Wednesday, December 16, 2009

Puisi kita

Bumiku..tempat manusia menenang fikiran..tempat manusia mengagumkan kekuasaan yang Maha Esa bagi manusia yang mahu berfikir mengenainya..tidak ada planet yang sempurna seperti kau..dengan desiran ombak yang memukul pantai..awan putih yang bergerak..menurunkan hujan dan mengalirkan air yang jernih supaya hutan tumbuh dengan memberikan udara segar kepada manusia..dan manusia.... MANUSIA??!!... kenapa pula aku tak dapat simpulkan fungsi manusia untuk menghabiskan puisi ini!! patutkah aku berkata.. dengan manusia yang berusaha menjalankan program earth hour?teknologi hijau? Conference sana-sini tiada kesudahan untuk membincangkan isu pemansan gelobal???

Kalau begitu...
Kenapa semakin hari terpampang dimuka akhbar berita mengenai kemusnahan ahli bumi yang lain..hutan sudah suka terbakar?banjir? taufan? ais mencair? ikan paus bunuh diri? Ini semua tidak betul! siapakah yang harus dipersalahkan??

maaf tergantung aku terpaksa study micro P..nanti aku sambung lagi..


sambungan dari puisi kita~[UPDATE]
sikit info tentang nasib bumi..

  • Pada penghujung tahun 2006 dan awal tahun 2007, terdapat seramai 200,000 penduduk di Johor, Pahang dan Melaka dipindahkan daripada kediaman masing-masing selama 3 hingga 4 minggu kerana banjir melanda.
    Jumlah kerugian dianggarkan sebanyak RM1.5 billion .
  • Suhu dunia semakin naik, aras laut semakin tinggi dan litupan salji di Hemisfera Utara semakin pupus.
  • Suhu dunia telah meningkat pada kadar 0.74 darjah Celcius pada setiap kurun, yakni diukur sejak pada tahun 1906 sehingga 2005 .

  • Kadar suhu pada 50 tahun kebelakangan ini adalah dua kali ganda lebih pantas daripada kadar purata suhu selama 100 tahun , iaitu 1.3 darjah Celcius .
  • Kadar suhu dunia pada 2 dekad yang lalu adalah yang tertinggi yang pernah direkodkan sebelum ini.
  • Seluruh dunia menghadapi suhu menaik, melainkan di Lautan Atlantik. Kawasan yang paling cepat menghadapi suhu menaik adalah di Hemisfera Utara.
  • Pada tahun 1961 hingga 1993, paras laut telah meningkat pada kadar 1.8 mm setiap tahun. Sedangkan pada tahun 1993 hingga 2003, paras laut meningkat pada kadar 3.1 mm setiap tahun.
  • 57% daripada kenaikan paras laut disumbangkan oleh pengembangan haba dalam lautan. 28% daripada kenaikan paras laut disumbangkan oleh kecairan bongkah ais dan glacier.
  • Kecairan bongkah ais di Greenland dan Kutub Antartik diramalkan akan menjadi penyumbang besar kepada kenaikan paras laut secara mendadak dunia pada tahun-tahun akan datang.
  • Di Malaysia sejak 100 tahun kebelakangan ini, semua tempat menghadapi kenaikan suhu, melainkan di Sarawak .
  • Di Kuala Lumpur (Subang), kadar kenaikan suhu panas adalah 3.5 – 4.0 darjah Celcius per seratus tahun. Yang mana jauh lebih tinggi daripada purata kenaikan suhu dunia , iaitu 1.5 darjah Celcius per seratus tahun. Suhu di Kuala Lumpur menunjukkan trend menaik mengejut terutamanya selepas pertengahan tahun 1970.
  • Hubungan dunia adalah hubungan kompleks antara atmosphere, hydrosphere, geosphere, cryosphere dan biosphere.
  • Sejak 420,000 tahun kebelakangan, CO2 tidak pernah melebihi 300 ppm. Cuma sebentar sahaja kadar CO2 melepasi sedikit daripada angka 280 ppm, iaitu di sekitar 330,000 tahun yang lampau. Tetapi sekarang catatan CO2 adalah 380 ppm.
  • Saintis menganggarkan pada tahun 2030-2050, kenaikan suhu adalah pada 2 hingga 5 darjah Celcius. Kenaikan sebanyak ini (5 darjah Celcius) tidak pernah terjadi sejak Zaman Ais hingga sekarang.
  • Putaran Milankovitch – kitaran Zaman Glacial dan Inter Glacial . Ini adalah disebabkan oleh perubahan orbit bumi pada waktu-waktu tertentu. Sekarang kita dalam Zaman Inter Glacial sejak 10,000 tahun yang lepas.
  • Namun begitu Zaman Inter Glacial sepatutnya sudah lama berakhir. Kita seharusnya bertukar ke Zaman Glacial pula. Namun disebabkan kenaikan suhu dunia yang mendadak,
  • Zaman Glacial tidak mungkin berlaku. Saintis meramalkan pada tahun 2100, tahap CO2 adalah 3 kali ganda lebih daripada ketika waktu pra industri.
p/s:kalau diikutkan logik dari aku orang yang tak berapa terer dalam agenda-agenda dunia ni.. yang lepas banyak gas bahaya ni berasal dari perindustrian..negara mana yang mulakan perindustrian ni ? Jadi yang perlu bertanggungjawab menjadi dalang semua ini ialah negara Perancis yang melaksanakan revolusi perindustrian kurun ke 18 dan kurun ke 19..

2 comments:

AkuAyie said...

yearh...semangat...mikro P..huhuh...

habis satu paper jgn pndg belakang dah... trus usaha untuk paper seterusnya k. caiyok..~!

أمير المكمنين said...

tQ..
haha..