Showing posts with label Santai2. Show all posts

Tuesday, February 22, 2011
Tidur

Monday, February 14, 2011
Waktu kerja yang sesuai menurut aku
Hari ini aku nak kongsi sedikit tentang masa kerja. Kerja tak kisah la kerja kerajaan ke kerja private sector ka, mesti ada time schedule dia sendiri..bagi aku, aku dah rasa kerja kerja shift dan yang normal shift. Bagi aku la..kalau ada yang tanya waktu kerja mana yang sesuai ye..aku pilih normal la. Mungkin ada orang pendapat dia rasa shift ok..tp masing-masing punya pendapat sendiri sebab apa depa pilih kerja shift. Contoh kerja shift ni duit lebih la sikit bulan-bulankan. Bagi aku, aku pilih normal shift sebab aku rasa aku dapat banyak masa kat rumah jugak. Jadi, baru lah boleh balance antara kerja dan kehidupan biasa. Kita boleh kemas rumah, masak, dan hal ehwal rumah yang lain-lain lagi lah. Jadi, lebih tersusun la kehidupan kita. Malam pulak memang boleh tidur.
Buat duit lebih memang bagus, tapi kita kena luangkan masa untuk buat kerja rumah kita jugak. Kita berbakti dengan majikan tapi terlupa berbakti pada diri sendiri. Bila kita tak rasa pressure baru la kita boleh kerja dengan selesakan. Nak pergi kerja pun bersemangat.
Sunday, January 10, 2010
Mari membaca
sambungan dari kisah sebelum ini..
Kapal terbang meluru ke arah sini. Suasana gempak-gempita dengan jeritan orang ramai di situ.."Lari!! Semua lari!! selamatkan diri kamu!!" bertaburanlah orang di situ lari untuk menyelamatkan diri dari dihempap kapal terbang itu.
Aku berlari sekuat hati..walaupun jatuh berkali-kali tetapi aku bingkas bangun mennyelamatkan diri semahu boleh dan..pooorggggghhhhh!!!(bunyi hentaman kuat)..badan ku tercampak dan terpelanting akibat dari daya impak yang terhasil dari hempasan besi itu((dalam mod slow motion))..mata ku perlahan-lahan ku bukakan dan melihat langit yang agak kelam warnanya. apa yang berlaku? bisik hati ku..
sedikit ku bangkit sedaya kederatku melihat sekelilng mana tau jika ada yang terselamat. aku nampak ada orang2 di sana berbaju oren sedang memeriksa dan merawat sebilangan orang yang tercedera di situ. Ada yang cedera dan ada yang sudah tidak bernyawa tidak kurang juga budak kecil yang menangis sedang mencari ibu-bapanya. dari situ aku disapa anggota baju oren "awak ok?"."ya aku baik tapi izinkan aku bertanya" jawab ku. "persilakan"katanya. "apa sebenarnya yang terjadi kepada kita?"tanyaku. "lihat kompas ni..kompas ni dah tak dapat baca kutub bumi.."katanya sambil menunjukkan jarum kompas yang berpusing dan tidak berhenti. "kami baru menerima mesej 20 minit sebelum bumi berkemungkinan hilang cas-casnya. Hal ni sekaligus telah melumpuhkan seluuruh sistem perkomputeran yang kita ada sekarang. tiada lagi barang elektrik, kenderaan,sistem perhubungan yang boleh digunakan sekarang" jawabnya dengan serius. Pada waktu itu, termenung aku mendengar jawapan dari lelaki itu.
Dicelahan serpihan besi kapal terbang dan kereta yang terbalik di sana-sini, aku berjalan sambil melihat kemusnahan. "apa yang boleh dibuat dengan ketiadaan sistem elektrik?" keluh hatiku. Aku memandang permandangan tempat lahirku ini. Tidak lagi indah seperti dulu. Permandangan tak ubah seperti kemusnahan akibat perang. Dari kiri ku melihat LRT landasan berkembar yang menjadi aksess bandar ke bandar berlanggaran dan mengakibat sedikit kebakaran diruang gerabak. Sayangnya ia baru dirasmikan semalam sudah jadi begini.
Aku teringat mak. Mak.. Aku bingkas berlari menuju ke rumah dalam kesunyian. Hanya debu-debu yang berterbangan yang mengikuti ku dibelakang. Aku berhenti dan melihat taman teres ini. Banyak rumah musnah akibat satelit yang menghempap rumah mereka. Oh, tidak. Aku meneruskan usaha ku untuk mendapatkan mak. Aku tak jumpa. "Mak!!"jeritku. Tiada yang menyahut panggilanku. Kemana mak. Aku melutut. Air mataku jatuh berlinangan ke bumi.
