Friday, December 31, 2010

Aku akur tersingkir walaupun lulus semua

Tanggal 19 Disember 2010 aku telah menghadiri sesi pemilihan akhir Perajurit Muda Tentera Udara Malaysia untuk siri 44/2011. Pemilihan ini berlangsung selama 2 minggu di mana pada tempoh ini aku perlu melepasi empat jenis ujian sebelum melayakkan aku mengangkat sumpah. Pada hari pendaftaran tersebut seramai 710 calon yang terpilih datang dengan satu tujuan ingin berjaya dipilih. Mereka datang bersama keluarga yang ingin memberi sokongan bergitu juga dengan keluarga aku.
Hari pertama aku di ILTU Ipoh
Ujian pertama yang dilakukan ialah pemeriksaan urine. Ini bagi memastikan calon-calon tidak terlibat dalam penggunaan sebarang jenis dadah. Ia berlangsung selama lebih kurang 9 jam. Dalam pemeriksaan urine ini seramai 4 orang positif dadah. Mereka dihantar balik serta merta dan tidak layak ke peringkat seterusnya. Aku bersama calon-calon lain tidak ada sebarang masalah dengan ujian urine berjaya ke peringkat seterusnya.

Keesokan harinya calon-calon yang sudah berjaya perlu menempuhi ujian kedua pula iaitu Mediacal. Di sini calon-calon diperiksa tahap kesihatan masing-masing bagi memastikan kesihatan mereka ditahap yang baik. Bertuah aku lepas semua ujian medical tersebut.

Tibalah ujian yang ditunggu-tunggu iaitu ujian kecergasan. Untuk menilai tahap kecergasan calon-calon perlu lari track berbukit sejauh 2.4 km dalam masa 15 minit, situp dan push up static 5 minit. Untuk lari 2.4km ini seramai 3 kelompok diasingkan iaitu kelompok yang pertama sampai bawah 15minit, kelompok ke 2 yang lari antara 15-20minit dan kelompok terakahir iaitu atas 20 minit. Aku lega berada dikelompok pertama. Memang ramai yang berada dalam kelompok kedua dan ketiga tapi mereka semua tidak disingkirkan dan terus ke ujian seterusnya.

Untuk ujian yang terakhir iaitu ujian IQ. Ujian ni ada 4 paper iaitu lapangan berkait, bahasa inggeris, mekanikal dan satu lagi apa(aku lupa nama dia). Setiap paper ada 50 soalan objektif dan masa yg diperuntukkan untuk satu soalan hanya 30 saat. Soalan agak mencabar dengan masa yang suntuk adalah satu cabaran buat calon-calon. Alhamdulillah, walaupun ada soalan yang mencabar namun aku berjaya siapkan semua soalan dengan masa yang ditetapkan.

Fail biru yang aku dapat selepas daftar
Setelah berjaya menjalani kesemua ujian2 itu, aku merasakan bahawa peluang aku untuk layak semakin cerah. Sekarang tinggal keputusan lembaga saja.

2 hari kemudian, keputusan lembaga diumumkan. Semua calon-calon menantikan keputusan dengan penuh harapan untuk berjaya. Keputusan inilah yang menentukan calon-calon untuk mendapat nombor tentera kerana tiada lagi ujian selepes itu. Akhirnya staf mengumumkan bahawa seramai 110 orang akan disingkirkan pada hari itu. Salah seorang dari mereka ialah aku..Apakah yang membuatkan aku tersingkir dalam pemilihan lembaga?Itulah yang menjadi tanda tanya bagi ku. Mungkin ini telah tercatat dalam suratan takdir. Aku terpaksa akur dengan keputusan lembaga..Tahniah kawan-kawan ku yang berjaya..(:

Note di fail tertulis reason mengapa aku disingkirkan

Friday, December 3, 2010

Bye rumah sewa

Baru jap tadi pi ambik barang-barang aku kat rumah sewa. Nasib orang tua aku mau pi..kalau tidak susah jugak nak pi tak dak sapa nak bawak.

