy said...

crita tu cam tergangtung jek, last skali jadi apa kat dia? dia jadi x engineer?

bujang said...

to Prof>
Saya setuju dengan pendapat Prof. Pengalaman yang menjadikan kita lebih tenang untuk menghadapi kehidupan. Jika kita down, ambilah masa kita renungkan kembali perjalanan hidup kita ke tempat asal dimana kita bermula agar kita dapat mencari semangat itu kembali.

to Nuyui>
aku setuju. Selagi kita tidak bercanggah dengan hukum Allah, selagi tu Allah memberi jalan kpd kita.

to Kimy>
owh, ceita ori dia memang takat tu je kimy..sbb aku ambik cerita ni bukan dari Novel..tapi buku Motivasi Remaja..