Cuaca semakin gelap dan sejuk. Aku perlukan haba untuk panaskan badan. Aku mencari di dalam sisa runtuhan apa yang boleh digunakan. Lighter dan sedikit bahan api mudah didapati di kereta-kereta yang tak berguna lagi. Aku membuat unggun api dan baring di tepinya dan aku terasa sesuatu bonjolan di tanah. "apa ni?"bisik hati ku sambil tangan meraba-raba ke tanah dan aku rasa sesuatu. "uh,I Pod.." memegang dan melihatnya sambil baring. "heh..teknologi tercanggih abad ini.." Aku melontar sekeping I Pod itu ke dalam unggun apiku. Aku sambung baring sambil melihat ke langit yang dipenuhi bintang sambil lengan aku letakkan di atas dahi. "zaman apa ni.."bisik jauh disudut hatiku.

Saturday, January 9, 2010
Cerpen saja-saja
Aku memerhatikan sekalian manusia sedang sibuk menjalankan aktiviti harian mereka dipasar. Sekali-sekala ke pasar bukan selalu pun. ini pergi pun sebab mak yang suruh. kalau tidak jangan haraplah. membuta je adalah pepagi macam ni. apa yang nak dikisahkan dengan barang dapur bagi orang berstatus bujang macam aku ni.
Dari pasar aku menyusuri kedai ke kedai untuk membeli saja apa yang disebnaraikan dalam kertas tulisan tangan mak yang ingin memasak nanti. Setelah habis semua dibeli aku pun mulalah menuju ke kereta sambil membawa barang-barang yang dipesan sambil melihat jam yang menunjukkan 9.17 minit dipagi jumaat itu.
Dalam perjalanan ke kereta aku terdengar bunyi bising burung seperti suasana dikala senja melabuhkan tirainya yang datang entah dari arah mana tapi yang pasti ia makin dekat dan dekat. Aku terpaku sebentar melihat sekumpulan burung yang banyak melintasi ruang udara. Tidak terkira. Mungkin beribu-ribu jumlahnya kerana ia tidak putus-putus. Suasana pasar yang riuh rendah tadi senyap-sunyi dengan kehadiran burung-burung itu. Aneh. Mengapa sebegini banyak burung-burung yang terbang. Fikir ku. Pasti ada yang tak kena. baik aku pegi tengok dari mana datangnya burung2 ni.
Engin kereta aku dihidupkan dan barang yang ku belikan tadi aku letakkkan disebelah tempat duduk. Dalam hatiku jantung ku bergerak laju berdebar-debar ingin mengetahui. Mana tau boleh tangkap gambar apa2 yang menarik dari peristiwa ni, boleh letakkan dalam blog. Tanpa berlengah aku pun memasukkan gear pertama kereta dan bergerak. Aku mahu melihat dari mana puncanya burung-burung ni semua datang. Dari situ aku ke tempat yang lebih jelas yang tidak terlindung pokok tinggi. Lumrah manusia ingin tahu, bukan aku saja yang pergi pada waktu itu.
Dalam perjalanan aku melihat dihadapanku sekumpulan ramai orang seperti sedang menyaksikan sesuatu. aku cuba melihat tetapi masih dilindungi pokok2 di tepi jalan. Sehinggalah aku sampai kepada mereka dan memberhentikan kenderaan aku. aku turun. Alangkah tergamamnya aku bila aku memandang burung-burung tadi itu datang seperti habuk-habuk yang berterbangan yang menghiasi seluas-luasnya pandangan ku dari arah sana. Aku panik.
Pada masa itu jugalah aku tidak mahu melepaskan peluang ini mengrab handphone dari poket ku untuk menangkap gamabar sambail mata masih lagi terpaku di atas langit kebingungan. Aku mengangkat telefon ku dan barulah aku melihat telefon ku untuk menekan mode gambar. Handset ku off. Eh, siapa off. Aku cuba buka sebab aku tau aku baru cas malam tadi tak mungkin habis bateri. usahaku tidak berhasil. penat aku tekan berkali-kali handset aku pada butang opennya tak jugak terbuka. argh..time ni la nak buat hal nset ni.
Sedang aku tekan-tekan handset ku cuba menghidupnya, aku terperasan dispalay pada jam digital aku pun kosong. Eh,kenapa dengan jam aku ni. Apa ni suma nak rosak fikir ku. perkara ini turut terjadi kepada orang-orang yang berada di situ. mereka melihat handset mereka. ada yang mengetuk-ngetuknya untuk menghidupkan kembali. Suasana pada waktu itu bertukar panik dan membingungkan. Semua barang elekrtonik mereka dah tak berfungsi!!!
