Showing posts with label kehidupan. Show all posts
Showing posts with label kehidupan. Show all posts

Sunday, December 18, 2011

First Time try Drive-Thru McD

Dalam aliran arus budaya pada masa kini, kita tidak lepas dari trend perubahan yang dibawa. McDonald, salah satu nama besar dalam sektor pemakanan di negara kita dan ia popular dengan slogan yang diperkenalkan "I'm love in it". Ini dimudahkan dengan adanya Drive-Thru untuk pelanggan yang tidak mahu membuang tenaga berjalan ke counter membeli. Ia ringkas sahaja hanya Order+Pay+Take Away.

Walaupun sudah wujud sekian lama perkhidmatan ni, tapi aku tidak pernah tergerak hati pun ingin mencuba sehinggalah pada malam ahad lalu apabila sedang drive seorang diri, ternampaklah Branch baru McD yang kedua di Taiping ni. Cuma cawangan yg kedua ni dilengkapi dengan perkhidmatan Drive-Thru lah. Aku pun tak de lah niat nak masuk Drive-thru pun, cuma nak pusing je. Tengah ralek drive termasuk lah aku ke jalan drive-thru pun. Nak reverse ada orang belakang pulak, jadi terpaksa lah aku cuba jugak benda ni buat kali pertama dalam hidup.

Bila first time ni memang bohong la kalau tak buat silapkan. Jadi aku nak la share sikit kesilapan yang agak memalukan aku ni menggunak Drive-thru ni. OK di bahagian Q, ada la dua orang minah ni naik skuter berbaris kat belakang kete aku. So, aku ni dengan hensemnya memerhatikan lah menu yang terdapat di situ padahal dok gelabah tak taw langsung nak order macam mana, nak bayar kat mana. Berlakonlah aja lah.

Mula lah babak kemuncak bila sudah sampai turn aku. Ok, oder. Aku sampai di satu peti lebih kurang ukuran 0.5m X 1.3m dan mempunyai screen dibahagian atas. Dalam hati aku, alamak mana nak tekan ni. Sekali keluar suara perempuan tanya aku nak order apa. Huh, nasib baik aku tak tekan skrin tu(macam skrin sentuh).

Then yes, lepas satu step. Step yang kedua. Stop la aku kat satu tempat macam Tol lebuh raya PLUS pun ada siap ada kak ni dok tunggu dalam pondok tu. First, dia cakap aku suma baper ringgit. Then aku angguk la. Pastu dia ada cakap lagi dan percakapan dia masa tu tak berapa jelas. Aku dengar macam "suma Rm14.98, encik boleh bayar di depan" So aku dengan selamba nya tekan la minyak untuk ke satu lagi post. Baru je setengah jalan, then dengar ada suara dari belakang panggil "Encik! Encik!". Dalam hati aku time tu kata "adui la apa pulak dah tak kena ni" sambil toleh belakang. Nampak kak tu dok melambai2 panggil aku sambil berkata"Encik bayar kat sini".

Kebetulan minah 2 ekor tu ada kat situ dah. Maka merah habeh la muka aku time tu. Aku reverse balik keta dan bayar sambil dengarlah gosip panas yang dibualkan dua minah skut tu. "dah order bayar la~apa la mamat tu" Pergh bai. Shit bai. Kena macam tu je. Hare habaq hang. Lepas aku ambik makanan tak seberapa tu kat post 3. Terus aku blah sambil mengeluh " pengalaman pahit" Sigh~.

Saturday, November 12, 2011

Insaf

Sedih dan masih tak percaya yang dia pergi dulu. Insan yang aku maksudkan ialah teman rapat aku. Arwah memang seorang yang bijak,ceria dan agak gila2 orangnya. Kali terakhir aku jumpa dia masa raya tahun lepas(2010). Time tu dia tak dapat balik raya kerana kena bertugas. Alang-alang kampung aku gak kat sitiawan, aku pun pi la melawat dia kat tempat keja dia. Dekat setahun tak jumpa, perangai dia gila-gila selamba macam dulu jugak. Walopun dia ada pangkat, tapi dia langsung tak sombong.

Sudah menjadi fitrah manusia, setiap yang hidup pasti akan merasai mati. Mati tidak mengenal masa, umur, pangkat dan apa pun, bila sudah sampai waktunya kita dijemput. Aku pun tidak tahu bila masanya aku akan tiba. Walauapaun, yang penting kita berada dalam keadaan sedia.

