Saturday, January 9, 2010

Cerpen saja-saja

Aku memerhatikan sekalian manusia sedang sibuk menjalankan aktiviti harian mereka dipasar. Sekali-sekala ke pasar bukan selalu pun. ini pergi pun sebab mak yang suruh. kalau tidak jangan haraplah. membuta je adalah pepagi macam ni. apa yang nak dikisahkan dengan barang dapur bagi orang berstatus bujang macam aku ni.

Dari pasar aku menyusuri kedai ke kedai untuk membeli saja apa yang disebnaraikan dalam kertas tulisan tangan mak yang ingin memasak nanti. Setelah habis semua dibeli aku pun mulalah menuju ke kereta sambil membawa barang-barang yang dipesan sambil melihat jam yang menunjukkan 9.17 minit dipagi jumaat itu.

Dalam perjalanan ke kereta aku terdengar bunyi bising burung seperti suasana dikala senja melabuhkan tirainya yang datang entah dari arah mana tapi yang pasti ia makin dekat dan dekat. Aku terpaku sebentar melihat sekumpulan burung yang banyak melintasi ruang udara. Tidak terkira. Mungkin beribu-ribu jumlahnya kerana ia tidak putus-putus. Suasana pasar yang riuh rendah tadi senyap-sunyi dengan kehadiran burung-burung itu. Aneh. Mengapa sebegini banyak burung-burung yang terbang. Fikir ku. Pasti ada yang tak kena. baik aku pegi tengok dari mana datangnya burung2 ni.

Engin kereta aku dihidupkan dan barang yang ku belikan tadi aku letakkkan disebelah tempat duduk. Dalam hatiku jantung ku bergerak laju berdebar-debar ingin mengetahui. Mana tau boleh tangkap gambar apa2 yang menarik dari peristiwa ni, boleh letakkan dalam blog. Tanpa berlengah aku pun memasukkan gear pertama kereta dan bergerak. Aku mahu melihat dari mana puncanya burung-burung ni semua datang. Dari situ aku ke tempat yang lebih jelas yang tidak terlindung pokok tinggi. Lumrah manusia ingin tahu, bukan aku saja yang pergi pada waktu itu.

Dalam perjalanan aku melihat dihadapanku sekumpulan ramai orang seperti sedang menyaksikan sesuatu. aku cuba melihat tetapi masih dilindungi pokok2 di tepi jalan. Sehinggalah aku sampai kepada mereka dan memberhentikan kenderaan aku. aku turun. Alangkah tergamamnya aku bila aku memandang burung-burung tadi itu datang seperti habuk-habuk yang berterbangan yang menghiasi seluas-luasnya pandangan ku dari arah sana. Aku panik.


Pada masa itu jugalah aku tidak mahu melepaskan peluang ini mengrab handphone dari poket ku untuk menangkap gamabar sambail mata masih lagi terpaku di atas langit kebingungan. Aku mengangkat telefon ku dan barulah aku melihat telefon ku untuk menekan mode gambar. Handset ku off. Eh, siapa off. Aku cuba buka sebab aku tau aku baru cas malam tadi tak mungkin habis bateri. usahaku tidak berhasil. penat aku tekan berkali-kali handset aku pada butang opennya tak jugak terbuka. argh..time ni la nak buat hal nset ni.

Sedang aku tekan-tekan handset ku cuba menghidupnya, aku terperasan dispalay pada jam digital aku pun kosong. Eh,kenapa dengan jam aku ni. Apa ni suma nak rosak fikir ku. perkara ini turut terjadi kepada orang-orang yang berada di situ. mereka melihat handset mereka. ada yang mengetuk-ngetuknya untuk menghidupkan kembali. Suasana pada waktu itu bertukar panik dan membingungkan. Semua barang elekrtonik mereka dah tak berfungsi!!!


Ditengah-tengah kepanikan itu, jauh sudut telinga aku terdengar bunyi mengaum kuat seperti guruh datang semakin dekat dari arah belakang. Kami segera menolehnya..kami sumua tergamam sekali lagi apabila melihat sebuah kapal terbang boeing 747 sedang meluru menjunam ke arah sini..



-----------------------------------------------------------------------
masa untuk tido~selamat malam semua..

7 comments:

Unknown said...

hg ni slalu crita x abis. lepas tu ada brita pasal kapal terbang tu? atau hg cabut balik rumah?

أمير المكمنين said...

cerita belum habis ni. aku berenti sekejap kat situ. malam satgi aku sambungkan..

AeMcSketch said...

suspens betul..tp crite ni jelas mcm dalam mimpi yg aku pernah mimpi.
aku mimpi semua orang berlarian. tanah retak dan menggegar..
Tetiba nampak muncung kapal terbang menjunam ke arah aku...
aku terbangun dengan dahi yang berpeluh bagai nk gile..
tu lah mimpi yang paling ngeri aku pernah mimpi...
mmg rasa real, mcm nk kiamat je time tu.

kimomoto kozaima said...

wei tolong bawak orang punya pecuci muka suisse tu...ada dekat almari buku tingkat2....minggu depan hang bawak mai...
jangan pkai tau..mahai tu...

Unknown said...

hg taw x aku rugi lbh kurg 5 minit dalam hidup aku baca cerpen hg. adoi, lain kasi bagi lah habis pastu baru tido. buat org suspen jek.

AeMcSketch said...

ha ah...aku tertunggu-tunggu jugak sambungan cerpen ko.. hohohoh~

أمير المكمنين said...

cek the latest di post atas..:) selamat membaca..