Ditengah-tengah kepanikan itu, jauh sudut telinga aku terdengar bunyi mengaum kuat seperti guruh datang semakin dekat dari arah belakang. Kami segera menolehnya..kami sumua tergamam sekali lagi apabila melihat sebuah kapal terbang boeing 747 sedang meluru menjunam ke arah sini..
-----------------------------------------------------------------------
masa untuk tido~selamat malam semua..

Friday, January 8, 2010
hai semua..bertemu kembali:)
aah...lama giler tak update blog..lama-lama jadi malas lak..bukan apa tak ada apa yang aku nak berhujah..nanti berhujah pasal politik, merapu lak jadi..sampai sekarang aku tau apa motif aku buat blog. tapi lantak lah. kurang-kurang ada gak benda aku nak buat kalau boring2. cuti holiday kali ni tak dapat gi camping mcm gi teluk senagin holiday lepas. cadangan tu memang ada, tempat cun lagi kat hutan cameron higland. memang tempat tu best. ngan hutan suma pokok bentuk segitiga2. macam lam citer winter sonata tu(slack tak da salji ja). itu la banyak halangan yang datang. first kitorang tel pegawai hutan yg jaga camp site tu tak jawab. pastu petang tu cadang kitorang nak gerak je terus gi Cameron. tapi belum sempat nak bertolak hujan lebat dan tak berhenti. dan akhirnya kitorang terpaksa cancelkan program kitorang. (esoknya memang tak boleh sebab kawan aku sorang tu nak balik negeri 9 dah) rancangan camp kali ke dua ini kira gagal. rugi betol.
Hari ini dan semalam tak ada keje. jadi model kimo je keje aku. tu pasal korang tengok asyik2 muka aku je. heh. amacam ada gaya commercial tak muka aku-haha(mmg perasan) bila tengok balik muka aku gigit bunga tu aku terpikir..AARGHH...pasal aku jadi model gigit bunga?!!habis hilang kejantanan aku selaku jantan asli sedunia!! tapi cam best je gambar ni. ni pun best gak. ni pun lawa gak. akhirnya aku sendiri layan gambar-gambar tu tanpa mempertikaikan kenapa aku jadi model untuk bunga.haha.
kepada yang nak beli bunga tu untuk hadiahkan kat awek ke, ex ke, aku rasa tu pilihan yang bijak sebab ia saving banyak duit korang. daripada korang beli rantai ke, cincin ke baiol beli bunga tu, sekuntum baru RM 2 je tak mahal. kalau ada awek yang pertikaikan napa asyik bunga je tak de ke berlian ke, emas ke. kata je..kalau i tak saving macam mana i nak masuk meminang u. selamat malam..:)

Sunday, January 3, 2010
Selamat Tahun Baru
Tuesday, December 29, 2009
Kalau down baca ni
Ada pujangga mengatakan.."Siapa yang mengatakan tidak boleh sebelum dia mencuba maka dia adalah orang sudah gagal sebelum dia berjuang"
ahli fikir berkata.."Mengapa kita harus kecewa dan berdukacita, sedangkan tubuh badan kita sihat walafiat. Akan tetapi ramai orang yang menderita sakit tubuh badan, namun mereka tidak pernah merasa kecewa malah mereka tetap tabah menghadapinya walaupun mereka tahu kematian itu lebih dekat dengan mereka"
mari kita baca kisah seorang anak petani ni
Seorang anak petani yang hanya belajar di sebuah kampung yang terpencil. Jauh daripada kemajuan dan kemodenan hidup. Akan tetapi dia bercita-cita ingin menjadi seorang jurutera atau pegawai tinggi. Lantaran itu cita-citanya menjadi pendorong untuk dia terus berusaha walau pun dalam keadaan serba kekurangan. Yang pasti dia akan berusaha dan mencari jalan bagaimana untuk mencapai cita-citanya.
Dia berdikari dan berusaha untuk mencapai cita-citanya itu sehingga dia berjaya. Dia tidak akan gentar untuk berdepan dengan kesulitan dan kepayahan hidup yang dihadapinya kerana cita-citanya yang tinggi itu akan memberi rangsangan yang kuat kepada jiwa raganya untuk terus berusaha bersungguh-sungguh. Cita-citanya akan mengatasi kesulitan dan kepayahan hidupnya. Dia berpegang kepada selagi kita bercita-cita maka selagi itu kita mesti berusaha.
terpulanglah kpd kita untuk melihat cerita ini dengan kehidupan kita dari segi apa yang pentingnya ialah bagaimana kita boleh ambil cerita ini sebagai pengajaran..
contoh pengajaran yang dapat diaplikasikan..