Tinggal la kenangan aku kat sana. Aku teringat balik kat rumah sewa tu lah tempat aku nak melepaskan penat lepas keja. Tambah bila keja malam, lepas balik keja, cari katil aku dan tumbang terus kat situ membuta sampai ke petang. Tak dak sapa nak nak halang kalau aku tido tanpa sempat buka stokin.

Lepas ni kawan abang aku pulak ganti dok bilik aku. Kawan satu poli dia dulu jugak. Selamat datang ke rumah bujang aku ucapkan kepadanya.

Tuesday, November 2, 2010

Sudah datang mood berblog

Hai blogger..maaf lama tak update. Semua terhenti di cerita cerpen rekaan aku itu. Sampai sekarang aku pun tak tahu macam mana akhir jalan cerita dia. Memang aku akui yang aku tak konsisten dalam memberi komitmen dalam sesuatu perkara yang aku buat. Biarlah dia berakhir di situ ok.

Mari kita buka buku baru hari ini. ok semua..selamat malam.

Sunday, January 10, 2010

Mari membaca

sambungan dari kisah sebelum ini..

Kapal terbang meluru ke arah sini. Suasana gempak-gempita dengan jeritan orang ramai di situ.."Lari!! Semua lari!! selamatkan diri kamu!!" bertaburanlah orang di situ lari untuk menyelamatkan diri dari dihempap kapal terbang itu.
Aku berlari sekuat hati..walaupun jatuh berkali-kali tetapi aku bingkas bangun mennyelamatkan diri semahu boleh dan..pooorggggghhhhh!!!(bunyi hentaman kuat)..badan ku tercampak dan terpelanting akibat dari daya impak yang terhasil dari hempasan besi itu((dalam mod slow motion))..mata ku perlahan-lahan ku bukakan dan melihat langit yang agak kelam warnanya. apa yang berlaku? bisik hati ku..

sedikit ku bangkit sedaya kederatku melihat sekelilng mana tau jika ada yang terselamat. aku nampak ada orang2 di sana berbaju oren sedang memeriksa dan merawat sebilangan orang yang tercedera di situ. Ada yang cedera dan ada yang sudah tidak bernyawa tidak kurang juga budak kecil yang menangis sedang mencari ibu-bapanya. dari situ aku disapa anggota baju oren "awak ok?"."ya aku baik tapi izinkan aku bertanya" jawab ku. "persilakan"katanya. "apa sebenarnya yang terjadi kepada kita?"tanyaku. "lihat kompas ni..kompas ni dah tak dapat baca kutub bumi.."katanya sambil menunjukkan jarum kompas yang berpusing dan tidak berhenti. "kami baru menerima mesej 20 minit sebelum bumi berkemungkinan hilang cas-casnya. Hal ni sekaligus telah melumpuhkan seluuruh sistem perkomputeran yang kita ada sekarang. tiada lagi barang elektrik, kenderaan,sistem perhubungan yang boleh digunakan sekarang" jawabnya dengan serius. Pada waktu itu, termenung aku mendengar jawapan dari lelaki itu.

Dicelahan serpihan besi kapal terbang dan kereta yang terbalik di sana-sini, aku berjalan sambil melihat kemusnahan. "apa yang boleh dibuat dengan ketiadaan sistem elektrik?" keluh hatiku. Aku memandang permandangan tempat lahirku ini. Tidak lagi indah seperti dulu. Permandangan tak ubah seperti kemusnahan akibat perang. Dari kiri ku melihat LRT landasan berkembar yang menjadi aksess bandar ke bandar berlanggaran dan mengakibat sedikit kebakaran diruang gerabak. Sayangnya ia baru dirasmikan semalam sudah jadi begini.

Aku teringat mak. Mak.. Aku bingkas berlari menuju ke rumah dalam kesunyian. Hanya debu-debu yang berterbangan yang mengikuti ku dibelakang. Aku berhenti dan melihat taman teres ini. Banyak rumah musnah akibat satelit yang menghempap rumah mereka. Oh, tidak. Aku meneruskan usaha ku untuk mendapatkan mak. Aku tak jumpa. "Mak!!"jeritku. Tiada yang menyahut panggilanku. Kemana mak. Aku melutut. Air mataku jatuh berlinangan ke bumi.


