Friday, December 31, 2010

Aku akur tersingkir walaupun lulus semua

Tanggal 19 Disember 2010 aku telah menghadiri sesi pemilihan akhir Perajurit Muda Tentera Udara Malaysia untuk siri 44/2011. Pemilihan ini berlangsung selama 2 minggu di mana pada tempoh ini aku perlu melepasi empat jenis ujian sebelum melayakkan aku mengangkat sumpah. Pada hari pendaftaran tersebut seramai 710 calon yang terpilih datang dengan satu tujuan ingin berjaya dipilih. Mereka datang bersama keluarga yang ingin memberi sokongan bergitu juga dengan keluarga aku.
Hari pertama aku di ILTU Ipoh
Ujian pertama yang dilakukan ialah pemeriksaan urine. Ini bagi memastikan calon-calon tidak terlibat dalam penggunaan sebarang jenis dadah. Ia berlangsung selama lebih kurang 9 jam. Dalam pemeriksaan urine ini seramai 4 orang positif dadah. Mereka dihantar balik serta merta dan tidak layak ke peringkat seterusnya. Aku bersama calon-calon lain tidak ada sebarang masalah dengan ujian urine berjaya ke peringkat seterusnya.

Keesokan harinya calon-calon yang sudah berjaya perlu menempuhi ujian kedua pula iaitu Mediacal. Di sini calon-calon diperiksa tahap kesihatan masing-masing bagi memastikan kesihatan mereka ditahap yang baik. Bertuah aku lepas semua ujian medical tersebut.

Tibalah ujian yang ditunggu-tunggu iaitu ujian kecergasan. Untuk menilai tahap kecergasan calon-calon perlu lari track berbukit sejauh 2.4 km dalam masa 15 minit, situp dan push up static 5 minit. Untuk lari 2.4km ini seramai 3 kelompok diasingkan iaitu kelompok yang pertama sampai bawah 15minit, kelompok ke 2 yang lari antara 15-20minit dan kelompok terakahir iaitu atas 20 minit. Aku lega berada dikelompok pertama. Memang ramai yang berada dalam kelompok kedua dan ketiga tapi mereka semua tidak disingkirkan dan terus ke ujian seterusnya.

Untuk ujian yang terakhir iaitu ujian IQ. Ujian ni ada 4 paper iaitu lapangan berkait, bahasa inggeris, mekanikal dan satu lagi apa(aku lupa nama dia). Setiap paper ada 50 soalan objektif dan masa yg diperuntukkan untuk satu soalan hanya 30 saat. Soalan agak mencabar dengan masa yang suntuk adalah satu cabaran buat calon-calon. Alhamdulillah, walaupun ada soalan yang mencabar namun aku berjaya siapkan semua soalan dengan masa yang ditetapkan.

Fail biru yang aku dapat selepas daftar
Setelah berjaya menjalani kesemua ujian2 itu, aku merasakan bahawa peluang aku untuk layak semakin cerah. Sekarang tinggal keputusan lembaga saja.

2 hari kemudian, keputusan lembaga diumumkan. Semua calon-calon menantikan keputusan dengan penuh harapan untuk berjaya. Keputusan inilah yang menentukan calon-calon untuk mendapat nombor tentera kerana tiada lagi ujian selepes itu. Akhirnya staf mengumumkan bahawa seramai 110 orang akan disingkirkan pada hari itu. Salah seorang dari mereka ialah aku..Apakah yang membuatkan aku tersingkir dalam pemilihan lembaga?Itulah yang menjadi tanda tanya bagi ku. Mungkin ini telah tercatat dalam suratan takdir. Aku terpaksa akur dengan keputusan lembaga..Tahniah kawan-kawan ku yang berjaya..(:

Note di fail tertulis reason mengapa aku disingkirkan

4 comments:

zety said...

jgn sdih3 ye.....mybe rezeki aawk bkn kt air force......smua 2 ade hikmah disebalik kjadian.....sbr ye....sy airwmen siri 43/10.....klau awk dpt air force,mybe awk junior sy......wsalam.....

Anonymous said...

Salam, mase sesi pertama ape ujian yg peserta kena ek? nk tau sbb x pernah g.

amirah said...

bleh x sy nk tnye bbpe soalan pd cik zety?sy dpt pmlihan akhr tudm siri 48/13..mcmne sy bleh b'hubung cik zety?

Syed Asyraf said...

assalam..situp n push up static 5 minit 2 mcm mna ye.xfaham..