Sunday, January 10, 2010

Mari membaca

sambungan dari kisah sebelum ini..

Kapal terbang meluru ke arah sini. Suasana gempak-gempita dengan jeritan orang ramai di situ.."Lari!! Semua lari!! selamatkan diri kamu!!" bertaburanlah orang di situ lari untuk menyelamatkan diri dari dihempap kapal terbang itu.
Aku berlari sekuat hati..walaupun jatuh berkali-kali tetapi aku bingkas bangun mennyelamatkan diri semahu boleh dan..pooorggggghhhhh!!!(bunyi hentaman kuat)..badan ku tercampak dan terpelanting akibat dari daya impak yang terhasil dari hempasan besi itu((dalam mod slow motion))..mata ku perlahan-lahan ku bukakan dan melihat langit yang agak kelam warnanya. apa yang berlaku? bisik hati ku..

sedikit ku bangkit sedaya kederatku melihat sekelilng mana tau jika ada yang terselamat. aku nampak ada orang2 di sana berbaju oren sedang memeriksa dan merawat sebilangan orang yang tercedera di situ. Ada yang cedera dan ada yang sudah tidak bernyawa tidak kurang juga budak kecil yang menangis sedang mencari ibu-bapanya. dari situ aku disapa anggota baju oren "awak ok?"."ya aku baik tapi izinkan aku bertanya" jawab ku. "persilakan"katanya. "apa sebenarnya yang terjadi kepada kita?"tanyaku. "lihat kompas ni..kompas ni dah tak dapat baca kutub bumi.."katanya sambil menunjukkan jarum kompas yang berpusing dan tidak berhenti. "kami baru menerima mesej 20 minit sebelum bumi berkemungkinan hilang cas-casnya. Hal ni sekaligus telah melumpuhkan seluuruh sistem perkomputeran yang kita ada sekarang. tiada lagi barang elektrik, kenderaan,sistem perhubungan yang boleh digunakan sekarang" jawabnya dengan serius. Pada waktu itu, termenung aku mendengar jawapan dari lelaki itu.

Dicelahan serpihan besi kapal terbang dan kereta yang terbalik di sana-sini, aku berjalan sambil melihat kemusnahan. "apa yang boleh dibuat dengan ketiadaan sistem elektrik?" keluh hatiku. Aku memandang permandangan tempat lahirku ini. Tidak lagi indah seperti dulu. Permandangan tak ubah seperti kemusnahan akibat perang. Dari kiri ku melihat LRT landasan berkembar yang menjadi aksess bandar ke bandar berlanggaran dan mengakibat sedikit kebakaran diruang gerabak. Sayangnya ia baru dirasmikan semalam sudah jadi begini.

Aku teringat mak. Mak.. Aku bingkas berlari menuju ke rumah dalam kesunyian. Hanya debu-debu yang berterbangan yang mengikuti ku dibelakang. Aku berhenti dan melihat taman teres ini. Banyak rumah musnah akibat satelit yang menghempap rumah mereka. Oh, tidak. Aku meneruskan usaha ku untuk mendapatkan mak. Aku tak jumpa. "Mak!!"jeritku. Tiada yang menyahut panggilanku. Kemana mak. Aku melutut. Air mataku jatuh berlinangan ke bumi.


Cuaca semakin gelap dan sejuk. Aku perlukan haba untuk panaskan badan. Aku mencari di dalam sisa runtuhan apa yang boleh digunakan. Lighter dan sedikit bahan api mudah didapati di kereta-kereta yang tak berguna lagi. Aku membuat unggun api dan baring di tepinya dan aku terasa sesuatu bonjolan di tanah. "
apa ni?"bisik hati ku sambil tangan meraba-raba ke tanah dan aku rasa sesuatu. "uh,I Pod.." memegang dan melihatnya sambil baring. "heh..teknologi tercanggih abad ini.." Aku melontar sekeping I Pod itu ke dalam unggun apiku. Aku sambung baring sambil melihat ke langit yang dipenuhi bintang sambil lengan aku letakkan di atas dahi. "zaman apa ni.."bisik jauh disudut hatiku.

Tidak lama kemudian. Aku terdengar bunyi seperti tapak2 kaki kuda sedang datang dan suara lelaki.."Wahai penduduk yang terselamat!!"jeritnya. Aku bingkas bangun dan mengintai dari celah kereta.. bersambung.....

4 comments:

Nuyui said...

waaa....aku ske crite ni!!
Dah terbayang macam movie plak. huhu..
zaman bumi hilang casnya? kalau wujud zaman cmtu, ala-ala peperangan gk. merata kemusnahan harta benda...
aku rasa time tu juga org senang nk rompak bank. hehe...

kimomoto kozaima said...

hang cerita apa ni Ahmad Miroi???

bujang said...

nuyui>perompak rompak duit byk pun diorang sbnrnya tak ke mana pun..duit hanya kertas yg tak bernilai.huhu

kimo>just citer fantasi, tak paksa pun bc kalo tak minat ahmad kimo oi..hehe

Kimy said...

nape hg x taip

"uh,I IPHONE.." memegang dan melihatnya DAN IA KELIHATAN SEPERTI KEPUNYAAN ABANGKU sambil baring. "heh..teknologi tercanggih abad ini.." Aku melontar sekeping I Pod itu ke dalam unggun apiku."

hahaha bkn abg hg yg pnya tp model je sama :P