Cuaca semakin gelap dan sejuk. Aku perlukan haba untuk panaskan badan. Aku mencari di dalam sisa runtuhan apa yang boleh digunakan. Lighter dan sedikit bahan api mudah didapati di kereta-kereta yang tak berguna lagi. Aku membuat unggun api dan baring di tepinya dan aku terasa sesuatu bonjolan di tanah. "
apa ni?"bisik hati ku sambil tangan meraba-raba ke tanah dan aku rasa sesuatu. "uh,I Pod.." memegang dan melihatnya sambil baring. "heh..teknologi tercanggih abad ini.." Aku melontar sekeping I Pod itu ke dalam unggun apiku. Aku sambung baring sambil melihat ke langit yang dipenuhi bintang sambil lengan aku letakkan di atas dahi. "zaman apa ni.."bisik jauh disudut hatiku.

Tidak lama kemudian. Aku terdengar bunyi seperti tapak2 kaki kuda sedang datang dan suara lelaki.."Wahai penduduk yang terselamat!!"jeritnya. Aku bingkas bangun dan mengintai dari celah kereta.. bersambung.....

Saturday, January 9, 2010

Cerpen saja-saja

Aku memerhatikan sekalian manusia sedang sibuk menjalankan aktiviti harian mereka dipasar. Sekali-sekala ke pasar bukan selalu pun. ini pergi pun sebab mak yang suruh. kalau tidak jangan haraplah. membuta je adalah pepagi macam ni. apa yang nak dikisahkan dengan barang dapur bagi orang berstatus bujang macam aku ni.

Dari pasar aku menyusuri kedai ke kedai untuk membeli saja apa yang disebnaraikan dalam kertas tulisan tangan mak yang ingin memasak nanti. Setelah habis semua dibeli aku pun mulalah menuju ke kereta sambil membawa barang-barang yang dipesan sambil melihat jam yang menunjukkan 9.17 minit dipagi jumaat itu.

Dalam perjalanan ke kereta aku terdengar bunyi bising burung seperti suasana dikala senja melabuhkan tirainya yang datang entah dari arah mana tapi yang pasti ia makin dekat dan dekat. Aku terpaku sebentar melihat sekumpulan burung yang banyak melintasi ruang udara. Tidak terkira. Mungkin beribu-ribu jumlahnya kerana ia tidak putus-putus. Suasana pasar yang riuh rendah tadi senyap-sunyi dengan kehadiran burung-burung itu. Aneh. Mengapa sebegini banyak burung-burung yang terbang. Fikir ku. Pasti ada yang tak kena. baik aku pegi tengok dari mana datangnya burung2 ni.

Engin kereta aku dihidupkan dan barang yang ku belikan tadi aku letakkkan disebelah tempat duduk. Dalam hatiku jantung ku bergerak laju berdebar-debar ingin mengetahui. Mana tau boleh tangkap gambar apa2 yang menarik dari peristiwa ni, boleh letakkan dalam blog. Tanpa berlengah aku pun memasukkan gear pertama kereta dan bergerak. Aku mahu melihat dari mana puncanya burung-burung ni semua datang. Dari situ aku ke tempat yang lebih jelas yang tidak terlindung pokok tinggi. Lumrah manusia ingin tahu, bukan aku saja yang pergi pada waktu itu.

Dalam perjalanan aku melihat dihadapanku sekumpulan ramai orang seperti sedang menyaksikan sesuatu. aku cuba melihat tetapi masih dilindungi pokok2 di tepi jalan. Sehinggalah aku sampai kepada mereka dan memberhentikan kenderaan aku. aku turun. Alangkah tergamamnya aku bila aku memandang burung-burung tadi itu datang seperti habuk-habuk yang berterbangan yang menghiasi seluas-luasnya pandangan ku dari arah sana. Aku panik.