Sunday, November 6, 2011

Sesungguhnya aku dalam kerugian

Alangkah gembiranya jika ada mesin masa yang boleh membawa aku kembali ke zaman silam. Akan aku ubah segala-gala kesilapan yang telah aku lakukan dahulu, supaya aku tak berasa rugi pada hari ini. Tapi ianya tidak mungkin berlaku di dunia yang realiti. Yang berlalu akan terus meninggalkan kita dan terus menjadi sejarah. Sama ada kita suka atau tidak, kita perlu meneruskan perjalanan untuk masa-masa yang akan datang. Ianya sudah pasti tidak menunggu kita sehinggalah sudah sampai waktunya kita dijemput oleh malaikat. Tiada apa yang boleh dibawa selepas itu, hanya bekalan iman dan takwa yang di lakukan semasa kita hidup di dunia sahaja. Semasa aku berbual dengan seorang non-muslim, dia mengatakan kepada aku tentang kehidupan ini, " semasa kita lahir, apa yang ada pada kita?" tanyanya. "tali pusat" jawabku. " kita tidak bawak apa-apa pun..sama juga bila kita mati nanti, jadi buat apakita nak kumpul harta banyak-banyak..jika dapat kahwin dan menampung perbelanjaan anak bini cukup lah " sambungnya lagi. Jelas sekali non-muslim juga percaya dunia ini tidak menjanjikan sesuatu yang menguntungkan selama-lamanya. Ianya hanya bersifat sementara sahaja. Dalam agama juga sudah memberi penjelasan kepada kita tujuan manusia hidup di dunia ini dalam satu ayatnya:

“Aku tidak menjadikan Jin dan Manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu” (Q.S. 51:56)

Nampak, jelas ayat ini menerangkan kepada kita apakah tujuan sebenar manusia hidup di muka bumi ini.

“Dan sungguh telah Kami muliakan anak-anak Adam, Kami angkut mereka di daratan dan lautan, Kami beri mereka rezki yang baik dan kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna di atas makhluk lain yang telah kami ciptakan” (Q.S. Al Israa’ : 70)

Wednesday, July 13, 2011

Ride taiping-kulim with my green bike


Esok aku kerja, lusa aku kerja dan malam tu pulak pack-pack barang dalam beg for ride to taiping. Laluan kalau boleh nak ikut Lebuhraya je pasai jalan cantik. Tapi kalau nak full lebuh raya kena pusing jauh la pulak. Masuk highway BKE pastu baru masuk highway plus. Ke seberang jaya sana nun. Jadi nak dekat sikit nak masuk highway plus aku ikut jalan lama ke Bandar Baharu pastu baru masuk highway PLUS. Jalan ke Bandar Baru tu tau la macam mana lubang sana sini. Tapi ada dengar ikut junjung pun boleh masuk highway PLUS. Tapi aku tak pernah pun try. Bukan malam la kalau nak try, kalau sesat pasaangg...

Tak pe la slow2 je la ikut jalan lama ni..ikut belakang kereta pun ok la..kang dah masuk highway baru tembak meter stay crusie along the way..hehe. Dengar mp4 pulak sumbat dalam telinga di samping penyerap bunyi bising angin my lovely black devil fullface!huh! what a good life!! kena pulak lagu rock sikit..pastu tangan pun lagi best la pulas trottel. Main meter 130-150 cukup memadai..enjoy ride buat pa nak laju..janji pak cik2 bas ke lori ke or yang seangkatan dengannya tak kasi lampu tinggi nak potong aku pasai tak leh potong pun..dulu aku pakai lagenda boleh la buli aku kat highway..masuk laluan depa sikit hon la..high beam la..la kejaq la kalau dapat..haha puas aku..lain kali jangan buli penunggang motor kecil ye pak cik2..mentang2 la kami kecik..sama2 bayar roadtax juga..sama2 la kita kongsi jalan ye.:)


