Wednesday, November 30, 2011

Repekan tahap 5

Hai semua..Selamat malam dan selamat tahun 1433H juga diucapkan kepada muslimin dan muslimat. Bagi tahun baru untuk kalender islam, bermulalah fasa bulan suku pertama dimana nelayan tidak turun laut kerana ikan kurang. Berbalik kepada topik tahun baru. Bila sebut pasal tahun baru, ia ada berkaitan dengan azam anda, adakah apa yang anda inginkan telah tercapai? atau on the way nak sampai? walauapapun yang anda hajati, perkara asas yang perlu ialah jangan cepat mengalah. Bak kata satu buku yang bertajuk "motivasi remaja" mukasurat..(tak ingat) jika kita mengalah kita akan tewas. Jadi apakejadahnya semua ini? apa segala usaha yang dilakukan selama ini bagai menunggak air yang keruh. Jadi fikir-fikirkan lah..ingatlah usaha anda. Pisang tidak berbuah dua kali, tapi bagaimana jika batang pisang pun tak sempat besar, dah nak ditinggalkan?apatah lagi buahnya. Pasti ia dilanggar oleh gajah-gajah yang sedang membuat protes diluar sana. Jadi apa yang pasti, mereka ini tidak akan tinggal sedikit pun. Risiko tetap ada, tapi jika kita memandang enteng, risiko itu pasti mengundang padah. Sekian repekan yang tidak seberapa ini. Bukan apa cuma nak berkongsi. Kan sharing is caring bak kata orang putih.

Saturday, November 12, 2011

Aku mahu lari

Bolehkah aku lari sekuat-kuatnya sehingga aku merasa puas? Tapi bagaimana jika aku tidak mampu berlari dan berhenti di tengah jalan? aku pasti tak berjaya jika tiada azam yang kuat. Tapi, azam yang kuat tidak guna juga jika tiada usaha. Pokok pun pasti mati jika ia tidak berusaha mendapatkan cahaya walaupun diselindungi dengan pokok-pokok yang lebih besar. Pasti kamu tertanya-tanya apa yang aku merepek malam-malam buta ni. Ok lah, sebenarnya aku ambik bahagian dalam larian marathon di Jambatan Pulau-Pinang ahad ni. Jarak marathon ialah 21km. Ya 21km..aku cabar diri aku masuk jarak tu. Ok lah dari 42km yang lagi la aku tak tercapai. Jadi aku pilih yang sedang-sedang saja. Jika aku lari 20 pusingan stadium keladi setiap hari mungkin aku yakin, tapi aku tak. Tiada masa kerana kerja normal dicampur hujan yang melanda semenanjung malaysia secara kerap membataskan aku. Sudah lah malas bertambah malas jadinya. Haish~_~!!

Insaf

Sedih dan masih tak percaya yang dia pergi dulu. Insan yang aku maksudkan ialah teman rapat aku. Arwah memang seorang yang bijak,ceria dan agak gila2 orangnya. Kali terakhir aku jumpa dia masa raya tahun lepas(2010). Time tu dia tak dapat balik raya kerana kena bertugas. Alang-alang kampung aku gak kat sitiawan, aku pun pi la melawat dia kat tempat keja dia. Dekat setahun tak jumpa, perangai dia gila-gila selamba macam dulu jugak. Walopun dia ada pangkat, tapi dia langsung tak sombong.

Sudah menjadi fitrah manusia, setiap yang hidup pasti akan merasai mati. Mati tidak mengenal masa, umur, pangkat dan apa pun, bila sudah sampai waktunya kita dijemput. Aku pun tidak tahu bila masanya aku akan tiba. Walauapaun, yang penting kita berada dalam keadaan sedia.

Sunday, November 6, 2011

Sesungguhnya aku dalam kerugian

Alangkah gembiranya jika ada mesin masa yang boleh membawa aku kembali ke zaman silam. Akan aku ubah segala-gala kesilapan yang telah aku lakukan dahulu, supaya aku tak berasa rugi pada hari ini. Tapi ianya tidak mungkin berlaku di dunia yang realiti. Yang berlalu akan terus meninggalkan kita dan terus menjadi sejarah. Sama ada kita suka atau tidak, kita perlu meneruskan perjalanan untuk masa-masa yang akan datang. Ianya sudah pasti tidak menunggu kita sehinggalah sudah sampai waktunya kita dijemput oleh malaikat. Tiada apa yang boleh dibawa selepas itu, hanya bekalan iman dan takwa yang di lakukan semasa kita hidup di dunia sahaja. Semasa aku berbual dengan seorang non-muslim, dia mengatakan kepada aku tentang kehidupan ini, " semasa kita lahir, apa yang ada pada kita?" tanyanya. "tali pusat" jawabku. " kita tidak bawak apa-apa pun..sama juga bila kita mati nanti, jadi buat apakita nak kumpul harta banyak-banyak..jika dapat kahwin dan menampung perbelanjaan anak bini cukup lah " sambungnya lagi. Jelas sekali non-muslim juga percaya dunia ini tidak menjanjikan sesuatu yang menguntungkan selama-lamanya. Ianya hanya bersifat sementara sahaja. Dalam agama juga sudah memberi penjelasan kepada kita tujuan manusia hidup di dunia ini dalam satu ayatnya:

“Aku tidak menjadikan Jin dan Manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu” (Q.S. 51:56)

Nampak, jelas ayat ini menerangkan kepada kita apakah tujuan sebenar manusia hidup di muka bumi ini.

“Dan sungguh telah Kami muliakan anak-anak Adam, Kami angkut mereka di daratan dan lautan, Kami beri mereka rezki yang baik dan kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna di atas makhluk lain yang telah kami ciptakan” (Q.S. Al Israa’ : 70)