Pada masa itu jugalah aku tidak mahu melepaskan peluang ini mengrab handphone dari poket ku untuk menangkap gamabar sambail mata masih lagi terpaku di atas langit kebingungan. Aku mengangkat telefon ku dan barulah aku melihat telefon ku untuk menekan mode gambar. Handset ku off. Eh, siapa off. Aku cuba buka sebab aku tau aku baru cas malam tadi tak mungkin habis bateri. usahaku tidak berhasil. penat aku tekan berkali-kali handset aku pada butang opennya tak jugak terbuka. argh..time ni la nak buat hal nset ni.

Sedang aku tekan-tekan handset ku cuba menghidupnya, aku terperasan dispalay pada jam digital aku pun kosong. Eh,kenapa dengan jam aku ni. Apa ni suma nak rosak fikir ku. perkara ini turut terjadi kepada orang-orang yang berada di situ. mereka melihat handset mereka. ada yang mengetuk-ngetuknya untuk menghidupkan kembali. Suasana pada waktu itu bertukar panik dan membingungkan. Semua barang elekrtonik mereka dah tak berfungsi!!!


Ditengah-tengah kepanikan itu, jauh sudut telinga aku terdengar bunyi mengaum kuat seperti guruh datang semakin dekat dari arah belakang. Kami segera menolehnya..kami sumua tergamam sekali lagi apabila melihat sebuah kapal terbang boeing 747 sedang meluru menjunam ke arah sini..



-----------------------------------------------------------------------
masa untuk tido~selamat malam semua..

Friday, January 8, 2010

hai semua..bertemu kembali:)

aah...lama giler tak update blog..lama-lama jadi malas lak..bukan apa tak ada apa yang aku nak berhujah..nanti berhujah pasal politik, merapu lak jadi..sampai sekarang aku tau apa motif aku buat blog. tapi lantak lah. kurang-kurang ada gak benda aku nak buat kalau boring2. cuti holiday kali ni tak dapat gi camping mcm gi teluk senagin holiday lepas. cadangan tu memang ada, tempat cun lagi kat hutan cameron higland. memang tempat tu best. ngan hutan suma pokok bentuk segitiga2. macam lam citer winter sonata tu(slack tak da salji ja). itu la banyak halangan yang datang. first kitorang tel pegawai hutan yg jaga camp site tu tak jawab. pastu petang tu cadang kitorang nak gerak je terus gi Cameron. tapi belum sempat nak bertolak hujan lebat dan tak berhenti. dan akhirnya kitorang terpaksa cancelkan program kitorang. (esoknya memang tak boleh sebab kawan aku sorang tu nak balik negeri 9 dah) rancangan camp kali ke dua ini kira gagal. rugi betol.

Hari ini dan semalam tak ada keje. jadi model
kimo je keje aku. tu pasal korang tengok asyik2 muka aku je. heh. amacam ada gaya commercial tak muka aku-haha(mmg perasan) bila tengok balik muka aku gigit bunga tu aku terpikir..AARGHH...pasal aku jadi model gigit bunga?!!habis hilang kejantanan aku selaku jantan asli sedunia!! tapi cam best je gambar ni. ni pun best gak. ni pun lawa gak. akhirnya aku sendiri layan gambar-gambar tu tanpa mempertikaikan kenapa aku jadi model untuk bunga.haha.
kepada yang nak beli bunga tu untuk hadiahkan kat awek ke, ex ke, aku rasa tu pilihan yang bijak sebab ia saving banyak duit korang. daripada korang beli rantai ke, cincin ke baiol beli bunga tu, sekuntum baru RM 2 je tak mahal. kalau ada awek yang pertikaikan napa asyik bunga je tak de ke berlian ke, emas ke. kata je..kalau i tak saving macam mana i nak masuk meminang u. selamat malam..:)

Sunday, January 3, 2010

Selamat Tahun Baru


Rasanya belum terlambat utk aku mengucapkan tahun baru ni kepada semua..sepanjang tahun 2009 ni, banyak perkara yang mengajar aku erti kehidupan..tapi itulah dinamakan cabaran..:)