Tuesday, February 22, 2011

Tidur



Hai orang bumi semua..harap hari ni semua dalam keadaan sihat walaupun ada yang tak sihat aku doakan kesihatan korang pulih..amin.. Hari ini hari selasa, esok hari rabu..hari meniti hari menjalani hidup sebagai seorang manusia. Apa yang penting dalam meneruskan kehidupan ialah terus hidup walaupun kita dilanda musibah sehari-hari. Sehinggalah kita letih dalam menempuhinya..jadi cara yang paling mujarab sekali ialah tidur. Tidur akan membuatkan badan lebih fresh berbanding sebelumnya, ia satu "terapi". Tetapi dinasihatkan jangan tidur waktu asar ke maghrib pasal korang tanya lah dengan yang lebih pakar ye.diorang tahu kenapa..emm, bukti saintifik korang try cari kat google..kalau nak pilih waktu tidur yang bagus pilih antara pukul 20:30-7.00(keesokan hari). Kalau nak sangat tidur bantai tidur terus 10 jam tu..tapi, ha jangan lupa makan petang nanti lapar tengah malam terjaga pulak. Susah nak dapat 10 jam tu..yup, tidur kena berkualiti..tak ada gangguan baru la esok bila bangun badan rasa fresh-meresh..stay alert tanpa letih sampai ke malam punya~haha..serius. Bila badan fresh otak fresh maka baru la segala-galanya jadi ringan..tapi tunggu, nak lagi fresh ada lagi..pi beriadah pulak petang-petang, buat aktiviti fizikal sikit..main tennis ka, badminton ka, main bola sepak ka, serious terasa mati hidup kembalilah! jadi masalah akan hilang dan semakin menghilang sehinggalah kita tidak perasan kita ada masalah~

Monday, February 14, 2011

Waktu kerja yang sesuai menurut aku

Hari ini aku nak kongsi sedikit tentang masa kerja. Kerja tak kisah la kerja kerajaan ke kerja private sector ka, mesti ada time schedule dia sendiri..bagi aku, aku dah rasa kerja kerja shift dan yang normal shift. Bagi aku la..kalau ada yang tanya waktu kerja mana yang sesuai ye..aku pilih normal la. Mungkin ada orang pendapat dia rasa shift ok..tp masing-masing punya pendapat sendiri sebab apa depa pilih kerja shift. Contoh kerja shift ni duit lebih la sikit bulan-bulankan. Bagi aku, aku pilih normal shift sebab aku rasa aku dapat banyak masa kat rumah jugak. Jadi, baru lah boleh balance antara kerja dan kehidupan biasa. Kita boleh kemas rumah, masak, dan hal ehwal rumah yang lain-lain lagi lah. Jadi, lebih tersusun la kehidupan kita. Malam pulak memang boleh tidur.

Buat duit lebih memang bagus, tapi kita kena luangkan masa untuk buat kerja rumah kita jugak. Kita berbakti dengan majikan tapi terlupa berbakti pada diri sendiri. Bila kita tak rasa pressure baru la kita boleh kerja dengan selesakan. Nak pergi kerja pun bersemangat.

Wednesday, February 9, 2011

Short update

Assalamualaikum dan salam sejahtera di ucapkan bloggers sekalian..ni just nak buat update la sikit..lama betul tak berblog..rindu rasanya nak menaip tentang kehidupan ni..erm, sekarang dah keja la..lepas tak dapat tudm tukan..16hb feb ni ada lagi intake tudm tu kat taiping..pesan sarjan haritu kalo nk mintak lagi just bwk file biru je kat intake tu..hmm..sekarang ni aku rasa aku dh pikir masak-masak yang aku tak mau pi buat dah..tukar pikiran dah..aku rasa memang askar bukan pilihan aku sebagai kerjaya..biarlah dah lepas-lepas lah..

Sekarang umur aku bakal mencecah 22 pada jun nanti..angka tu rasanya dah macam tua..tak sangka..cepat betul masa berjalan..tahun lepas umur aku 21..ada beberapa peristiwa yang berlaku pada umur 21 ni..antaranya, habis belajar, mula bekerja, tahun aktif bersukan (join mtb, orienteering,lari) join airforce(walaupun setakat pemilihan akhir je), jatuh motor(teruk jugak), saudara aku hamdan meninggal..macamtu lah ada gembira ada sedih..itulah yang mencorakkan kehidupan aku..tahun ni sapa tahu apa pula yang menanti..apapun yang berlaku, semuanya ada hikmah di sebalik semua yang berlaku tu..jadi kita kena yakin apa yang berlaku itu bukanlah sia-sia berlaku. Wassalam:)