1. cita-cita yang menjadi pendorong leh digantikan dengan "membebaskan diri" etc.(diganti dari cita-cita) yang menjadi "ketakutan yang membelenggu"(pendorong)..
2. mencari jalan leh digantikan dengan "plan untuk hidup yang difikirkan sehari2"..
3. berdikari dan berusaha boleh digantikan dengan "kesabaran dan ketabahan langkah demi langkah yang diaturkn setiap hari"etc dan berjaya ialah kemenangan untuknya kerana ketakutan yang membelenggu dirinya sudah tamat..
4. ini tamabahan je sbb penting kalau dah berjaya..bersyukur pada ALLAH kerana memberi kemenangan ini..
Thursday, December 24, 2009
Nabi Muahammad ialah manusia paling sempurna
"mana ada manusia yang sempurna kat dunia ni..sedangkan NABI MUHAMMAD pun tak sempurna inikan pulak kita" -statement ini dipetik dari perbualan dua orang di suatu kedai makan-
Sapa sokong statement ni?? Sila comment..dari dulu lagi aku 100% tak terima statement ni sebenarnyi. Kalo anda sokong dengan statement ni. Kita berbincang kenapa anda sokong. Kalo boleh tunjukkan sekali fakta dan bukti yang kukuh.
Berikut adalah orang-orang yang hebat serta berpengaruh tetapi mereka juga mengakui Nabi Muhammad ialah manusia paling sempurna dan hebat dalam sejarah manusia.
“If any religion had the chance of ruling over England, nay Europe within the next hundred years, it could be Islam.”
“I have always held the religion of Muhammad in high estimation because of its wonderful vitality. It is the only religion which appears to me to possess that assimilating capacity to the changing phase of existence which can make itself appeal to every age. I have studied him - the wonderful man and in my opinion for from being an anti-Christ, he must be called the Savior of Humanity.”
“I believe that if a man like him were to assume the dictatorship of the modern world he would succeed in solving its problems in a way that would bring it the much needed peace and happiness: I have prophesied about the faith of Muhammad that it would be acceptable to the Europe of tomorrow as it is beginning to be acceptable to the Europe of today.”
Michael Hart in ‘The 100, A Ranking of the Most Influential Persons In History,’ New York, 1978.
My choice of Muhammad to lead the list of the world’s most influential persons may surprise some readers and may be questioned by others, but he was the only man in history who was supremely successful on both the secular and religious level. …It is probable that the relative influence of Muhammad on Islam has been larger than the combined influence of Jesus Christ and St. Paul on Christianity. …It is this unparalleled combination of secular and religious influence which I feel entitles Muhammad to be considered the most influential single figure in human history.
Mahatma Gandhi, statement published in ‘Young India,’1924.
I wanted to know the best of the life of one who holds today an undisputed sway over the hearts of millions of mankind…. I became more than ever convinced that it was not the sword that won a place for Islam in those days in the scheme of life. It was the rigid simplicity, the utter self-effacement of the Prophet the scrupulous regard for pledges, his intense devotion to his friends and followers, his intrepidity, his fearlessness, his absolute trust in God and in his own mission. These and not the sword carried everything before them and surmounted every obstacle. When I closed the second volume (of the Prophet’s biography), I was sorry there was not more for me to read of that great life.
MUHAMMAD

P/s: Sebenarnya ada ramai lagi,boleh klik sini...Jadi,persoalannya.. patutkah statement mcm tu digunakan dalam kehidupan seharian kita?
Tuesday, December 22, 2009
Selamat petang
Ntah nape tetiba terminat lagu ni..kepada yang minat MJ..hehe..sama juga la aku..layan and hayati liriknya macam cerita pasal diri dia je,any comment?..
.
Wednesday, December 16, 2009
Puisi kita
Bumiku..tempat manusia menenang fikiran..tempat manusia mengagumkan kekuasaan yang Maha Esa bagi manusia yang mahu berfikir mengenainya..tidak ada planet yang sempurna seperti kau..dengan desiran ombak yang memukul pantai..awan putih yang bergerak..menurunkan hujan dan mengalirkan air yang jernih supaya hutan tumbuh dengan memberikan udara segar kepada manusia..dan manusia.... MANUSIA??!!... kenapa pula aku tak dapat simpulkan fungsi manusia untuk menghabiskan puisi ini!! patutkah aku berkata.. dengan manusia yang berusaha menjalankan program earth hour?teknologi hijau? Conference sana-sini tiada kesudahan untuk membincangkan isu pemansan gelobal???
Kalau begitu...
Kenapa semakin hari terpampang dimuka akhbar berita mengenai kemusnahan ahli bumi yang lain..hutan sudah suka terbakar?banjir? taufan? ais mencair? ikan paus bunuh diri? Ini semua tidak betul! siapakah yang harus dipersalahkan??
maaf tergantung aku terpaksa study micro P..nanti aku sambung lagi..
sambungan dari puisi kita~[UPDATE]
sikit info tentang nasib bumi..
- Pada penghujung tahun 2006 dan awal tahun 2007, terdapat seramai 200,000 penduduk di Johor, Pahang dan Melaka dipindahkan daripada kediaman masing-masing selama 3 hingga 4 minggu kerana banjir melanda.
Jumlah kerugian dianggarkan sebanyak RM1.5 billion . - Suhu dunia semakin naik, aras laut semakin tinggi dan litupan salji di Hemisfera Utara semakin pupus.
- Suhu dunia telah meningkat pada kadar 0.74 darjah Celcius pada setiap kurun, yakni diukur sejak pada tahun 1906 sehingga 2005 .
Kadar suhu pada 50 tahun kebelakangan ini adalah dua kali ganda lebih pantas daripada kadar purata suhu selama 100 tahun , iaitu 1.3 darjah Celcius .
- Kadar suhu dunia pada 2 dekad yang lalu adalah yang tertinggi yang pernah direkodkan sebelum ini.
- Seluruh dunia menghadapi suhu menaik, melainkan di Lautan Atlantik. Kawasan yang paling cepat menghadapi suhu menaik adalah di Hemisfera Utara.
- Pada tahun 1961 hingga 1993, paras laut telah meningkat pada kadar 1.8 mm setiap tahun. Sedangkan pada tahun 1993 hingga 2003, paras laut meningkat pada kadar 3.1 mm setiap tahun.
- 57% daripada kenaikan paras laut disumbangkan oleh pengembangan haba dalam lautan. 28% daripada kenaikan paras laut disumbangkan oleh kecairan bongkah ais dan glacier.
- Kecairan bongkah ais di Greenland dan Kutub Antartik diramalkan akan menjadi penyumbang besar kepada kenaikan paras laut secara mendadak dunia pada tahun-tahun akan datang.
- Di Malaysia sejak 100 tahun kebelakangan ini, semua tempat menghadapi kenaikan suhu, melainkan di Sarawak .
- Di Kuala Lumpur (Subang), kadar kenaikan suhu panas adalah 3.5 – 4.0 darjah Celcius per seratus tahun. Yang mana jauh lebih tinggi daripada purata kenaikan suhu dunia , iaitu 1.5 darjah Celcius per seratus tahun. Suhu di Kuala Lumpur menunjukkan trend menaik mengejut terutamanya selepas pertengahan tahun 1970.
- Hubungan dunia adalah hubungan kompleks antara atmosphere, hydrosphere, geosphere, cryosphere dan biosphere.
- Sejak 420,000 tahun kebelakangan, CO2 tidak pernah melebihi 300 ppm. Cuma sebentar sahaja kadar CO2 melepasi sedikit daripada angka 280 ppm, iaitu di sekitar 330,000 tahun yang lampau. Tetapi sekarang catatan CO2 adalah 380 ppm.
- Saintis menganggarkan pada tahun 2030-2050, kenaikan suhu adalah pada 2 hingga 5 darjah Celcius. Kenaikan sebanyak ini (5 darjah Celcius) tidak pernah terjadi sejak Zaman Ais hingga sekarang.
- Putaran Milankovitch – kitaran Zaman Glacial dan Inter Glacial . Ini adalah disebabkan oleh perubahan orbit bumi pada waktu-waktu tertentu. Sekarang kita dalam Zaman Inter Glacial sejak 10,000 tahun yang lepas.
- Namun begitu Zaman Inter Glacial sepatutnya sudah lama berakhir. Kita seharusnya bertukar ke Zaman Glacial pula. Namun disebabkan kenaikan suhu dunia yang mendadak,
- Zaman Glacial tidak mungkin berlaku. Saintis meramalkan pada tahun 2100, tahap CO2 adalah 3 kali ganda lebih daripada ketika waktu pra industri.
p/s:kalau diikutkan logik dari aku orang yang tak berapa terer dalam agenda-agenda dunia ni.. yang lepas banyak gas bahaya ni berasal dari perindustrian..negara mana yang mulakan perindustrian ni ? Jadi yang perlu bertanggungjawab menjadi dalang semua ini ialah negara Perancis yang melaksanakan revolusi perindustrian kurun ke 18 dan kurun ke 19..
Subscribe to:
Posts (Atom)