Showing posts with label education. Show all posts
Showing posts with label education. Show all posts

Monday, December 7, 2009

Hari ni ujian Math


malas taip panjang2..
aku sedang kecewa
.sekian saja.

Saturday, December 5, 2009

Jangan main-main dah


Alhamdulillah..akhirnya markah PB aku naik sikit dari sem dulu..kenapa ye dulu aku main-main? argh!!sekarang baru nak menyesal..kan pepatah melayu dah kata "sesal dulu pendapatan sesal kemudian tiada GUNA! kenapa2? pikir-pikir balik semuanya bepunca dari diri sendiri. kot.kenapa dulu tak belajar betoi2.. Tak pa final dengan sem enam ada lagi..pulun..

Undang-undang sem 6:

1.setiap kelas kena buat nota(setaip kelas adalah diari aku)
2.datang kelas jangan ponteng(jangan berlakon demam)
3.jangan buat lawak dengan sapa-sapa masa study..be seruius
4.suntik minat setiap subjek
5.elakkan dari gelak tak ingat dunia bila melawak dengan kawan
6.elak dari dipuji. Pujian hanya akan membuatkan aku lupa daratan.
7.tulis nota kecil cth:buku 555, bawak kemana-mana(kecuali tandas la)
8.jangan tinggal sembahyang
9.jaga kesihatan. Elak mandi kolam nanti demam, jog tak pa..
jangan kalah dengan pesaing terdekat (KAWAN2 SATU RUMAH)

Bab enset tak kisah..sebab aku tak ada teman wanita lagi..so, tiada gangguan peribadi..tak topup dekat sebulan pun tak ada orang yang ambik kisah.. Yang sebenarnya sebelum ni pun aku ada buat azam macam ni, tapi tak ke mana pun..sebab tak jujur tapi mungkin azam kali ni boleh berjaya kot..mana tau..buang yang keruh ambil yang jernih..

Pulun untuk Final nak dekat dah 7-17 Disember 2009

Monday, November 2, 2009

Ada ke cara lain nak bagi faham buku yang susah?

Membaca adalah satu habit yang seronok.. Baca untuk faham dan baca untuk terima bulat2 dengan cara menghafal mana lagi bekesan? Pernah tak korang terpaksa struggle baca walaupun korang tak faham? Apa korang buat? kalau cara aku..aku perlahankan cara pembacaan je. Faktor utama aku baca macam tu sebab aku nak tangkap dari pelbagi sudut apa yang cuba disampaikan..Contoh, buku yang tidak boleh rush macam subjek mikroprosesor dan mikropengawal..aku bagi satu contoh satu dari ayat dia:-

What does the following instruction do?

LDAB #$FF

Answer:
It is an extended addressing mode. This content from an address which has content #$FF which are loaded and copied to the ACCB.

ha..ini lah faktor isi yang membuatkan aku membaca lambat..aku yakin dalam kursus korang kurang2 mesti ada satu buku yang korang terpaksa memperlahankan kelajuan korang untuk korang follow isi dia..memerlukan kajian yang terperinci sebelum faham..baru boleh catch up..apa perasaan korang bila korang mendapat markah full mark dalam ujian matematik?mesti korang rasa bangga dan rasa puas apa yang korang usahakan selama ini telah membuahkan hasil..tapi bagi aku fullmark tak cukup confident la mengatakan kita dah pro..nak rasa lagi confident mengatakan kita faham..cuba ajarkan ilmu tu kepada sesiapa..bila diorang dapat faham apa yang korang ajarkan tu dan mendapat riaksi muka yang baik, bermakna memang korang genius la dan boleh jadi sensei dah lepas ni..

Tuesday, October 20, 2009

internet free

Sekarang tak perlu susah2 pergi ke CC atau nasi kandar untuk mendapatkan Wi-fi kerana di kawasan Poli ni memang sudah tersedia perkhidmatan wi-fi..kelajauan wi-fi tak la berapa laju iaitu lebih kurang 48.0Mbps camtu la..bagi aku dah cukup untuk mendapatkan maklumat-maklumat dari internet untuk membuat assignment jika ada..tetapi politeknik tak benarkan student memasuki laman web seperti youtube dan rangkaian sosial seperti friendster, myspace dan YM menyebabkan aku sedikit kurang bebas juga sebenarnya..mungkin pihak politeknik tidak mahu student leka dengan melayari laman sosial yang tiada kaitan dengan pelajaran barangkali..sapa yang tahu software mana yang boleh hentikan block ni??

bagi yang tahu bagaimana hentikan block dan sapa-sapa yang ingin mendapatkan ID dan Password wifiPTSB boleh msg aku 0175168314..M

Saturday, August 15, 2009

Penyelengaraan VS Penyenggaraan

Penyelenggaraan bermaksud servis yang perlu dilakukan dalam jangka masa tertentu untuk
membantu proses agar mesin dapat bergerak dengan lebih lancar tanpa masalah.


Penyenggaraan bermaksud proses baik pulih yang dilakukan ke atas sesuatu atau kata lain
menaik taraf/modifikasi agar prestasi mesin menjadi lebih berkualiti..


Setiap mesin mesti diselenggarakan untuk mengekalkan
kelancaran selain dapat mengelakkan kos kerosakan yang besar..setiap mesin yang telah usang
perlu disenggara..

khas untuk Pn. Saudah yang mengajar repiar and service electronic device

p/s:tak boleh belah soalan ni yang aku kantoi tak boleh jawab masa dia suruh aku berikan perbezaan makna penyelenggaraan dan penyengaraan...ish2..