Sunday, November 6, 2011

Sesungguhnya aku dalam kerugian

Alangkah gembiranya jika ada mesin masa yang boleh membawa aku kembali ke zaman silam. Akan aku ubah segala-gala kesilapan yang telah aku lakukan dahulu, supaya aku tak berasa rugi pada hari ini. Tapi ianya tidak mungkin berlaku di dunia yang realiti. Yang berlalu akan terus meninggalkan kita dan terus menjadi sejarah. Sama ada kita suka atau tidak, kita perlu meneruskan perjalanan untuk masa-masa yang akan datang. Ianya sudah pasti tidak menunggu kita sehinggalah sudah sampai waktunya kita dijemput oleh malaikat. Tiada apa yang boleh dibawa selepas itu, hanya bekalan iman dan takwa yang di lakukan semasa kita hidup di dunia sahaja. Semasa aku berbual dengan seorang non-muslim, dia mengatakan kepada aku tentang kehidupan ini, " semasa kita lahir, apa yang ada pada kita?" tanyanya. "tali pusat" jawabku. " kita tidak bawak apa-apa pun..sama juga bila kita mati nanti, jadi buat apakita nak kumpul harta banyak-banyak..jika dapat kahwin dan menampung perbelanjaan anak bini cukup lah " sambungnya lagi. Jelas sekali non-muslim juga percaya dunia ini tidak menjanjikan sesuatu yang menguntungkan selama-lamanya. Ianya hanya bersifat sementara sahaja. Dalam agama juga sudah memberi penjelasan kepada kita tujuan manusia hidup di dunia ini dalam satu ayatnya:

“Aku tidak menjadikan Jin dan Manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu” (Q.S. 51:56)

Nampak, jelas ayat ini menerangkan kepada kita apakah tujuan sebenar manusia hidup di muka bumi ini.

“Dan sungguh telah Kami muliakan anak-anak Adam, Kami angkut mereka di daratan dan lautan, Kami beri mereka rezki yang baik dan kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna di atas makhluk lain yang telah kami ciptakan” (Q.S. Al Israa’ : 70)

No comments: