Tuesday, October 20, 2009

internet free

Sekarang tak perlu susah2 pergi ke CC atau nasi kandar untuk mendapatkan Wi-fi kerana di kawasan Poli ni memang sudah tersedia perkhidmatan wi-fi..kelajauan wi-fi tak la berapa laju iaitu lebih kurang 48.0Mbps camtu la..bagi aku dah cukup untuk mendapatkan maklumat-maklumat dari internet untuk membuat assignment jika ada..tetapi politeknik tak benarkan student memasuki laman web seperti youtube dan rangkaian sosial seperti friendster, myspace dan YM menyebabkan aku sedikit kurang bebas juga sebenarnya..mungkin pihak politeknik tidak mahu student leka dengan melayari laman sosial yang tiada kaitan dengan pelajaran barangkali..sapa yang tahu software mana yang boleh hentikan block ni??

bagi yang tahu bagaimana hentikan block dan sapa-sapa yang ingin mendapatkan ID dan Password wifiPTSB boleh msg aku 0175168314..M

Saturday, October 10, 2009

tak terasa jauh..

walaupun aku belajar di negeri orang tapi aku tak rasa pun aku jauh dengan family aku..sebab perjalanan kulim taiping hanya mengambil masa 1 jam 15 minit ja..satu kelebihan untuk aku sebenarnya..Alhamdulillah la sebab aku dapat belajar kat sini. Tak jauh. Tiap minggu dah jadi rutin balik kampung lari dari kesibukan untuk berjumpa dengan family aku..rasa bersalah lak kalau tak balik..yang paling best sebab makan jugak..aku rindu masakan mak aku..macam minggu ni balik..masuk rumah je..dah berbau harum nasi ayam mencucuk hidung..haha..tak sempat mandi..terus ambik pinggan dan serang..haha..

*aku harap suasana ni akan berterusan sampai bila2..


Friday, October 9, 2009

Minggu yang sukar..

walopun minggu ni adalah minggu yang tidak sibuk dengan kelas..aku ingin mengatakan minggu ini adalah minggu yang amat sukar sepanjang semester5 ini. Minggu ni ada pelbagai ragamnya..ketidak tentuan ekonomi dan paling aku panas dengan sikap tuan rumah sewa kami yang mempunyai perangai yang siot..sebab apa aku kata macam tu? sebab dia memang susah nak paham bahasa malaysia..walaupun sudah berkali kami memaklumkan tentang tunggakan yang tidak dijelaskan sebelum kami pindah itu lagi dan menyuruh dia supaya menjelaskan segera kerana surat pemotongan bekalan sudah sampai ke rumah tetapi dia tetap tidak melakukannya dan banyak memberi berbagai2 alasan..siapa yang nak bayar bil tunggakan yang tidak berpuca dari kami? pada hari selasa lepas datang orang elektrik ke rumah kami..waktu tu kami ingatkan dia datang nak potong dah bekalan elektrik kami..bergelap la kami malam nanti..rupanya dia datang untuk memberi peringatan sahaja tentang bil tunggakan yang belum dijelaskan lagi itu..*fuhh..nasib la..tuan rumah sewa kami memang langsung tak mau bertanggungjawab ke atas bil tunggakan tersebut dan masih memberi pelbagai alasan..kami sudah telefon tuan rumah petang tu..lepas dijelaskan oleh aku baru dia mengalah dan akan menjelaskan pada esok pagi..Esoknya kawan2 ku ke kaunter di Nur Elektrik untuk memeriksanya..pihak Nur Elektrik mengatakan mereka tak terima sebaang bayaran tuggakan pun sejak kaunter pembayaran dibuka..Nyata, usaha kami menyuruh tuan rumah teruk itu membayar tunggakannya seperti mencurah air ke daun keladi..akhirnya untuk mengelakkan bekalan elektrik kami terpotong hanya kerana menunggu tuan rumah teruk itu bayar..lebih baik kami mengeluarkan wang sendiri untuk menjelaskan tunggakan itu..memang tuan rumah itu merupakan tuan rumah yang paling teruk yang pernah kami temui dalam sejarah..